Thursday, December 4, 2008

Perasmian Kelas Prasekolah SK FELDA Ulu Tebrau Oleh YAM Tengku Mahkota Johor



Kelas prasekolah di SK FELDA Ulu Tebrau telah dirasmikan oleh YAM Tengku Mahkota Johor sempena program Kembara Mahkota Johor (KMJ). Majlis perasmian tersebut telah diadakan pada 21 Julai 2008 yang lalu. Ini adalah suatu majlis yang sangat bersejarah bagi kelas prasekolah berkenaan secara khususnya dan program prasekolah KPM secara amnya. Buat julang kalinya majlis perasmian kelas prasekolah telah disempurnakan oleh YAM Tengku Mahkota Johor.