Tuesday, December 2, 2008

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN KPPM TAHUN 2008

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM adalah satu-satunya mesyuarat peringkat tertinggi KPM (profesional) bersama Jabatan Pelajaran Negeri. Ahli mesyuarat terdiri 38 orang iaitu semua Pengarah Bahagian (22 Bahagian Profesional) di KPM dan semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Alimuddin bin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Tujuan Mesyuarat adalah membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pelaksanaan dasar-dasar sedia ada, perubahan-perubahan dasar dan dasar-dasar baru. Kertas Kerja/Laporan/ makluman juga seringkali dibentang dalam setiap kali mesyuarat diadakan.

Sepanjang tahun 2008, sebanyak 6 kali mesyuarat telah dijalankan iaitu :
1. Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 1/2008 diadakan di Hotel Heritage, Ipoh Perak pada 11 – 13 Januari 2008
2. Mesyuarat Pengurusan pendidikan KPPM Bil. 2/2008 diadakan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada 29 – 30 April 2008
3. Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 3 dan 4/2008 diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8, Putrajaya iaitu pada 18 Julai dan 20 Ogos 2008
4. Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 5/2008 diadakan di The Zon Regency, Johor Bahru, Johor pada 20 – 22 September 2008.
5. Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 6/2008 diadakan di Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 7 – 9 November 2008.