Mesyuarat penyelarasan program prasekolah bersama-sama agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan program prasekolah seperti KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah diadakan beberapa kali pada tahun ini. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan program prasekolah dari segi peluasan kelas, kurikulum dan latihan guru prasekolah.