Bengkel Pelaporan dan Takwim BPSH telah diadakan di Hotel Everly Resort, Tanjung Kling, Melaka pada 1 hingga 3 Disember 2008.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 17 orang pegawai dan kakitangan yang mewakili kelima-lima sektor dalam BPSH.
Matlamat utama bengkel ini adalah untuk menyiapkan laporan aktiviti BPSH sepanjang tahun 2008 secara atas talian. Bengkel ini juga bertujuan untuk menyiapkan takwim BPSH 2009. Sebagai pembaharuan kali ini, takwim BPSH 2009 akan disediakan dalam bentuk maya. Kalendar Outlook yang digunakan oleh warga BPSH untuk melihat emel di pejabat akan digunakan.
Peserta bengkel telah diperkenalkan kepada blog dengan cara membina blog peribadi/keluarga sendiri. Langkah demi langkah ditunjukkan satu persatu.