Wednesday, July 29, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL OPMEN KPM BIL. 2/2009


Tarikh : 27 - 30 Julai 2009
Tempat : Hotel Goldcourse, Klang Selangor.
Bilangan Ahli : 6 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan membuat semakan dan penyelarasan teknikal berhubung dengan sistem OPMEN sedia ada bagi membuat pindaan dan penambahbaikan mengikut keperluan semasa. Penyelarasan juga bagi membolehkan sistm OPMEN sedia ada dapat digunakan selaras dengan keperluan data Emis Online iaitu sumber data mentah bagi OPMEN di sekolah seluruh negara. Jawatankuasa Teknikal juga bersetuju bagi membangunkan OPMEN Versi baru yang dapat dilaksanakan mengikut maaklumat secara online.

MESYUARAT JURULATIH UTAMA MODUL BIMMBINGAN DAN KAUNSELING


Tarikh : 27 - 30 Julai 2009
Tempat : Hotel Goldcourse, Klang Selangor
Bilangan Ahli : 50 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan memberi pendedahan kepada semu JU ( Julatih Utama ) berhubung dengan Modul Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Modul ini adalah merupakan panduan dan aktiviti bimbing yang boleh dilaksanakan di sekolah di seluruh negara.

Kursus Kesedaran Manual Pengurusan Aset Kerajaan


Perkara:
Kursus Kesedaran Manual Pengurusan Aset Kerajaan
Tarikh :
28-30 Julai 2009

Tempat :
Corus Paradise, PD

Kehadiran :
98 orang pengawai aset & pembangunan KPM (Pusat & JPN)
Wakil BPSH : Us Nor Azam Abdullah dan Pn Noor Aini Yaacob

Objektif Kursus :
Di akhir kursus, peserta akan dapat:
memahami takrifan Pengurusan Aset
memahami amalan semasa dalam Pengurusan Aset Kerajaan (PAK)
menyedari keperluan penambahbaikan kepada PAK sedia ada
mengetahui tentang Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK)

Tuesday, July 21, 2009

Mesyuarat Pemantauan ABT & Anggaran Hasil



Perkara
Mesyuarat Pemantauan ABT dan Anggaran Hasil 2010 KPM

Tarikh
20-21 Julai 2009 (Isnin & Selasa)

Tempat
M Suites Hotel, Johor Baharu

Penganjur
Bahagian Kewangan

Kehadiran
Unit Kewangan Bahagian-bahagian KPM dan JPN-JPN negeri

Pengerusi
Pn Siti Sapor Borhan, Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan

Ketetapan/tindakan
  • Kutipan hasil ABT berjaya mencapai 6% berbanding unjuran 4% sahaja.
  • Menyediakan senarai kakitangan yang akan pencen tahun ini supaya tidak berlaku lebihan bayaran gaji.
  • Pegawai perlu mempunyai rekod bertulis sekiranya ada arahan-arahan pihak atasan yang diarah buat tanpa mengikut saluran/peraturan semasa (sekiranya berlaku).
  • Menyediakan dan menyemak anggaran hasil 2010 mengikut format dan mengemukakannya ke BKew sebelum 21 Ogos 2009,
  • Mengenalpasti jenis-jenis hasil yang perlu dibuat kutipan.

MESYUARAT PEMURNIAN PROSEDUR PIBG

Mesyuarat Pemurnian Prosedur PIBG telah diadakan pada 14-16 Julai 2009, bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Swasta dan semua Ketua Unit Perhubungan Negeri yang menguruskan PIBG Negeri. Mesyuarat ini membolehkan panel teknikal dapat mengumpulkan maklumat dan merangka Prosedur PIBG Sekolah dan PPD, menyelaras semua input dan rujukan Prosedur PIBG dan merumus semua dapatan dari semua JPN Negeri.

Wednesday, July 15, 2009

PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH KE SABAH


Tarikh : 14 Julai 2009
Tempat : SMK Segama, Lahat Datu
Bilangan : 2 Orang

Seramai 2 orang GSST telah di tempatkan ke Sabah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Segama, Lahat Datu, Sabah. Penempatan ini adalah berdasarkan kepada keperluan guru di sekolah berkenaan yang telah di tetapkan oleh JPN Sabah. Penerbangan dari KLIA pada 13 Julai jam 3.30 pm dan bermalam di Kota Kinabalu dan penerbangan ke Lahat Datu pada 14 Julai jam 7.00 am.

MESYUARAT PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH(GSST) BIL. 6/2009 BAGI PENEMPATAN SABAH DAN SARAWAK

Tarikh : 13 Julai 2009
Masa : 8.30 am - 11.30 am
Tempat : Bilik Kemboja. BPSH

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan penempatan guru GSST bil. 6/2009 ke Sabah ( 2 orang ) dan Sarawak ( 10 orang ). Mesyuarat juga bagi memaklumkan tentang penempatan GSST tersebut ke sekolah di kedua-dua negeri di atas, dengan menyerahkan surat penempatan mengikut negeri.Mesyuarat dipengerusikan oleh KPP Menengah dan beberapa orang pegawai. Seterusya semua GSST dibawa dengan bas ke KLIA untuk penerbangan ke sabah dan Sarawak.

Monday, July 6, 2009

Mesyuarat Pengurusan Profesionalisme Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan (MPKK) Bil. 3/2008

Tarikh : 24 -26 Jun 2009
Tempat : Hotel Seaview, Langkawi

Ahli Mesyuarat :Jawatankuasa MPKK
Matlamat :
1. Membincangkan tentang pelaksanaan aktiviti dan program
MPKK tahun 2009.

2. Membincangkan pelaksanaan Persidangan MPKK Kali Ke-2
tahun 2009.

3.Membincangkan pelaksanaan program Immersion
Kepengetuaan dan Perkongsian Pintar