Tuesday, December 2, 2008

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DAN PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN TAHUN 2008

Salah satu daripada tanggungjawab Utama Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan (SPDK) ialah mengurussetiakan mesyuarat di pelbagai peringkat pengurusan di Kementerian. SPDK telah diberi peruntukan untuk mengendalikan mesyuarat yang melibatkan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negara. Sehingga kini terdapat 139 orang Pegawai Pelajaran Daerah di seluruh negara. Sebelum 16 Mei 2008 terdapat tiga kategori gelaran jawatan iaitu Pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai Pelajaran Gabungan dan Pegawai Pelajaran Daerah Kecil. Pemansuhan gelaran jawatan yang pelbagai ini telah dibuat semasa Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Melaka. Selain daripada mesyuarat, persidangan tahunan juga dilaksanakan. Antara mesyuarat tersebut ialah :
1. Mesyuarat Khas Pengurusan PPD/G (2 kali setahun)
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PPD/G (5 kali setahun)
3. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PPD/G (2 kali setahun)
4. Persidangan Kebangsaan Pengurusan PPD/G (1 kali setahun)
Antara pengisian mesyuarat dan persidangan ini, ialah

i. Pembentangan kertas Kerja oleh Bahagian-Bahagian di KPM
ii. Pembentangan kertas Kerja oleh PPD
iii. Pembentangan Kertas Kajian Pelaksanaan Program Intenvensi KPM oleh PPD/G
iv. Lawatan Penandarasan dan Lawatan Kerja
v. Penyediaan Kertas cadangan penstrukturan PPD dan Penggredan Jawatan PPD
vi. Menilai tahap pengurusan dan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada dan dasar-dasar baru di
peringkat Daerah/Bahagian