Thursday, November 27, 2008

Wednesday, November 26, 2008

Friday, November 21, 2008

Mesyuarat Penyelarasan MPK & FM TKPPM Sektor Operasi Pendidikan



Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan BPSH telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan Manual Prosedur Kerja (MPK) Sektor Operasi Pendidikan dan Fail Meja (FM) dan Y.Bhg Dato' TKPPM SOP pada 21 November 2008.
Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Intan dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada semua Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan.
Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemas kini dan menyusun semula MPK dan Fail Meja TKPPM SOP selaras dengan penstrukturan semula KPM yang memperlihatkan perubahan besar dari segi struktur organisasi tertinggi dan Bahagian-bahagian KPM. 
Dalam mesyuarat tersebut, semua wakil Bahagian menyuarakan komitmen masing-masing untuk menyediakan semua dokumen yang berkaitan dengan kadar segera (1 minggu dari sekarang) agar MPK dan FM TKPPM SOP terkini dan kemas kini.

Tuesday, November 18, 2008

Mesyuarat Pengemaskinian Perjanjian Program 2009



Mesyuarat Pengemaskinian Perjanjian Program ABM 2009 bagi Aktiviti Prasekolah dan Pentadbiran Negeri telah diadakan di Hotel Emperor Melaka pada 17 hingga 20 November 2008. Mesyuarat ini dihadiri oleh 30 orang pegawai yang mewakili semua JPN.
Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini perjanjian program ABM 2009, selaras dengan Cadangan Agihan Peruntukan Program Dasar Sedia Ada ABM 2009 KPM yang diedarkan kepada semua Pengarah JPN Negeri semasa Taklimat Pengurusan Kewangan 2009 di Hotel Pearl International anjuran Bahagian Kewangan pada 11 November 2008.
Siri Kedua mesyuarat ini akan diadakan pada minggu hadapan, khusus untuk mengemaskini 3 aktiviti lain iaitu Pendidikan Menengah, Pendidikan Rendah dan Asrama.

Sunday, November 16, 2008

Pemantauan Sistem Star Rating KPM


Pemantauan MAMPU untuk penilaian Sistem Star Rating untuk agensi-agensi di bawah KPPM telah diadakan pada 12 hingga 21 November 2008. EPRD telah dilantik menjadi penyelaras bagi KPPM.
BPSH bertuah kerana dipilih oleh panel penilai MAMPU untuk dilawati. Dalam lawatan mengejut tersebut, panel memeriksa Buku Rekod Perkhidmatan dan Fail Meja di Sektor PKICT. Panel juga mengadakan lawatan ke Sektor Menengah dan SPPK.
Semoga KPM berjaya mendapat 4 bintang ke atas. (Tahun lepas 4 bintang).

Thursday, November 6, 2008

Mesyuarat Bersama Pelanggan IAB


Mesyuarat Bersama Pelanggan IAB telah diadakan di IAB Induk, Genting Highlands pada 5 hingga 7 November 2008.

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil KPM, JPN, PPD, Pengetua/Guru Besar dan wakil-wakil kesatuan guru. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datin Dr. Asariah bt Mior Shaharudin, TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan.

Dalam mesyuarat berkenaan, Pengarah IAB telah menerangkan Dasar Latihan IAB dengan memberi penekanan kepada perubahan-perubahan baru yang bakal berlaku bermula tahun 2009, khususnya yang berorientasikan kursus berimpak tinggi; penekanan kepada kemahiran (how-to) berbanding kursus brorientasikan pengetahuan (what).
Antara pembentangan yang dikemukakan adalah Kajian Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimipin Tinggi dan Program Latihan dan Pembangunan IAB 2009.

BPSH telah diwakili oleh Hj Nor Azam bin Abdullah.