Tuesday, January 18, 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH AMANAH KOHORT PERTAMA 2011

Tarikh : 10 Disember 2010
Tempat : Putrajaya
Bil Ahli :
VVIP : Menteri Pelajaran
Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan 10 buah sekolah amanah, masing-masing lima di Johor dan Sarawak pada 10 Disember 2010 di Putrajaya. Ini merupakan inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad bertujuan meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik sekolah menerusi konsep perkongsian awam-swasta (PPP).

Sekolah yang telah dipilih untuk menyertai projek rintis ini di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR (sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad) ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu, SMK Gelang Patah, SK Kampong Layau, SM Sains Kuching, SMK Bandar Kuching 2, SK Tabuan, SK Empila dan SK Combined.

Friday, January 14, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL e-OPERASI BIL.1/2011


Tarikh : 12 -13 Januari 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak, BPSH
Bil Ahli : 30 Orang ( Semua Bhg dibawah SOP,BPSM&BPM)
Vip : Timbalan Pengarah (Sekolah)

Satu mesyuarat penyelarasan teknikal bagi pembangunan sistem e-operasi secara online telah diadakan dan di urus setiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah Menengah BPSH. Penyelarasan ini perlu dilaksanakan bagi memberi input-input daripada semua Bahagian dibawah Sektor Operasi(OP) Kementerian Pelajaran, kepada Bahagian Pengurusan Maklumat sebagi pembangun sistem ini. Untuk makluman e-operasi merujuk kepada sistem data bersepadu guru yang menjadi pengkalan data induk bagi sub modul yang lain seperti e-GTukar, e-Guru dan Penempatan. Tempaoh pembangunan sistem dijangkan setahun iaitu sepanjang tahun 2011 dan akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2012 kepada semua bahgian dibawah SOP. Walaubagaimanapun pembangunan sistem secara berperingkat dan pelaksanaan juga di jangkakan juga akan dibuat secara berperingkat mengikut tahap kesediaan modul yang dibangunkan.

Thursday, January 13, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN MURID BUKAN WARGANEGARA BIL 1/2010




TARIKH : 05 – 07 OKTOBER 2010
TEMPAT : HOTEL REGENCY KUALA LUMPUR
BIL. PESERTA : 33 ORANG ( Semua JPN)
PENCERAMAH : 2 ORANG
BAHAGIAN KEWARGANEGARAAN,
BAHAGIAN KELAHIRAN DAN ANAK ANGKAT,
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Mesyuarat bertujuan menyelaras pengurusan kemasukan murid bukan warganegara ke sekolah bersama dengan pegawai-pegawai mengurus di Jabatan Pelajaran Negeri. Penceramah – penceramah yang dijemput adalah dari Penasihat Undang-Undang, KPM, Bahagian Kewangan, KPM, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imigresen. Pengurusan kemasukan murid bukan warganegara melibatkan proses semakan dokumen berdasarkan syarat mengikut Akta Pendidikan 1996.

Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.9/2010

TARIKH : 30 DISEMBER 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEMBOJA, BPSH

Mesyuarat terakhir bagi tahun 2010 ini dihadiri oleh semua Bahagian yang berkaitan dengan Tingkatan Enam termasuklah pegawai dari MPM, BPG, BPM, BPSM (Cawangan Naik Pangkat Siswazah 1) dan BPSM (Cawangan Perjawatan dan Naziran). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh KPP SPSM, KPM.

Mesyuarat ini diadakan, hasil perbincangan dengan beberapa pegawai JPN berkaitan dengan perjawatan guru Tingkatan Enam.

Setiap bahagian menerangkan peranan masing-masing serta perancangan untuk tahun 2011. Banyak isu tentang guru dapat diselesaikan setelah perbincangan antara pegawai BPSM (Cawangan Naik Pangkat Siswazah 1) dengan pegawai-pegawai JPN dibuat.

MESYUARAT PERANCANGAN STRATEGIK PENEMPATAN GURU TINGKATAN ENAM



TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2010
TEMPAT : HOTEL SELESA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh kedua-dua pegawai pengurusan dan akademik semua JPN. Mesyuarat ini memberi laluan kepada pegawai-pegawai negeri untuk membentangkan Laporan Aktiviti dan juga Pengurusan Strategik 2011. Laporan Aktiviti Tahun 2010 telah dibentangkan oleh dua buah negeri iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Sementara bagi Perancangan Strategik pula, empat negeri telah dipilih untuk membentangkan Perancangan Strategik masing-masing bagi Tahun 2011. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Johor, Pahang dan Sabah.

Pengumpulan data KPT6 pada 31 Oktober 2010 telah dikumpulkan dan pengerusi mohon kepada semua pegawai supaya melihat data murid bukan warganegara yang agak ramai sama ada mereka sudah didaftarkan atau belum.

Pembentangan kertas kerja mengenai Perjawatan Tingkatan Enam di KPM telah dilakukan oleh pegawai dari JPN Pahang.

MESYUARAT PEMBENTANGAN LAPORAN PEMANTAUAN PENGURUSAN TINGKATAN ENAM





TARIKH : 20-22 OKTOBER 2010
TEMPAT : HOTEL AVILLION LEGACY, MELAKA

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai pengurusan dari JPN. Kali ini menumpukan kepada pemantauan keseluruhan Tingkatan Enam iaitu meliputi aspek pengurusan dan akademik. Pembentangan Laporan Pemantauan telah dibuat oleh setiap JPN dan tindakan susulan terhadap dapatan pemantauan perlu dibuat dan dihantar ke BPSH dengan kadar segera.

Selain itu, Pihak BPSH telah mengeluarkan cadangan senarai sepadu untuk pertukaran guru Tingkatan Enam dan akan dihantar ke BPSM untuk tindakan selanjutnya.

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.7/2010

TARIKH : 21-24 SEPTEMBER 2010
TEMPAT : WOODLAND RESORT, KUALA TAHAN, PAHANG

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai dari Bahagian-Bahagian KPM yang terlibat dengan pengurusan Tingkatan Enam, pegawai-pegawai pengurusan dan akademik JPN. Turut hadir adalah KPP Pengurusan Sekolah JPN Pahang selaku tuan rumah.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah Post-Mortem Kemasukan Murid Tingkatan Enam Bawah 2010 di mana statistik tentang pengambilan murid Tingkatan Enam Bawah 2010. Didapati daripada 465 781 calon mengambil SPM hanya 201 299 yang layak ke Tingkatan Enam Bawah. JPN diminta lebih proaktif dalam membuat hebahan dan promosi bagi mempastikan Tingkatan Enam menjadi antara pilihan utama murid.

Isu-isu pengurusan dan akademik juga disentuh dalam mesyuarat iaitu satu garis panduan pertukaran antara daerah dan antara negeri telah dikeluarkan oleh BPSM. Garis panduan pemakaian pelajar juga telah dikeluarkan oleh Unit Disiplin BPSH, KPM dan telah diperbincangkan.

Perjawatan Guru Tingkatan Enam masih menjadi pokok perbincangan kerana pengisian perjawatan masih belum selesai sehingga kini. Begitu juga masa yang diperuntukkan bagi waktu kokokurikulum Tingkatan Enam yang memerlukan kepada perbincangan lebih lanjut.

MESYUARAT PENYELARASAN AKADEMIK TINGKATAN ENAM BIL.6/2010



TARIKH : 7 JULAI 2010
TEMPAT : CHERATING BAY RESORT, PAHANG

Mesyuarat dihadiri oleh Semua Pegawai Pengurusan dan Akademik JPN. Turut serta adalah pegawai MPM untuk menerangkan Sistem Modular yang kemungkinan diperkenalkan kepada murid Tingkatan Enam Bawah 2011.

Pengumpulan Data KPT6 30 Jun telah dilakukan. Pegawai-pegawai juga diingatkan sekali lagi agar data yang berkaitan Tingkatan Enam perlu dihantar tepat pada masanya bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Syarat-Syarat kelayakan Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam perlu dibuat penambahbaikan supaya kemasukan murid dapat dijalankan lebih lancar.

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.5/2010

TARIKH : 22 JUN 2010
TEMPAT : JPN WP PUTRAJAYA

Mesyuarat kali ini juga dijalankan di Pejabat Pelajaran Putrajaya kerana masalah kekurangan peruntukan. Dihadiri oleh semua pegawai akademik dan pengurusan Tingkatan Enam JPN. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPP SPSM, BPSH, KPM. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan Pengurusan Tingkatan Enam.

KPP menerangkan bahawa data menunjukkan berlaku penurunan pada penempatan murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010. Jumlah murid yang mendaftar tidak seperti unjuran yang dirancangkan terutama pengisian murid di SMT yang terlalu rendah dan perlu diberi perhatian yang serius. Masalah lain yang perlu diberi perhatian ialah pendaftaran lewat dan pertukaran jurusan oleh murid.

Pembentangan Unjuran STPM 2011 peringkat negeri dan kebangsaan. Semua pegawai JPN perlu berusaha ke arah meningkatkan prestasi STPM di negeri masing-masing.

Pembentangan Laporan Pemantauan Program Orientasi Tingkatan Enam Bawah 2010. Sebanyak 33 buah sekolah telah dilawati. (kecuali di Sabah, Sarawak dan WP Labuan) Secara keseluruhannya sekolah-sekolah telah melaksanakan program orientasi dengan jayanya terutamanya dari segi perancangan, penjadualan, pelaksanaan slot-slot, pengisian input dan hala tuju pembelajaran di Tingkatan Enam.

Pembentangan awal Persediaan Karnival Pra-U 2010 telah dibuat oleh Pegawai dari JPN Pahang kerana karnival ini akan diadakan di Cherating Bay Resort, Kuantan, Pahang pada 5-8 Julai 2010.

MESYUARAT PENYELARASAN AKADEMIK TINGKATAN ENAM BIL.1/2010

TARIKH : 4 MEI 2010
TEMPAT : JPN WP PUTRAJAYA

Mesyuarat kali ini dijalankan di Pejabat Pelajaran Putrajaya untuk menjimatkan peruntukan. Dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Akademik dari setiap JPN dan telah dipengerusikan oleh KPP SPSM, BPSH, KPM.
Mesyuarat telah berkisar kepada analisis keputusan STPM 2009 dan pelunjuran prestasi akademik 2010 - 2014 yang akan dibentangkan oleh setiap negeri.
a. Peratus calon lulus penuh STPM 2009 peringkat kebangsaan 94.62% dengan
pencapaian PNGK 2.27 diikuti analisis pencapaian negeri.
b. Bilangan dan Peratusan Calon Sekolah Kerajaan Yang Lulus Penuh Dalam
Peperiksaan STPM 2009 Mengikut Bilangan Prinsipal adalah:-

5P = 4,106 calon (8.69%)
4P = 19,811 calon (41.92%)
3P = 9,091 calon (19.24%)
2P = 6,632 calon (14.03%)
1P = 5,108 calon (10.81%)
c. Analisis Mata Pelajaran Terbaik STPM Yang Ditawarkan Mengikut Pencapaian
Peringkat Kebangsaan.

Perkara-perkara lain yang dibincangkan adalah Laporan MUET 2002-2006, Program Peningkatan Prestasi STPM Tahun 2010 oleh JPN, Pakej Mata Pelajaran,Tugas Pegawai Akademik Tingkatan Enam dan Peruntukan Program Tingkatan Enam.

MESYUARAT PENYERAHAN SENARAI MURID YANG LAYAK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010 KE JABATAN PELAJARAN NEGERI


TARIKH : 15 APRIL 2010
TEMPAT : JPN SELANGOR

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang menguruskan Tingkatan Enam dari Bahagian-Bahagian seperti BPI, BPTV, BPSBPSK, BPKhas, BPM dan pegawai-pegawai Pengurusan dan Akademik Tingkatan Enam JPN. Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM turut memaklumkan bahawa daripada sejumlah 465,781 calon yang menduduki SPM pada Tahun 2009, kira-kira 201,299 murid telah memenuhi kriteria dan layak ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010. Seterusnya mesyuarat membincangkan Fail Meja Guru Tingkatan Enam dan Fail Meja Penolong Pengarah Tingkatan Enam yang telah dimurnikan.

Pengurusan Pemantauan Pendaftaran Murid ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010 telah dibincangkan di mana instrumen pemantauan yang telah dimurnikan akan dicetak dan akan digunakan untuk urusan pemantauan mulai 10 hingga 21 Mei 2010.

Analisis Keputusan STPM 2009 peringkat negeri dan kebangsaan telah dibentangkan oleh pegawai akademik JPN Johor dan JPN Melaka. Semua pegawai JPN dipinta untuk membuat pelunjuran pencapaian STPM 2010 dan membentangkannya pada 4 Mei 2010.

MESYUARAT PENYELARASAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN ENAM SECARA ONLINE 2010

TARIKH : 24-26 MAC 2010
TEMPAT : HOTEL CITY VILLA, KUALA LUMPUR

Mesyuarat yang dianjurkan oleh BPSH ini turut dihadiri oleh pegawai BPM, BPSBPSK, BPTV, BPI serta semua pegawai meja bidang pengurusan Tingkatan Enam JPN seluruh negara. Mesyuarat pada kali ini memberi tumpuan kepada pengumpulan data dan maklumat berkenaan dengan kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010. Selain itu, turut membincangkan mengenai urusan:

Pengurangan peruntukan 2010 yang menyebabkan mesyuarat-mesyuarat dirangkumkan dalam satu mesyuarat yang sama bagi menjimatkan perbelanjaan dan memaksimakan input daripada pegawai-pegawai JPN. Ini penting bagi memastikan Pengurusan Tingkatan Enam masih dapat berjalan dengan baik walaupun dalam keadaan kekurangan peruntukan.
KPP dan KU Tingkatan Enam memberi penerangan ringkas berkenaan Government Transformation Programme (GTP) melalui enam NKRA, School Improvement Programme (SIP) dan Trust School (Sekolah Amanah).

Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah;
i) Perjawatan Fasa 2 kenaikan pangkat bagi guru-guru Tingkatan Enam,
ii) Pemantauan pendaftaran murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010,
iii) Fail Meja Guru Tingkatan Enam dan Penolong Pengarah Tingkatan Enam.
iv) Analisis Keputusan STPM dengan melihat kepada cadangan kombinasi subjek untuk calon untuk digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan terutama dalam usaha merancang pakej mata pelajaran yang bersesuaian untuk tujuan permohonan ke IPT.

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.1/2010

TARIKH : 26 JANUARI 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEMBOJA, BPSH

Mesyuarat ini disertai oleh pegawai-pegawai Pengurusan dan Akademik Tingkatan Enam dari 16 buah negeri dan juga pegawai-pegawai dari Bahagian. Antaranya termasuklah dari BPM, BPI, BPTV, BPSBPSK dan BP Khas. Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha-usaha menyelaraskan segala input bagi urusan kemasukan murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010, terutama dari segi penyelarasan pembukaan sekolah saluran dan sekolah pusat Tingkatan Enam. Selain itu memberi perhatian kepada penetapan syarat minimum kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 dengan mengambilkira aspek penggredan baru yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Pihak BPM telah menyediakan satu program untuk menetapkan sekolah saluran (feeder school) dan sekolah pusat bagi murid-murid tingkatan lima tahun 2009. Pengemaskinian maklumat akhir calon SPM 2009 akan dibuat pada akhir Februari untuk memastikan kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 berjalan lancar melalui sistem ‘on-line’.

Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengumpulkan data dan maklumat guru Tingkatan Enam yang telah dilantik dan yang belum dilantik bagi setiap sekolah untuk mempastikan bekalan guru cukup dan mengikut opsyen.