Thursday, August 11, 2011

MESYUARAT TEKNIKAL PENYEMAKAN DAN PEMILIHAN PENGETUA CEMERLANG DG52 DAN DG 54 BAGI TAHUN 2011



Tarikh : 8 - 10 Ogos 2011
Tempat : Hotel Quality. Kuala Lumpur
Bil Ahli : 20 ( 16 Ketua Unit dan 4 Urusetia)



Mesyuarat adalah bertujuan bagi membuat semakan borang yang dan dokumen Pengetua Cemerlang bagi setiap negeri untuk jawatan DG52 dan DG 54. Proses ini adalah merupakan proses awal pemilihan sebelum dibawa dan pertimbangkan dengan panel yang telah ditetapkan. Selain penyediaan dokumen sokongan yang berbentuk rezume bagi setiap calon ada beberapa kretiria lain yang akan dipertimbangkan dan proses pembentangan oleh calon secara individu juga antara markah penilaian.

MESYUARAT TEKNIKAL MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU (MPG-1) DAN MAKLUMBALAS PENEMPATAN PERTUKARAN (MPG-2) BIL 1/ 2011



Tarikh : 8 -10 Ogos 2011
Tempat : Hotel Quality, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 45 Peserta



Mesyuarat adalah bertujuan bagi membuat penyelarasan teknikal bagi penyediakan Maklum Balas Penempatan Guru (MPG-1) dan Maklum Balas Penempatan Pertukaran (MPG-2) yang akan dilaksanakan sepenuhnya secara online dan melalui sistem e-Operasi. Penyelarasan ini bagi memantapkan lagi perkara-perkara yang masih tertangguh sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Selepas pelaksanaan secara rintis bagi semua negeri bagi 2 kali penempatan dan pertukaran pertengahan tahun,beberapa penambaikkan telah dilaksanakan bagi tujuan pemamtapan sistem sebelaum dilaksanakan sepenuhnya. Selain itu penyelarasan teknikal bagi surat-surat berhubung dengan penempatan dan petukaran juga dilihat secara teliti dan dibuat penambaikkan bagi memantapkan urusan penempatan dan pertukaran guru pada masa akan datang.