Monday, April 26, 2010

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ORIENTASI PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH BIL. 2/2010

Tarikh : 26 April 2010
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Hotel Empress, Sepang
Perasmi : En Aidie Jantan (KPP)SPSM mewakili Penagrah BPSH.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (Menengah) Sektor Pengurusan Sekollah Menengah bagi mewakili Dato' Pengarah BPSH kerana tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Majlis perasmian berjalan lancar dan sempurna.

MAJLIS ORIENTASI PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH KE SABAH DAN SARAWAK BIL. 2/2010


Tarikh : 26 April 2010
Tempat : Hotel Empress, Sepang
Bil Ahli : 105 GSST dan 6 Pegawai SPSM

Majlis Orientasi adalah bertujuan bagi menyelaras penempatan ke Sabah dan Sarawak supaya semua GSST yang akan ditempatkan tidak akan mengalami kejutan budaya, dan selain itu juga bagi memastikan semua GSST yang bakal ditempatkan mendapat sedikit pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan tempat yang bakal mereka mengajar nanti. Urusan Orientasi ini juga kan berlansung di negeri Sabah dan Sarawak selama 2 hari lagi bagi tujuan penyelarasan dari segi penempatan dan urusan ke sekolah masing-masing..

Friday, April 16, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN ISU LEBIHAN GURU PELBAGAI OPSYEN DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Tarikh : 15 April 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja
Bil Ahli : 25 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaraskan lebihan opsyen bagi guru di Sekolah Menengah Harian ekoran dari pembentangan kertas makluman dalm mesyuarat pengurusan profesional KPM. Mesyuarat bersetuju bagi mengadakan program intervensi kepaa graduan yang akan keluar dari IPTA kepada opsyen yang ada lebihan terutama bagi opsyen Fizik, Kimia dan Biologi. Majlis dekan IPTA juga bersetuju bagi mengadakan program ini sebagai opsyen tambahan kepada graduan yang bakal keluar nanti. Mesyuarat juga bersetuju BPG akan mengadakan Kertas Kerja berhubung perkara ini.

Tuesday, April 13, 2010

KUNJUNGAN HORMAT ROMBONGAN PEGAWAI DARI IBU PEJABAT THE JAPAN FOUNDATION, TOKYO KE SEKTOR MENENGAH BPSH.KPM


Tarikh : 13 April 2010
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH
Pegawai BPSH : En Haris, En Rahim, En Razali, En Zanol dan En Jefri
Pegawai Japan Foundation : Miss Misako Futsuki, Miss Oshima Sachi & En Anuar

Kunjungan hormat dan Japan Foundation ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( Sektor Menengah) adalah untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai bahagian ini yang pernah menyertai program The secondary School Teacher Invitation ke Jepun. Kunjungan ini juga adalah bertujuan bagi mendapat maklumbalas dari pihak peserta berhubung dengan program yang telah dilakasanakan bagi tujuan penambahbaikkan pada masa akan datang..

Friday, April 9, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PENYELARASAN TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU OLEH BAHAGIAN-BAHAGIAN SOP


Tarikh : 8 April 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja, BPSH
Mesyuarat ini adalah ekoran daripada Penyelarasan SOP yang di pengerusikan oleh Dato' TKPPM berhubung penempatan dan pertukaran guru oleh bahagian-bahagian dibawah SOP.
Mesyuarat telah memutuskan supaya Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan dan membincagkan perkara-perkara berikut:
-Surat pekeliling/siaran
-Routing pertukaran e-Gtukar
-Lain-lain

Makmal mini 1 : Meningkatkan Kualiti Guru di bawah pelaksanaan Delivery Task Force NKRA


Tarikh : mulai 8 Mac hingga 2 April 2010
Tempat : Bahagian Pendidikan Guru, KPM.
Ahli : Semua Bahagian KPM Bahagian Pengurusan Sekolah Harian diwakili oleh
En. Saiful Bahari bin Mohammed Tauhid, KU(Menengah)SPSM
Makmal mini ini bertujuan meningkatkan kualiti dan profesionalisme guru. Peranan dan sumbangan Sektor Pengurusan Sekolah Harian dalam makmal ini ialah memberikan idea untuk
a. Mengurangkan mismatch opsyen guru melalui program opsyen tambahan di universiti bagi calon-calon guru yang mengalami lebihan dalam opsyen Fizik, Kimia dan Biologi.
b. Melaksanakan program orientasi guru baru dan program induksi berasaskan sekolah selama setahun

Monday, April 5, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN TERHADAP ARAHAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU DI BAWAH SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP)


Tarikh : 06 April 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak
Bil Ahli : Semua Bahagian di Bawah SOP
Pengerusi Mesyuarat : TKPPM (SOP)

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras pelaksanaan tanggungjawab dan fungsi bahagian-bahagian di bawah SOP berhubung keputusan mesyuarat profesional KPM bil3/2010 pada 4 Mac 2010 berhubung penyelarasan fungsi bahagian berhubung penempatan dan pertukaran guru. Penyelaras Bekalan Guru – BPSH , BPI, BPTV, dan BPKHAS
Bahagian-Bahagian ini berperanan sebagai penyelaras bekalan guru(clearing house) berdasarkan jenis guru:

Guru Akademik - BPSH
Guru Agama – BPI
Guru Teknik – BPTV
Guru Pend. Khas – BPKHAS


Penempatan/Pertukaran Guru - Semua Bahagian di bawah SOP

Bahagian-Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan Penempatan dan Pertukaran guru berdasarkan jenis sekolah di bawah kawalan bahagian masing-masing

BPSH - Sekolah-Sekolah Harian
BPI - SMKA dan SABK
BPSBP/ SK - SBP
BPTV - SMT dan SMV
BPKhas - SRPK dan SMPK
BSSK - SSM dan SseM –tertakluk kepada perubahan