Monday, April 23, 2012

Majlis Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (MPSM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang mengadakan Persidangan Kali Ke-51 yang bertemakan Kepimpinan Kreatif Dan Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara





Tarikh : 11 - 14 April 2012
Tempat : Hotel The Zenith, Kuantan, Pahang
Bil Peserta : 1454 orang
Perasmian Pembukaan : Dato' Sri Abdul Ghaffar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perasmian Penutup : Dato’ Mazlan bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Objektif persidangan ialah :

a. Meningkatkan tahap profesonalisme kepimpinan pemimpin sekolah menengah

b. Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah

c. Meningkatkan budaya muafakat dalam kalangan pemimpin sekolah

d. Memperkukuhkan jati diri pengurusan sekolah dalam menghadapi isu dan cabaran pendidikan semasa

Di antara pengisian slot program persidangan ialah :

a. Pembentangan Hasil Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara Oleh Project Management Office.

b. Sesi Dialog PMO Bersama Delegasi Persidangan Hasil Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara

c. Bicara Profesionalisme “Melindungi Masa Instruksional” oleh Y. Bhg. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

d. Ceramah Korporat “ Kreativiti Dan Inovatif : Perspektif Sektor Korporat Ke Arah Negara Maju” Oleh Dato’ Mohd Hilmi bin Mohd Taib, Pengerusi Eksekutif, Hi Tech Padu Berhad

e. Ceramah Profesional “GTP Pemangkin Daya Saing Negara Dalam Pendidikan Oleh Datuk Fuad bin Hassan, Ketua Pengarah JASA, Jabatan Perdana Menteri

f. Forum Pendidikan yang bertajuk Kepimpinan Kreatif Dan Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara yang dipengerusikan oleh Dr. Roslan bin Baki, manakala ahli forum terdiri daripada Dato’ Devamany a/l Krishnasamy, Timbalan Meteri, JPM ; Dr. Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar) dan Prof. Dr. Asma Ismail, TNC, USM.








Sunday, April 22, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN JPKA SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN BIL2 2012

Tarikh : 23 April 2012 ( Isnin :2.30 pm - 5.00 pm)
Tempat : Bilik Mesyuarat Hidayah, Bhg Swasta
Ahli : Semua Bahagian Operasi Pendidikan
Pengerusi : Tuan Haji Sufaat Bin Tumin
                 Timb Ketua Pengarah (OP)

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarsan berhubung dengan pengurusan kewangan Sektor Operasi Pendidikan dan merupakan prosidur tetap JPKA mengikut suku tahun setiap tahun. Mesyuarat juga akan dimaklumkan tindakan terhadap maklum balas mesyuarat terdahulu dan membentangkan Laporan Perbelanjaan dan Pengurusan Kewangan bagi suku tahun pertama 2012 bagi semua bahagian-bahagian Sektor Operasi Pendidikan. Mesyuarat ini juga merupakan Pra JPKA OP bagi menhadiri mesyuarat JPKA KPM akan datang bagi pelaporan Suku Tahun Pertama 2012.

Friday, April 20, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET(JPKA) BPSH BIL 1/2012

Tarikh : 19 April 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak, BPSH
Bil Ahli : Semua KPP, KU dan Pegawai Kewangan Sektor
Pengerusi : Pengarah BPSH
Mesyuarat JPKA Bahagian adalah merupakan prosidur kewangan mengikut suku penggal tahunan (Q1,Q2,Q3 dan Q4) yang perlu dilaksanakan oleh bahagian seperti cadangan tarikh berikut:

i/   Suku Tahun Pertama : 15 April 2012
ii/  Suku TAhun Kedua : 15 Julai 2012
iii/ Suku Tahun Ketiga : 15 Oktober 2012
iv/ Suku Tahun Keempat : 15 Januari 2013

Mesyuarat JPKA - BPSH bagi bil 1/2012 telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Dasar BPSH - En Sazali Bin Ahmad, Mesyuarat JPKA juga adalah merupakan sebagai pemakluman kepada semua sektor dan badan pengawal kewangan sektor dan bahgian tentang sttus terkini perbelanjaan dan perkara-perkara yang perlu buat penambahbaikkan untuk memastikan pengurusan kewangan lebih baik dan mengikut prosidur yang telah ditetapkan oleh badan pengawal kew...