Friday, January 27, 2012

MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI PENEMPATAN MENENGAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN



Tarikh : 26 Januari 2012
Tempat : Restoran Muara Sungai Duyong
Masa : 8.00 pm - 11.00 pm
Ahli : Semua Pegawai Menengah Bahagian dan JPN
Majlis adalah bertujuan meraikan seorang pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian - En Razali Bin Haji Idris. Beliau telah berkhidmat di Bahagian Pengurusan Sekiolah Harian sejak 2000 sehingga Februari 2012 iaitu selama 12 tahun. En Razali adalah seorang yang berdidikasi dalam perkhidmatannya dan BPSH merasa kehilangan seorang pekerja yang sangat bermotivasi dan bertenga. Persaraan ini adalah merupakan persaraan pilihan pada umur 57 tahiun mulai Februari 2012.. SELAMAT BERSARA..EN RAZALI DAN ISTERI.....

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL KPM BIL.1/2012


Tarikh : 25 Januari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam. BPSH
Ahli : Semua Bahagian SOP
Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan bersama dengan bahagian-bahagian Sektor Operasi di Kementerian Pelajaran Malaysia berhubung dengan pelaksanaan penempatan dan pertukaran bagi tahun 2012. Penyelarasan ini menjadi prosidur biasa dalam melaksanakan proses penempatan dan perrtukaran mulai tahun 2012 bersama dengan semua bahagian di Kementerian terutama dalam melaksanakan Maklum Balas Penempatan (MPG-1) dan Maklum Balas Penempatan Pertukaran (MPG-2) bagi semua jenis penempatan dan pertukaran mulai tahun 2012. Mesyuarat bersetuju malaksanakan semua SOP yang ditetapkan kepada penempatan dan pertukaran bagi semua bahagian.

Thursday, January 26, 2012

MESYUARAT STATUS MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU DAN PENEMPATAN PERTUKARAN BIL 1/2012


Tarikh : 25 - 27 Januari 2012
Tempat : Hotel Seri Costa, Melaka
Bil Ahli Mesyuarat : 45 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi membuat penyelarasan bersama JPN dengan BPSH berhubung dengan tindakan JPN dan pihak sekolah bagi menentukan status kedudukan guru baru MPG-1 yang ditempatkan ke ngeri mulai 16 Januari 2012 ke seluruh negara. Selain itu JPN juga diminta membuat penyelarasan status kedudukan lapor/tidak melapor bagi penempatan pertukaran MPG-2. Pemakluman kepada JPN seluruh negara melalui surat siaran ( Rujukan) Penyelarasan juga perlu dilaksanakan diseluruh negara selewat-lewatnya penghujung Febuari 2012. Mesyuarat juga didedahkan dengan modul baru ABM perjawatan 2013 yang akan dilaksanakan keseluruh negara mulai tahun ini..Ia merupakan pendedahan awal terhadap kepada semua ketua unit menengah seluruh negara.

Saturday, January 21, 2012

PEMANTAUAN PENEMPATAN PEGAWAI PERHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BIL.1/2012


Tarikh : 15 - 16 Januari 2012
Tempat : JPN Sabah
Nama Pegawai : En Zanol Bin Haji Awang
Bilangan Penempatan : 31 CalonPemantauan adalah bertujuan bagi memastikan semua calon yang telah ditempatkan di negeri Sabah telah mendapat penempatan ke sekolah di seluruh negeri Sabah. Selain itu pihak JPN juga perlu memastikan semua calon PPP ini diadakan program Orientasi Guru Baru sebagai persediaan awal ke sekolah. Pemantauan juga bagi memastikan semua sekolah yang menerima calon PPP perlu mengesahkan kehadiran mereka secara online melalui laman e-operasi sebagai pengesahan lapor diri dan berkhidmat di sekolah berkenaan.. makluman ini diselaraskan dengan semua negeri sebagi Maklum Balas Penempatan Guru (MPG-1). dengan pengesahan ini maka pihak KPM dapat maklumat berhubung dengan calon yang melapor diri dan calon yang tidak mepaor diri untuk tindakan seterusnya..

MESYUARAT PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI SEKOLAH MENENGAH BIL. 1/2012


Tarikh : 10 - 12 Januari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam BPSH
Ahli : 6 Pegawai Menengah
Mesyuarat adalah bertujuan bagi menempatkan semua PPP yang baru diterima dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) seramai 581 calon. Selepas dibuat pengagihan kepada bahagian-bahagian SOP KPM, BPSH menengah hanya menempatkan seramai 470 calon PPP sahaja bagi sekolah menengah ke seluruh negara. Walau bagaimanapun proses kali ini agak singkat masa memandangkan calon diterima pada 11 Januari dan akan ditempatkan mulai 16 Januari 2012, akan tetapi atas kebijaksanaan dan kehebatan semua pegawai maka proses penempatan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan calon PPP dapat maklumat berhubung penempatan mereka dan berjaya di tempatkan ke sekolah diseluruh negara.

PEMANTAUAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI JANUARI 2012 BAGI PROGRAM MBMMBI


Tarikh : 2 - 3 Januari 2012
Tempat : Johor, PPD Johor Bahru
Ahli : Pegawai Menengah BPSH
Pemantauan adalah bertujuan bagi memastikan sesi persekolahan Januari 2012 dapat berjalan dengan lancar terutama persediaan sekolah secara keseluruhan. Bagi PPD Johor Bahru pemantauan dilaksanakan di SMK St Joseph, SMK Dato Jaafar.JB dan SJK(C) Tampoi, yang khusus berhubung dengan persediaan sekolah bagi memilih bahasa pengantar yang akan dilaksanakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran nanti sebagai mematuhi kehendak KPM berhubung pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan MBMMBI bagi semua sekolah suruh negara mulai Januari 2012. Bagi sekolah yang memilih Bahasa Inggeris - isunya buku teks disediakan dalam Bahasa Melayu dan bagi memilih Bahasa Melayu - Isunya murid sebelum ini diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan bagi yang memilih dwi bahasa - Isunya buku teks disediakan dalan satu bahasa sahaja samada Bahasa Inggeri atau Bahasa Melayu..

PEMANTAUAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH RINTIS PAV BAGI SESI JANUARI 2012



Tempat : Perak, Putrajaya
Tarikh : 27 - 31 Disember 2011
Ahli : Pegawai Sektor Menengah BPSH
Pemantauan adalah bertujuan bagi mendapat gambaran awal tentang persediaan awal sesi persekolahan tahun 2012. Pemantauan juga bagi memastikan semua pihak bersedia terutama pengurusan sekolah dari segi keperluan guru, kelas dan buku teks supaya sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu pihak BPSH juga perlu memastikan persediaan bengkel bagi rintis bagi progran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dapat dilaksanakan dengan sempurna mulai Jan 2012 bagi semua sekolah rintis di seluruh negara. Bagi negeri Perak SMK Trolak Selatan sudah menghampiri 95% peratus siap bengkel automotif PAV bagi sesi Januari 2012.