Saturday, January 21, 2012

MESYUARAT PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI SEKOLAH MENENGAH BIL. 1/2012


Tarikh : 10 - 12 Januari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam BPSH
Ahli : 6 Pegawai Menengah
Mesyuarat adalah bertujuan bagi menempatkan semua PPP yang baru diterima dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) seramai 581 calon. Selepas dibuat pengagihan kepada bahagian-bahagian SOP KPM, BPSH menengah hanya menempatkan seramai 470 calon PPP sahaja bagi sekolah menengah ke seluruh negara. Walau bagaimanapun proses kali ini agak singkat masa memandangkan calon diterima pada 11 Januari dan akan ditempatkan mulai 16 Januari 2012, akan tetapi atas kebijaksanaan dan kehebatan semua pegawai maka proses penempatan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan calon PPP dapat maklumat berhubung penempatan mereka dan berjaya di tempatkan ke sekolah diseluruh negara.