Friday, January 27, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL KPM BIL.1/2012


Tarikh : 25 Januari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam. BPSH
Ahli : Semua Bahagian SOP
Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan bersama dengan bahagian-bahagian Sektor Operasi di Kementerian Pelajaran Malaysia berhubung dengan pelaksanaan penempatan dan pertukaran bagi tahun 2012. Penyelarasan ini menjadi prosidur biasa dalam melaksanakan proses penempatan dan perrtukaran mulai tahun 2012 bersama dengan semua bahagian di Kementerian terutama dalam melaksanakan Maklum Balas Penempatan (MPG-1) dan Maklum Balas Penempatan Pertukaran (MPG-2) bagi semua jenis penempatan dan pertukaran mulai tahun 2012. Mesyuarat bersetuju malaksanakan semua SOP yang ditetapkan kepada penempatan dan pertukaran bagi semua bahagian.