Tuesday, June 30, 2009

MESYUARAT TEKNIKAL e-GTukar BAGI PERTUKARAN DALAM NEGERI


Tarikh : 29 Jun - 02 Julai 2009
Tempat : Tropical Inn, Johor Bahru
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat bagi penyalarasan pertukaran dalam negeri secara online bagi negeri rintis Terengganu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Mesyuarat bagi menentukan routhing mengikut peranan masing-masing dari pada peringkat sekolah( Pemohon) Penyemak ( Pengetua / Guru Besar) dan Pelulus ( JPN/PPD). Program rintis ini bagi pelaksanaan pertukaran pada sesi Januari 2010.

Monday, June 29, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL OPMEN online BPSH (MENENGAH) KPM BIL. 1/2009


Tarikh : 29 Jun - 02 Julai 2009
Tempat : Tropical Inn, Johor Bahru
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuart adalah bertujuan untuk menyelaraskan Teknikal OPMEN online dan e-GTukar antara daerah bagi Program Rintis bagi negeri WPKL, Pulau Pinang dan Terengganu. Mesyuarat juga membuat penyelarasan bagi kertas kerja Redeyploymnet Guru bagi daerah dan negeri seperti yang disrankan oleh Tan Sri KPPM dalam mesyuarat bersama BPSH behubung keperluan guru mengikut keperluan sebenar sekolah.

Thursday, June 25, 2009

TAKLIMAT PEMANTAPAN MS ISO 9001 : 2008 KUMPULAN SOKONGAN BHG/JPN DANPPD/F

Taklimat ini telah diadakan pada 22-24 jun 2009 di Hotel Quality, Kuala Lumpur.Para penceramah terdiri dari Tn hj. Mohd Yazid bin Buntal dari PPD Kuala Pilah, negeri Sembilan, En. Razif bin Ibrahim dari JPN Perak dan En. Mohammad Yong b Sallehy dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Seramai 50 orang telah menghadiri taklimat tersebut yang terdiri dari Kumpulan Sokongan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, JPN dan PPD seluruh negara.Objektif taklimat ini ialah untuk memberi pendedahan kepada semua Kumpulan Sokongan membuat penambahbaikan terhadap semua temuan Laporan Audit dan keberkesanan sebagai pelaksana dalam memantapkan kualiti dalam pengurusan MS ISO 9001 : 2008.

SEMINAR MEMPERKASAKAN PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH


Tarikh : 22 - 24 Jun 2009
Tempat : Hotel Federal, Kuala Lumpur
Bil Peserta : 240 Orang (BHG-BHG KPM/JPN/PPD)
Tetamu Jemputan
1. Tan Sri Dato' Alimuddin Bin Haji Mohd Dom (KPPM)
2. Dato'Hajjah Noor Rezan Binti Bapoo Hashim (TKPPM)
3. Datuk Kamarulzaman Bin Mohd Noor (TKSU) Pengurusan KPM
4. Tuan Haji Zulkifly Bin Mohd Wazir (Pengarah BPSH)
5. En Sulaiman Bin Wak ( Pengarah JPWPKL)
6. Semua Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (Seluruh Negara)


Seminar Memperkasakan Pengurusan Sekolah Menengah adalah merupakan seminar pertama diadakan oleh Majlis Ketua Unit Pengurusan Sekolah Kebangsaan(MKUPSK). Seminar ini adalah anjuran Sektor Pengurusan sekolah Menengah,Kementerian Pelajaran Malaysia bersama dengan MKUPSK. Melalui seminar ini sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan dengan tajuk seperti berikut:


1. Cabaran Dalam Pengurusan Organisasi KPM/JPN/PPD

(En Abdullah Bin Mad Yunus,Timbalan Pengarah[sekolah] BPSH)

2. Komunikasi Berkesan Pencetus Revolusi Kecemerlangan

(Prof. Madya Dr.Abdul Muati@Zamri Bin Ahmad,

Timbalan Dekan, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi UPM

3. 'Strategic Leadership in Learning Organization'

(En Azuddin Jud Bin Haji Ismail, Pengarah K-Ekonomi Melaka)

4. Integriti Dan Budaya Kerja Cemerlang

(En Mohammad Diah Bin Wahari, Pengarah Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia)

5. Memartabatkan Profesion Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di KPM/JPN/PPD

( Datuk Kamrulzaman Bin Mohd Noor, TKSU(Pengurusan)KPM.

Saturday, June 20, 2009

CCEM



CCEM. berita akan menyusul

Friday, June 19, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Graduan NPQH Bil.3/2003


Tarikh : 9 – 11 Jun 2009
Tempat : Hotel Riverview, Kota Bharu, Kelantan
Peserta : JK Jawatankuasa Majlis Graduan NPQH seluruh Negara
Objektif :

Mmbincangkan tentang pelaksanaan aktiviti dan program Persidangan Graduan NPQH Pendidikan tahun 2009.

Membincangkan post mortem pelaksanaan Program Konvensyen Graduan NPQH tahun 2009.

Mengadakan Lawatan penandaarsan ke SMK Ahmad Maher,
(Sekolah Pengetua Cemerlang dan Sekolah Kluster)

PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH


Tarikh : 25 - 28 Mei 2009
Tempat : Bayview Beach Resort
Bil Ahli : 504 Pengetua Seluruh Negara

Perasmian Persidangan : YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yasin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran

Perasmian Penutup : TYT Tun Abdul Rahman Abas
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

TEMA
PEMIMPIN UNGGUL : MEMBINA SEKOLAH CEMERLANG
OUTSTANDING LEADERS: CREATE EXCELLENT SCHOOL

MATLAMAT
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia adalah satu usaha yang berterusanuntuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan kepim[pinan pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF
i. Meningkatkan tahap profesionalisme kepimpinan pemimpin sekolah menengah
ii. Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah.
iii. Meneingkatkan budaya muafakat dalam kalangan pemimpin sekolah.
iv. Memperkukuhkan jati diri pengurusan sekolah dalam menghadapi cabaran dan isu-isu pendidikan semasa.

THE SECOND CONFERENCE OF SOUTH EAST ASIA SCHOOL PRINCIPALS FORUM


Date : 02 -07 May 2009
Place : Hydro Majestic, Penang
VISION
South East Asia School Principals Forum to be the preferred professional organization for all principal associations at the ASEAN level.

MISSION
South East Asia School Principals Forum will provide leadership, professional development and support for principals association at the ASEAN Countries.

OBJECTIVES
* Enhance ASEAN countries collaborations among principal associations of the respective member countries.
* Increase induvidual awareness and knowledge of global issues and cross cultural competence.
* Strengthen leadership capacity of the principal of member countries.
* Contribute towards a stronger education system through school management and ledership.
* Identify and address the developing needs of school principals.
* Enhance recognition as a professional organization actively representing the special interest of the school principal associations of the respective member countries.

Thursday, June 18, 2009

MESYUARAT PEMURNIAN MONTAJ MULTIMEDIA SEMPENA PELANCARAN OPMEN DAN e-GTukar OLEH TAN SRI DATO' ALIMUDDIN BIN MOHD DOM


Tarikh : 18 Jun 2009
Tempat : Hotel Goldcourse, Klang Selangor.
Bil Ahli : 6 Orang

Mesyuarat adalah bagi tujuan pemurnian tayangan montaj multimedia sempena pelancaran Sistem Data Operasi Menengah OPMEN dan Sistem Pertukaran Guru secara 'online' atau lebih dikenali sebagai e-GTukar. OPMEN telah dilaksanakan secara rasmi di semua Jabatan Pelajaran Negeri seluruh negara mulai Januari 2009 manakala e-GTukar telah dilaksanakan ke seluruh negara mulai pertukaran Sesi Jun 2008. Walaupun kedua-dua sistem ini telah berada dalam sistem Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ( Menengah ) sebagai ' support system dicision ' tetapi masih belum dilancarkan secara rasmi. Sempena dengan Seminar Pengurusan Ketua Unit Menengah pada 23 Jun 2009 di Hotel Federal, Kuala Lumpur ia adalah medan yang paling sesuai untuk melancarkan kedua-dua sistem ini secara rasminya oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg Tan Sri Alimuddin Bin Mohd Dom.

Tuesday, June 16, 2009

SEMINAR GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEBANGSAAN 2009


Tarikh : 15 - 18 Jun 2009
Tempat : Hotel Goldcourse, Klang Selangor.
Bil Peserta : 250 Orang Guru Kaunseling dan Bimbingan seluruh negara
& Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan MGKK.
Seminar guru bimbingan dan Kaunseling ini adalah merupakan acara tahunan bagi tujuan menangani isu-isu semasa berhubung dengan pelbagai isu terutama isu Disiplin Pelajar. Melalui minar ini juga peserta dapat berkongsi pengalaman sesasama peserta dan dari penceraamah jemputan yang dijemput khas dalam seminar ini. Perasmian Penutup Seminar pada 18 Jun telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zulkifly Bin Mohd Wazir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mewakili Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg Dato' Hajjah Noor Rezan Bini Bapoo Hashim , iaitu hari terahkir Seminar bersama dengan Resolusi Seminar. Selamat Berseminar kepada semua peserta..

MESYUARAT PENYELARASAN KAEDAH / FORMAT BORANG DARI IPTA / IPG BAGI GURU GSST

Tarikh : 12 Jun 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH
Bil Ahli : Semua Bahagian di Bawah Sektor Operasi Pendidikan
Pengerusi : Y.Bhg. Dato' Hajjah Noor Rezan Bt Bapoo Hashim

Mesyuarat adalah bagi menyelaraskan format borang yang digunakan oleh IPTA dan IPG bagi semua bakal graduan guru yang akan ditempatkan. Format baru ini bagi mngenal pasti kriteria baru iaitu kemahiran SENI dan SUKAN atau BAKAT yang ada pada pelajar. Maklumat ini perlu bagi tujuan penempatan guru yang mempunyai bakat dan kemahiran tinggi dalam sesuatu bidang dan dapat dimanafaatkan oleh guru berkenaan semasa bertugas selepas penempatan. Kemahiran dan bakat diperlukan di sekolah Seni dan juga Sekolah Sukan.

MESYUARAT PENYELARASAN PENEMPATAN BIL 5/2009


Tarikh : 10 Jun 2009
Tempat : Hotel Empress, Sepang
Bil Ahli : Semua JPN seluruh Negara

Mesyuarat adalah bertujusn bagi menyerahkan senarai penempatan guru GSST bil5/2009 seramai 398 orang dengan pelbagai opsyen. BAgi penempatan pada kali ini, WP Putrajaya dan WP Labuan tidak menerima sebarang penempatan baru. Walaubagaimana pun penempatan kali ini masih belum dapat memenuhi keperluan guru di Sekolah menengah seluruh negara.

Monday, June 15, 2009

MESYUARAT POST MORTEM e-GTukar BAGI PERTUKARAN GURU JUN 2009


Tarikh : 8 - 10 Jun 2009
Tempat : Hotel Empress. Sepang
Bil Ahli : Semua Administrator JPN(Men & Ren) dan BPM

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menangani permasalahan semasa sesi pertukaran yang lepas terutama dari segi " routing" dan isu yang berhubung dengan pertukaran antara Bahagian-Bahagian KPM terutama melibatkan Bahagian Pendidikan Khas bagi sekolah yang mempunyai kelas intergrasi Pendidikan Khas. Selain itu penyelarasan dibuat bagi pertukaran berpusat akan datang bersama dengan bahagian-bahagian kpm supaya tidak timbul masalah berbangkit.

Saturday, June 13, 2009

Temuduga Fasilitator Schoolnet



Operasi temuduga untuk jawatan fasilitator Schoolnet telah berlangsung di seluruh negara pada 11 dan 12 jun 2009.

Operasi ini melibatkan pegawai-pegawai BPSH dan JPN dan dijalankan di Pejabat-pejabat Tenaga Kerja seluruh Malaysia.

Program ini adalah satu program penempatan siswazah menganggur bagi membantu hal-hal yang berkaitan dengan projek SchoolNet di sekolah seluruh Negara. Ini adalah berpunca dari masalah terhadap penggunaan Schoolnet yang sangat rendah disamping isu aduan Schoolnet yang kerap menghadapi masalah.

Iklan bagi pengambilan program ini bermula pada 8 Jun 2009 di akhbar-akhbar dan web. Sesi temuduga dijalankan di 44 buah pusat diseluruh negara. Lokasi adalah di Jabatan Tenaga Kerja Daerah di daerah yang terlibat. Proses temuduga bermula pada 11 Jun hingga 12 Jun 2009. Penempatan Fasilitator SchoolNet bermuala pada 22 Jun 2009 diikuti dengan program latihan. Latihan akan dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Penempatan ke sekolah akan bermula seminggu selepas tarikh berkenaan.

Mesyuarat BPSH bersama Pegawai Khas Menteri Pelajaran


Pada 9 Jun 2009, BPSH telah menerima kunjungan pegawai-pegawai khas Y.A.B Menteri Pelajaran.
Taklimat yang diberikan adalah khusus mengenai urusan penempatan dan pertukaran guru sekolah rendah dan menengah.
Taklimat diketuai oleh Y.Bhg. Pengarah BPSH.

Tuesday, June 9, 2009

LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Tarikh :
1 Jun 2009

Tempat :
PPD Kubang Pasu

Pegawai :
Haji Mohd Anuar b Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)

Abdul Rahim Mohidin
Penolong Pengarah Unit Disiplin

Maklumat:

Pengetua dan Guru Besar Daerah Kubang Pasu telah memberi taklimat pelaksanaan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) pada 1 Jun 2009. Majlis ini telah diadakan di dewan Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu. Selain dari pegawai KPM (BPSH), Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid dan Encik Abdul Rahim Mohidin, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Kedah, Tuan Haji Mohamed Rafed Ismail turut bersama mendengar laporan dari Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras KPJ Daerah, Puan Hajah Latifah Kassim. Hampir 100 orang Pengetua dan Guru Besar telah hadir di majlis ini.

Berdasarkan kepada laporan yang dibentang, KPJ Daerah Kubang Pasu telah mengendalikan aktiviti mengikut landasan panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Dalam ucapan wakil kementerian, kegiatan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras KPJ Kubang Pasu akan dapat melihat kesannya terhadap pengurangan penglibatan murid-murid sekolah daerah berkenaan sekiranya kegiatan yang dianjurkan berterusan.
MESYUARAT KETUA UNIT HEM, PEGAWAI DISIPLIN JPN DAN PEGAWAI HEM BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM

Tarikh : 2 – 5 Jun 2009
Tempat : Hotel Langkasuka, Langkawi, Kedah
Pengerusi : i) Haji Mohd. Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)

ii) Mohd Fuzi bin Mohd Nor
Penolong Pengarah Unit Disiplin

Latar Belakang :

BPSH Sektor Pengurusan Kanseling dan Disiplin telah mengadakan mesyuarat pertengahan tahun dengan semua Ketua Unit HEM dan Pegawai Disiplin JPN bersama-sama dengan pegawai-pegawai meja HEM Bahagian-bahagian di KPM pada 2 – 5 Jun 2009. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membentangkan dasar-dasar pengurusan disiplin dan laporan kegiatan yang dianjurkan oleh BPSH bagi meningkatkan disiplin murid di sekolah.

Bahagian-bahagian di KPM yang menguruskan sekolah-sekolah masing-masing seperti BPI, BPTV, BPKhas dan SBP & Kluster dilibatkan supaya sentiasa maklum dengan kegiatan yang dikendalikan oleh BPSH dalam usaha peningkatan disiplin murid. Wakil PDRM (Hal Ehwal Awam) Bukit Aman telah turut hadir untuk menyampaikan dasar-dasar pengurusan polis yang melibatkan kes-kes murid sekolah.

Mesyuarat yang telah diadakan di Langkawi pada kali ini telah diingatkan supaya semua pihak sentiasa menghormati protokol, hirarki dan fungsi pengurusan organisasi masing-masing (KPM, PPD dan sekolah) supaya saluran maklumat dapat dilaksanakan dengan kemas, teratur dan lancar. Justeru jaringan kerja akan dapat berfungsi dengan lebih mantap, cekap dan berkesan.


Ketetapan :

. Key Performance Indeks (KPI) bagi masalah disiplin murid perlu dibuat di peringkat JPN. Negeri. Di peringkat KPM, sasaran pengurangan masalah disiplin murid telah ditetapkan kepada pengurangan sebanyak 0.02% pada tahun 2009. Sehubungan itu, semua Bahagian dan JPN. diminta untuk berusaha ke arah pencapaian KPI masing-masing dan sasaran yang ditetapkan perlu disesuaikan dengan KPI di KPM. Sebagai panduan dalam menetapkan KPI di peringkat JPN

· Siasatan dan laporan berkaitan kes disiplin murid. Bagi kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah khususnya yang mendapat perhatian awam dan yang keluar dalam mana-mana media massa termasuk aduan ketidakpuasan ibu bapa dan masyarakat, maka siasatan perlu segera dilakukan oleh JPN. atau PPD. Laporan yang dihantar perlu ada ulasan, pandangan dan tindakan daripada PPD atau JPN. Laporan yang disediakan oleh sekolah perlu dilampirkan bersama. Usaha-usaha dan tindakan ke arah penyelesaian masalah yang disiasat juga perlu dijelaskan dalam laporan tersebut. Kaedah Standard Operating Prosedure (SOP) 1 : 3 : 7 yang ditetapkan oleh KPM hendaklah dipatuhi.

· Semua pegawai yang terlibat dalam pengurusan disiplin murid sama ada di peringkat KPM, JPN. atau PPD perlu memahami dengan jelas akan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM khususnya pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Di peringkat KPM, peraturan baru iaitu Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2008 yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996 telah diangkat kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan penelitian.

· Pemantauan yang kerap di sekolah perlu dilakukan oleh JPN. Negeri khususnya terhadap tatacara hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin oleh pihak sekolah. Untuk itu, nasihat dan bimbingan perlu sentiasa diberi kepada sekolah agar tindakan yang dibuat adalah betul dan tidak mendatangkan isu ketidakpuasan kepada pihak awam khususnya ibu bapa. Ini termasuklah pematuhan Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Beri penekanan terhadap proses keadilan dalam melaksanakan sesuatu hukuman.

· Mesyuarat Post Cabinet Kementerian Pelajaran pada 14 Mei 2009 telah meminta agar pengurusan disiplin murid dilakukan oleh satu bentuk pengurusan lain. Maklum balas yang diterima daripada Bahagian-Bahagian di KPM dan JPN. Negeri adalah agar pengurusan disiplin murid di sekolah dilakukan oleh guru dan meminta agar waktu mengajar guru disiplin dikurangkan kepada maksima 8 waktu, di luar norma dan jadual waktu bertugasnya di susun semula. Untuk itu satu mesyuarat penyediaan kertas cadangan mengenainya akan disediakan pada 17 hingga 19 Jun 2009.

· Selain pengetahuan berkaitan pengurusan disiplin murid dimantapkan kepada kalangan pegawai di KPM. dan JPN, guru disiplin di sekolah juga perlu diberi latihan dan kursus yang berkaitan. BPSH pada tahun 2009 telah memperuntukkan pakej kursus guru disiplin kepada semua negeri. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Tekanan emosi guru-guru disiplin yang telah lama menjalankan tugas tersebut serta yang bertugas di sekolah-sekolah yang agak berisiko perlu diambil kira dalam pengurusan disiplin sekolah. Setiap JPN. Negeri telah diperuntukkan dua pakej untuk kursus pengurusan stress kepada guru tersebut di bawah peruntukan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Selain daripada kursus dan latihan seperti di perkara 10 dan perkara 11, BPSH juga telah menghantar peruntukan kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah untuk program keibubapaan kepada PIBG dan program Pasukan Petugas Anti Ponteng di bawah peruntukan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· BPSH juga telah menghantar peruntukan kepada semua JPN. Negeri untuk program pencegahan jenayah pelajar bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Peruntukan ini juga di bawah program Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Salah satu aspek pengukuhan disiplin murid seperti yang disebutkan oleh YAB. Menteri Pelajaran adalah dengan melibatkan dan memantapkan peranan PIBG. Usaha ini akan diberi perhatian di mana semua daerah akan diberi peruntukan tambahan di bawah peruntukan Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) iaitu NGO yang berada di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM bagi menggerakkan program PIBG tersebut. Jumlah peruntukan tambahan kepada setiap daerah akan diputuskan oleh KPM. Peruntukan khas telah diperolehi oleh MAPAN daripada Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu dan menyokong usaha-usaha Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM melaksanakan program dan aktiviti disiplin murid bagi tempoh 2008-2009. Peruntukan ini diletakkan dalam akaun ATTD di BPSH. Pelancaran program pemantapan PIBG tersebut dicadang dilakukan oleh YAB. Menteri Pelajaran di Parlimen Pagoh pada bulan Julai 2009.

· Mesyuarat pengurusan BPSH telah menetapkan agar ada KPI penghantaran maklumat dan laporan secara berjadual. Pemberian markah kepada JPN. Negeri akan dibuat berdasarkan ketepatan masa penghantaran serta maklumat yang diberi adalah lengkap. Perkara ini adalah atas arahan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi). Dalam aspek disiplin, keselamatan dan perpaduan murid pelbagai kaum, perkara yang dimasukkan adalah penghantaran data SSDM, data maklumat Pengurusan Disiplin Murid (BDP), data Piawaian Kesematan Sekolah, Laporan Pelaksanaan Program Menangani Gejala Disiplin Murid dan data penglibatan murid dalam program RIMUP. Sektor Kaunseling dan Disiplin, BPSH telah menyediakan format KPI tersebut seperti di LAMPIRAN C. Semua JPN. Negeri perlu mematuhi ketetapan tersebut.

· Pegawai Perhubungan Polis perlu diaktifkan dari aspek kehadiran mereka di sekolah. Pihak JPN. Negeri perlu membincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Permuafakatan JPN. bersama PDRM di peringkat negeri. Kehadiran pihak polis di sekolah harus dilihat sebagai membantu pihak sekolah dan bukan menakutkan. Perkara ini juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM pada 17 Mac 2009.

· Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah perlu diaktifkan. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau pelaksanaan program ini di samping membantu sekolah mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

· Pihak PDRM diminta untuk memaklumkan kepada pihak sekolah tentang status kes pelajar yang ditangkap dan didakwa di mahkamah. JPN. Negeri juga diminta untuk sentiasa berhubung dengan PDRM di peringkat negeri bagi membantu sekolah mendapatkan maklumat tersebut.

· Satu mekanisme yang lebih berhati-hati juga perlu diwujudkan oleh PDRM sekiranya ada kes tangkapan pelajar sekolah khususnya ketika waktu persekolahan kerana ia boleh mendatangkan isu kepada masyarakat.

· Semua JPN. Negeri diminta untuk menghantar data SSDM berdasarkan surat siaran KPPM pada 31 Mei 2005. Data tersebut perlu dihantar tiga kali setahun mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Setiap kali kutipan data tersebut akan diadakan mesyuarat bersama JPN. bagi membuat analisa bersama tetang status masalah disiplin murid peringkat negeri dan kebangsaan. Data SSDM yang dipungut hendaklah termasuk daripada SBP&K, SMT dan SMKA.

· Pelaksanaan rintis program Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) di 116 buah sekolah di seluruh negara akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2009. Item-item berkaitan murid-murid istimewa juga perlu dimasukkan dalam sistem tersebut agar pemantauan terhadap salah laku mereka juga dapat dipantau. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau dan membantu sekolah-sekolah berkenaan dalam pelaksanaannya.

· Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM telah meminta BPSH mengenalpasti 10 buah sekolah menengah bagi melaksanakan rintis SSDM Versi Baru (VB) dalam usaha pemantapan sistem tersebut.

· Pelaksanaan rintis program Piawaian Keselamatan Sekolah di 642 buah sekolah di seluruh negara akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2009. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau dan membantu sekolah-sekolah berkenaan sterusnya mendapatkan maklumbalas daripada sekolah berkenaan dari kelima-lima aspek yang akan dipiawaikan. Kelima-lima aspek tersebut adalah Pengurusan Aktiviti Murid, Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana, Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah, Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial dan Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko.

· Hasil rintis Piawaian Keselamatan Sekolah nanti akan diselaraskan dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM supaya instrumen yang sama digunakan dalam pemantauan berkaitan keselamatan sekolah. Ini dapat mengurangkan kekeliruan pihak sekolah seterusnya mengurangkan beban tugas guru yang terlibat.

· Dalam aspek Piawaian Keselamatan Sekolah, elemen yang berkaitan Pendidikan Khas juga akan dimasukkan bagi memantapkan instrumen piawaian tersebut.

· Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) perlu dilaksanakan di peringkat sekolah dan kelompok sekolah seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan pelaksanaannya. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta membantu pihak sekolah sekiranya terdapat permasalahan dalam pelaksanaannya.

· Semua JPN. Negeri perlu menyegerakan penghantaran peruntukan RIMUP di sekolah agar pihak sekolah tidak menghadapi masalah dalam pelaksanaannya. Peruntukan tersebut hendaklah sampai ke sekolah selewat-lewatnya akhir bulan Jun 2009. Laporan pengagihan serta senarai sekolah yang diberi peruntukan tersebut hendaklah dihantar kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Selain pelaksanaan program RIMUP di peringkat sekolah, BPSH juga pada tahun 2009 telah memperuntukkan satu pakej kursus dan latihan kepada guru-guru RIMUP kepada semua JPN. Negeri. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Sejak penstrukturan semula organisasi di KPM, semua Bahagian di bawah TKPPM (Sektor Operasi) di KPM mempunyai Unit HEM masing-masing termasuk Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM. Dalam aspek pengurusan Disiplin Murid , usaha penyelarasan tindakan antara Bahagian-Bahagian terlibat di KPM dan JPN. Negeri perlu dilakukan.

· Mesyuarat mengambil ketetapan bahawa pihak JPN. Negeri hendaklah membantu dan bekerjasama dengan Bahagian-Bahagian terlibat di KPM yang berada di bawah TKPPM (Operasi Pendidikan) dalam menangani permasalahan disiplin murid khususnya bagi sekolah-sekolah selain daripada sekolah harian. Sekolah-sekolah tersebut termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan SABK atau sekolah-sekolah lain yang berada di negeri masing-masing termasuk Sekolah-sekolah Pendidikan Khas.

· Bagi maksud tersebut, satu senarai nama pegawai di JPN. Negeri (di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN.) dan nombor telefon mereka diedarkan kepada semua Bahagian terlibat bagi memudahkan perhubungan (networking) dalam menangani sesuatu isu yang berkaitan disiplin murid.

· Penyelarasan ini penting kerana kuasa-kuasa bagi tatacara disiplin murid di sekolah-sekolah dalam sesebuah negeri adalah di bawah tanggungjawab Pendaftar (Pengarah Pelajaran Negeri). Rujuk Ordinan Pelajaran 1957 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Tambahan pula kebiasaannya Pendaftar Besar (KPPM) lazimnya akan menghubungi Pendaftar (Pengarah Pelajaran Negeri) negeri berkenaan terlebih dahulu bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan kes disiplin di sesebuah sekolah dalam negeri berkenaan.

· Satu mesyuarat dan perbincangan antara BPSH, BPSBP&K, BPTV, BPK, BSSK dan BPI akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyediakan SOP penyelarasan berkaitan tindakan disiplin terhadap murid, khususnya berkaitan tindakan gantung sekolah, buang sekolah serta rayuan bersekolah semula dan penempatan murid yang telah dikenakan tindakan disiplin.

· BPSBP&K, BPTV, BPK, BSSK dan BPI boleh memohon peruntukan di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM daripada BPSH selaku urus setia jawatankuasa tersebut bagi melaksanakan program disiplin murid termasuk latihan guru disiplin di Bahagian masing-masing. Kelulusan jumlah peruntukan yang boleh diberi adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada.


Saturday, June 6, 2009

Konvensyen GTL School


Konvensyen GTL Schools telah berlangsung pada 1-2 Jun 2009 di One Hotel, Kuala Lumpur.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj Alimuddin bin Hj. Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Konvensyen melibatkan 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil JPN, PPD dan sekolah-sekolah angkat GITN berjumlah 29 buah di seluruh Malaysia.