Saturday, January 21, 2012

PEMANTAUAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH RINTIS PAV BAGI SESI JANUARI 2012



Tempat : Perak, Putrajaya
Tarikh : 27 - 31 Disember 2011
Ahli : Pegawai Sektor Menengah BPSH
Pemantauan adalah bertujuan bagi mendapat gambaran awal tentang persediaan awal sesi persekolahan tahun 2012. Pemantauan juga bagi memastikan semua pihak bersedia terutama pengurusan sekolah dari segi keperluan guru, kelas dan buku teks supaya sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu pihak BPSH juga perlu memastikan persediaan bengkel bagi rintis bagi progran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dapat dilaksanakan dengan sempurna mulai Jan 2012 bagi semua sekolah rintis di seluruh negara. Bagi negeri Perak SMK Trolak Selatan sudah menghampiri 95% peratus siap bengkel automotif PAV bagi sesi Januari 2012.