Thursday, December 15, 2011

MESYUARAT SEMAKAN SEMULA PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAGI SESI JANUARI 2012



Tarikh : 12 - 14 Disember 2011
Tempat : Hotel Plaza, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 8 Orang Pegawai Menengah BPSH

Mesyuarat adalah bertujuan bagi membuat semakan semula bagi semua permohonan semakan semula pertukaran bagi sesi Jan 2012 bagi Sekolah Menengah. Semua calon yang hadir bagi memohon dibuat semakan semula perlu di semak semula berdasarkan kepada beberapa kreteria berikut:


Faktor-Faktor Penentuan Kelulusan

1 Keperluan opsyen
2 Kes kesihatan kronik
3 Kes ikut suami/isteri
4 Tempoh berkhidmat di sesebuah negeri

Isu / Kekangan Rayuan Pertukaran

1 Kelulusan pertukaran keluar dari negeri yang mengalami kekurangan guru yang kritikal seperti Sabah, Sarawak dan Johor perlu dikawal supaya kekurangan tidak menjadi terlalu besar pada awal tahun 2012.

2 Pertukaran dari negeri yang tepu seperti Kelantan dan Terengganu bagi guru opsyen Bahasa Inggeris tidak diluluskan kerana keperluan kritikal opsyen tersebut di kedua-dua negeri berkenaan.

3 Bagi kes pertukaran bersama (suami-isteri guru bersama-sama mohon bertukar) tidak dipertimbangkan kerana memerlukan pengisian dua orang ke sesebuah negeri.

4 Pertukaran bagi opsyen yang berlebihan seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik dipertimbangkan berasaskan lama berkhidmat di sesebuah negeri (sekurang-kurangnya 3 tahun). Kawalan pertukaran adalah perlu disebabkan semua negeri mengalami lebihan opsyen berkenaan.

5 Pertukaran ke PPD yang penuh tidak dapat dipertimbangkan. Contohnya PPD Seremban, PPD Kota Setar, PPD Hulu Langat, PPD Kuantan dan PPD Kinta.

6 Pertimbangan rayuan memberi keutamaan kepada kes-kes mengikut pasangan manakala guru yang masih bujang tidak dipertimbangkan.

7 Rayuan tidak dipertimbangkan bagi kes-kes negeri bersempadan atau PPD yang bersempadan seperti WP Kuala Lumpur dan PPD Hulu Langat, Gombak; PPD Seberang Perai dan Kulim/Bandar Baru.