Thursday, December 8, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN MAJLIS PEGAWAI MENENGAH KEBANGSAAN DAN KETUA UNIT MENENGAH BIL. 4 TAHUN 2011



Tarikh : 22 – 24 September 2011
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah
Peserta : 16 orang Ketua Unit Menengah JPN & 4 orang dari BPSH



Tujuan :
Mesyuarat JK Pelaksana ini diadakan bertujuan untuk membuat post mortem awal pelaksanaan sesi temuduga pengetua cemerlang di JPN dan persediaan awal pelaksanaan Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah Menengah.

Mesyuarat membincangkan penubuhan jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana Persidangan Memperkasa Pengurusan sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011. Mesyuarat juga menentukan setiap pengerusi jawatankuasa kecil serta tugas dan tanggungjawab setiab jawatankuasa. Mesyuarat juga memutuskan tajuk dan nama penceramah dan surat jemputan perasmi, penutupan, pembentang dikeluarkan sebelum berakhir September 2011.
Sementara itu dalam cadangan post mortem sesi temuduga calon pengetua cemerlang tahun 2011 yang telah dijalankan pada 4 – 9 September 2011. Mesyuarat mencadangkan agar tempoh masa pemprosesan calon pengetua cemerlang dipercepatkan bagi memastikan perlantikan pengetua cemerlang dapat dibuat dalam tahun semasa.