Tuesday, October 18, 2011

MAJLIS PERASMIAN PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT BAGI SESI JANUARI 2012






Tarikh : 18 Oktober 2011
Tempat : Ballroom Dynasty Hotel, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 120 Peserta ( Menengah, Rendah dan Pra Sekolah)
VVIP : En Ismail Bin Kalam ( Timbalan Pengarah (Sekolah)

Majlis perasmian bengkel kerja penyelarasan pertukaran dan penempatan semua guru antara negeri dan bahagian-bahagian KPM bil 2/2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Majlis ini adalah merupakan program pertama Timbalan Pengarah sekolah bersama dengan semua JPN seluruh negara bagi urusan pertukaran dan penempatan semua guru. Pertukaran pada kali ini merupakan pertukaran yang mengendalikan lebih ramai pemohon berbanding dengan pertukaran yang dilaksanakan sebelum ini di mana jumlah permohonan sahaja mencecah 45900 permohonan bagi seluruh negara bagi pertukaran antara negeri, pertukaran dalam negeri , pertukaran dalam daerah dan pertukaran dalam bahagian dan antara bahagian KPM.