Friday, May 28, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA OPMEN BIL. 2/2010 ZON UTARA


Tarikh : 31 Mei - 1 Jun 2010
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP)Kedah
Ahli : 2 Pegawai KPM dan Pegawai Data Kedah, Perlis dan Pulau Pinang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi penyelarasan kutipan data April 2010 bersama KPM bagi zon utara, penyelarasan mengikut zon dilaksanakan bertujuan menjimatkan kos memandangkan tiada kos bagi melaksankan kutipan secara berpusat seperti sebelum ini. Penyelarasan kutipan dan verifikasi data opmen secara zonjuga dapat membantu negeri membuat semakan dengan lebih efektif dan brkesan.

Monday, May 24, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 2/2010 ZON TIMUR


Tarikh : 25 - 27 Mei 2010
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highland
Urusetia : JPN Pahang
Bil ahli : 10 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan kutipan dan verifikasi data bersama dengan JPN bagi data berakhir 30 April 2010. Penyelarasan data kali ini dilaksanakan secara zon( zon timur/Pahang, zon tengah/BPSH, zon utara/Kedah dan zon SQL/Miri). Penyelarasan mesyuarat dibuat secara zon bagi mengurangkan kos pengurusan bahagian. walaubagaimana pun selepas penyelarasan peringkat zon satu mesyuarat Verifikasi peringkat KPM akan dilaksanakan bersama mesyuarat ketua unit menengah.

MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONALISME PKPSM BIL.2/1010



TARIKH : 14 – 16 MEI 2010
TEMPAT : BUKIT GAMBANG RESORT, KUANTAN, PAHANG
PESERTA MESYUARAT : AHLI JAWATANKUASA PKPSM KEBANGSAAN

PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN ;

1. PERSEDIAAN PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PKPSM KALI KE-49 DI KOTA BHARU, KELANTAN PADA 22 -24 JUN 2010
2. PENYEMAKAN AKHIR DRAF MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH UNTUK MAJLIS PELANCARAN DI KOTA BHARU
3. PERBINCANGAN ISU-ISU PENGURUSAN PENDIDIKAN
4. PERBINCANGAN PELAKSANAAN NKRA BIDANG SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DAN GANJARAN BARU
5. AKTIVITI BIRO PROFESIONAL, DOKUMENTASI DAN SOSIAL & LAWATAN
6. MENGHADIRI FORUM PENDIDIKAN DAN PAMERAN PENDIDIKAN SEMPENA HARI GURU
7. MENGHADIRI PERASMIAN PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, GAMBANG, PAHANG

Thursday, May 20, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih(GSST) Bil 2/2010


Tarikh : 18 - 19 Mei 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam, SPSM
Bil Ahli : Semua Pegawai SPSM

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan penempatan bagi semua calon Guru sandaran Siswazah Terlatih (GSST) bil.3 / 2010 yang bekalan dari Institut Pendidikan Guru dari seluruh negara seramai 170 orang graduan Tesl dan 76 orang graduan Program Pelajar Cemerlang. GSST ini ditempatkan diseluruh negara mengikut keperluan Jabatan Pelajran Negeri masing-masing dan keutamaan diberikan kepada pengisian di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman.

Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Kewangan Tambahan Bajet Bagi Penempatan, Pertukaran dan Redeployment Bagi Sektor Operasi Pendidikan(SOP)

Tarikh : 18 Mei 2010
Masa : 9.00 am - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam. SPSM

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan peruntukan bajet tambahan kewangan bagi penempatan, pertukaran dan redeployment bagi tahun 2010 bersama dengan bahagian-bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan(SOP). Semua bahagian-bahagian di bawah SOP hadir dan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lancar. Perbincangan dan penyelarasan dibuata adalah berdasarkan anggaran peruntukan yang diberi, dan telah dipanjangkan kepada sektor kewangan BPSH untuk tindakan.

Wednesday, May 12, 2010

MESYUARAT PERTUKARAN BERPUSAT GURU ANTARA NEGERI BAGI SESI JUN 2010 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Tarikh : 12 - 14 Mei 2010
Tempat : Hotel Gold Course, Kelang Selangor
Bil Ahli : 120 Orang ( Sektor Men&Ren Semua JPN dan Pegawai KPM)

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan pertukaran guru antara negeri dan bahagian-bahagian KPM bagi sesi Jun 2010. Proses pertukaran guru pada sesi Jun 2010 lebih terhad kepada kes-kes kritikal dan keperluan perkhidmatan. Proses pemilihan guru masuk telah dilaksanakan oleh semua JPN sejak permohanan pertukaran guru dibuka, pra pemilihan ini menjadi draf kepada KPM dan Jawatankuasa Pertukaran guru membuat pemilihan dan semakan untuk menentukan pertukaran adalah mengikut ketetapan dan garis panduan yang telah dipersetujui bersama.

MESYUARAT PRA PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI JUN 2010

Tarikh : 10 - 12 Mei 2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang Selangor
Bil Ahli : 10 Orang Pegawai SPSM,BPSH

Mesyuarat adalah bertujuan membuat semakan dan pemilihan bagi pertukaran guru antara negeri bagi sesi Jun 2010. Memandangkan peruntukan kewangan yang terhad bagi proses pertukaran maka Sektor Pengurusan Sekolah Menengah,BPSH telah mengambil inisiatif menyelaraskan dahulu pertukaran bagi semua negeri bersama Jawatankuasa Pertukaran yang telah ditetapkan. Pemilihan awal bagi pra pertukaran dipilih berdasarkan pemilihan secara online oleh negeri masuk dan semakan/pemilihan semula dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pertukaran mengikut negeri di SPSM dan membuat pembentangan kepada KPP dan KU menengah selepas pemilihan dibuat.

Monday, May 3, 2010

Konvensyen PIBG Kebangsaan Tahun 2010

Konvensyen PIBG Kebangsaan Tahun 2010 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kelemahan yang terlalu kecil.

Pengisian Konvensyen PIBG Kebangsaan Tahun 2010 telah berjaya menarik perhatian para peserta khususnya YDP PIBG untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta meluahkan isi hati melalui soal-jawab. Antara pengisian Konvensyen PIBG ini ialah pembentangan Kertas Kerja yang antaranya;

Transformasi Pendidikan (Kurikulum)
Transformasi Pendidikan (Pentaksiran)
NKRA-Perekayasaan Pendidikan
PIBG, Sekolah, Guru dan Masyarakat seperti Aur Dengan Tebing
Aktiviti Mempromosikan Kesihatan di sekolah
Perpaduan Dan Ketahanan Nasional Ke arah Gagasan 1 Malaysia



Pendaftaran Peserta



Konvensyen PIBG Kebangsaan Tahun 2010

Mesyuarat Pemurnian Buku Prosedur PIBG

Mesyuarat di atas telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 28 April 2010 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Intan

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh beberapa orang pegawai perhubungan JPN Negeri iaitu JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, JPN Negeri Sembilan, JPN Selangor, JPN Melaka

Post Mortem Mesyuarat Pengurusan Pendidikan dan Permuafakatan KPPM Bil.1 dan Bil. 2 Tahun 2010 dan Konvensyen PIBG Kebangsaan 2010

Mesyuarat di atas telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 05 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Intan

Mesyuarat ini akan melihat kelemahan dan kekuatan perjalanan mesyuarat yang telah diadakan pada bulan Januari 2010 dan Mac 2010 yang lepas.

Penambahbaikan akan dilaksanakan setelah melihat kelemahan-kelemahan yang berlaku.

Pegawai yang bertanggugjawab dalam urusan mesyuarat ini ialah KU keurusetiaan, Tuan Hj. Mohammed Toha bin Mohammed Ali.

Sunday, May 2, 2010

LAWATAN KE SEKOLAH PEDALAMAN DAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU DI PEJABAT PELAJARAN KUDAT, JABATAN PELAJARAN SABAH



Tarikh : 29 April 2010
Masa : 8.00 am 2.00 pm
Tempat : SMK Pulau Banggi, Kudat

Jabatan Pelajaran Sabah mencadangkan SMK Pulau Banggi bagi kategori sekolah Pedalaman Pulau bagi negeri Sabah. SMK Pulau Banggi adalah satu-satunya sekolah pedalaman kategori pulau di Pulau Banggi dan menjadi fedder scholl kepada 14 sekolah rendah di Pulau Banggi. Secara keseluruhan sekolah ini agak memuaskan dari segi pengurusan sekolah, bekalan guru dan kemudahan asas yang lain. Memandangkan sekolah ini berada jauh di pulau maka selalu berlaku gangguan dari segi bekalan air untuk sekolah, terutama asrama sekolah dan guru serta semua warga sekolah dan hanya menerima bekalan elektrik melalui generator. Walau bagaimana pun semangat semua guru-guru sekolah ini boleh dibanggakan kerana mereka sangat gigih dan bersemangat walaupun secara dasarnya berada jauh di pulau dan masih serba kekurangan..Syabas kepada semua warga SMK Pulau Banggi...

PROGRAM LAWATAN KE SEKOLAH KELAS RANCANGAN KHAS(KRK), DAN SEKOLAH MENUMPANG BAGI PPD KOTA BELUD, SABAH



GAMBAR BERSAMA STAF SMK LANGKON
KATEGORI SEKOLAH MENUMPANG



SMK KOTA BELUD 2
KELAS RANCANGAN KHAS(KRK)

Tarikh : 28 April 2010
Masa : 8.00 am - 5.00pm
Tempat : SMK Kota Belud 2 dan SMK Langkon.

Kesempatan berada di negeri di bawah bayu, rombongan KPM yang diketuai oleh KPP Menengah telah membuat lawatan rasmi ke beberapa buah sekolah menengah yang mempunyai kreateria tertentu seperti Kelas Rancangan Khas (KRK) bagi SMK Kota Belud 2. Program ini di atur lebih awal memandangkan KRK di Sabah adalah merupakan Program baru dan hanya baru bermula mulai tahun lepas 2009. Bagi ujuan itu JPN mencadangkan SMK Kota Belud 2 yang mempunyai 2 kelas rancangan khas.

Seterusnya rombongan KPM bergerak pula ke SMK Langkon, merupakan sekolah ketogori menumpang yang mana sekolah ini menumpang sejak tahun 2000 iaitu sudah 10 tahun tanpa bangunan sendiri. Untuk makluman SMK Langkon menumpang bangunan SK Langkon yang beroperasi pada sebelh pagi dan SMK Langkon beroperasi pada sebelah petang. Seklah yang serba kekurangan ini sangat-sangat memerlukan bangunan sendiri dan ahli rombongan telah berbincang dengan pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Sabah dan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud bagi tujuan mencari penyelesaian.

PROGRAM ORIENTASI GSST BIL 2. 2010 OLEH KPM DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH


Tarikh : 27 - 29 April 2010
Tempat : Hotel Beverly, Kota Kinabalu
Bil Ahli : 100 Orang(Pegawai dan GSST)
Program Orientasi GSST Bil2. 2010 bagi JPN Sabah di teruskan di Hotel Beverly, Kota Kinabalu dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPN Sabah, turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah dan Pegawai-pegawai dari JPN Sabah, khususnya sektor pengurusan Sklah Menengah. Program Orientasi di peringkat negeri lebih kepada perkhidmatan sebagi guru, surat pelantikan dan surat penempatan, maklumat awal berkaitan budaya dan pengetahuan asas masyarakat dan etnik-etnik di Sabah. Melalui program ini juga GSST diperkenalkan dengan semua wakil bagi PPD seluruh Sabah bagi tujuan kebajikan kepada bakal-bakal guru yang akan mengajar di seluruh Sabah seperti tempat tinggal dan sebagainya. Melalui program ini juga berlansungnya majlis penyerahan calon GSST kepada JPN Sabah secara rasminya oleh KPP BPSH dan JPN Sabah.

PEGAWAI BPSH MENENGAH MENGIRINGI GSST BIL. 2/2010 KE NEGERI SABAH




Tarikh : 27 April 2010
Masa : 8.00am - 3.00 pm
Tempat : Hotel Empress ke KLIA dan ke Hotel Beverly, Kota Kinabalu
Bil Ahli : 4 Pegawai BPSH dan 40 GSST

Selepas Program Orientasi KPM di Hotel Empress tamat semua GSST bil.2/2010 ke Sabah dan Sarawak bergerak ke KLIA bagi penerbangan ke negeri Sabah dan Sarawak mengikut destinasi msing-masing bersama dengan pegawai-pegawai pengiring dari BPSH. Bagi penempatan ke Sabah GSST di iringi oleh KPP Menengah En Aidie Bin Jantan dan 3 Orang pegaai dan bagi GSST ke Sarawak diringi En Harris dan En Razali serta Dato' Pengarah BPSH bagi lawatan ke sekolah pedalaman Sarawak