Thursday, February 9, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PERTUKARAN GURU BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL KPM BIL.1/2012

Tarikh : 9 Februari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Wardah, BPI Cyberjaya
Ahli : Semua Pegawai Pertukaran SOP.KPM
Pengerusi : En Zanol Haji Awang. BPSH

Mesyuarat penyelarasan bersama dengan jawatankuasa teknikal KPM bagi semua Sektor Operasi Pendidikan ini bagi tujuan membuat penyelarasan kepada beberapa perkara berhubung dengan proes pertukaran bagi sesi Jun 2012. Antara perkara yang dibincangkan adalah berhubung dengan beberapa peringkat seperti berikut:
i. Sebelum pertukaran
ii.Semasa Pertukaran
iii.Selepas Pertukaran
iv. Isu-isu Pertukaran
v. Penambahbaikkan Sistem Pertukaran
vii. Hal-hal lain
Hasil mesyuarat sangat memberansangkan dan beberapa ketetapan baru telah dipersetujui bersama dan akan dibuat penambahbaikkan dalam proses pertukaran yang akan datang

MESYUARAT PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI SEKOLAH MENENGAH BIL. 2/2012



Tarikh : 8 Februari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam. BPSH
Bil Ahli : 5 Pegawai Menengah
Pengerusi : Ketua Unit Menengah

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Bil.2/2012 bagi sekolah menengah. Penempatan ini adalah bagi calon PPP bagi opsyen B.ed Tesl seramai 72 orang calon dan di tempatkan ke seluruh negara kecuali kepada beberapa negeri yang kedudukan opsyen bahasa inggeris telah penuh. Cadangan penempatan bagi calon PPP ini adalah pada 20 Februari 2012 dan makluman berkaitan penempatan boleh disemak oleh calon pada 10 Februari 2012 melalui laman web KPM..Tahniah kepada semua

Mesyuarat Penyelarasan SKU/SKT Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Tahun 2012


Tarikh : 2 Februari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam. BPSH
Ahli : Semua Unit SPSM
VIP : En Aidie Bin Haji Jantan


Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras SKU / SKT bagi sektor menengah dan pegawai sektor menengah bagi tahun 2012. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah SPSM sebagai langkah awal bagi membuat penyelarasan kepada semua tugas pegawai bagi sektor menengah, penyelarasan juga bertujuan semua perancangan yang dirangka sepanjang tahun 2012 bagi SPSM dapat dilaksanakan dan tambahan program baru jika sasaran tahun ini tidak dapat mencapai sasaran sebenar..