Friday, February 25, 2011

TAKLIMAT APLIKASI e-OPERASI BAGI MENGANTIKAN OPMEN SECARA ONLINE AKAN MENJALANI UJIAN PERTAMA


Tarikh : 24 Mac 2011
Tempat : Tropical Inn. Johor Bahru
Bilangan Ahli : 40 Orang ( 5 Pegawai KPM & 32 JPN dan 3 Urus setia)

Tujuan taklimat adalah bagi memberi makluman awal kepada semua Ketua Unit dan Pegawai Data JPN bagi melaksanakan e-OPERASI secara online bagi semua bahagian di bawah SOP bagi tujuan pengemaskinian data guru. Pengemaskinian data ini penting bagi memastikan proses pertukaran guru yang akan dilaksanakan mulai 1 April dapat berjalan dengan lancar dan berkesan tanpa ada masalah dari segi data guru. Selain itu taklimat juga bagi tujuan pengetahuan penggunaan sistem e-OPERASI kerana ini merupakan pengenalan atau pelakasanaan secara rintis ke seluruh negara bagi tujuan data pertukaran sesi Jun 2011. Taklimat disampaikan oleh En Zanol Bin Haji Awang pegawai data OPMEN BPSH dan Tuan Hisyamudin dari BPM selaku pembangun sistem.

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 1/2011


Tarikh : 21 - 24 Februari 2011
Tempat : Tropical Inn. Johor Bahru
Bilangan Ahli : 18 ( 2 Pegawai BPSH & 16 Pegawai JPN)
VVIP : KPP Menengah
Mesyuarat penyelarasan bagi kutipan data OPMEN Bil 1/2011 bersama dengan pegawai data OPMEN JPN seluruh negara. Penyelarasan kutipan data ini perlu bagi menentukan kedudukan guru dan pengisian guru mengikut ABM perjawatan yang diluluskan mengikut negeri seluruh negara. Penyelarasan juga bagi memastikan guru baru dilantik dan guru yang bertukar antara negeri dibuat pengemaskinian data. Kedudukan data ini akan dapat menentukan pengisian guru bagi peringkat KPM/JPN/ PPD dan Sekolah pada 31 Januari 2011

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN PROFESIONALISME KETUA UNIT MENENGAH BIL1/2011



Tarikh : 21 - 24 Februari 2011
Tempat : Tropical Inn. Johor Bahru
Bil Ahli : 20 Orang ( 16 Ketua Unit Menengah dan 4 Pegawai KPM)
VVIP : KPP Menengah

Mesyuarat penyelarasan Ketua Unit Menengah bersama Pengurusan Sekolah Menengah bagi menyelaraskan makluman berkaitan dengan pengurusan sekolah di jabatan masing-masing bagi memastikan segala arahan dan pengurusan BPSH mempunyai makluman dan input yang sama berhubung pengurusan di negeri masing. Mesyuarat adalah memastikan segala arahan dapat di fahami oleh semua peringkat. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1) Pengurusan Penempatan Guru tahun 2011(MPG-1)
2) Input Profesional Pengurusan Pertukaran Guru 2011
3) Pelaporan Kewangan Redeployment dan GSTT
4) Pengurusan pertukaran Guru Januari 2011
5) Pengurusan Tingkatan 6
6) Pengurusan Guru MPV( BPTV & BPK )
7) Pengurusan Data e-Operasi

Friday, February 18, 2011

TAKLIMAT PEMABANGUNAN SISTEM e-OPERASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL 2 / 2011


Tarikh : 17 Februari 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama(Melor)
Bahagian Pendidikan Islam, Cyberjaya
Bil Ahli : 25 Orang( 3 BPSH, 3 BPM , 21 semua SOP KPM & JPN)
Vvip : KPP Menengah

Taklimat adalah bertujuan memaklumkan kepada Jawatankuasa teknikal berhubung dengan perkembanga pembangunan Sistem e-OPERASI berdasarkan kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa teknikal bil 1/2011. Taklimat adalah berfokus kepada Modul Guru, Enrolmen dan Kelas. Berdasarkan perkembangan terkini pembangunan sistem adalah mengikut jadual dan sedang menambahbaik terhadap perubahan dan pindaan-pindaan yang perlu dilaksanakan selepas atau mengambil kira keputusan mesyuarat bil2/2011 ini. Walaubagaimana pun sistem ini ( bagi modul guru, enrolmen dan Kelas) akan digunakan sebagai perintis kemampuan capaian sistem pada sesi pertukaran akan datang( Jun 2011) terutam bagi mudol kemaskini maklumat guru.

Friday, February 11, 2011

Mesyuarat Pengurusan Profesionalisme Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Bil.1/2011

Tarikh : 26 – 28 Janauari 2011
Tempat : Hotel Summit USJ, Subang Jaya, Selangor
Bil Ahli : 26 AJK Tertinggi MPSM
Pengerusi Mesyuarat : Y. Bhg. Dato’ Haji Azam bin Md Atan, YDP MPSM

Agenda Mesyuarat :
*Persediaan Persidangan Pengurusan Pendidkan Pengetua Sekolah Menengah Ke-50 Tahun 2011
*Pengumpulan Dan Penyelarasan Bahan-Bahan Jejak Warisan PKPSM
*Perbincangan Aktiviti dan Program MPSM tahun 2011
*Perbincangan Aktiviti Biro Profesional, Biro Sosial & Lawatan dan Biro Dokumentasi
*Taklimat Teach For Malaysia (TFM) dan Trust School
*Taklimat penyediaan Laman Web MPSM
*Majlis Makan Malam Sanjungan Budi Meraikan Persaraan KPPM, TKPPM dan Pengarah BPSH

PEMANTAUAN PROGRAM PERLUASAN KELAS MPV DAM MPG-1 BAGI NEGERI SARAWAK



Tarikh : 9 dan 10 Februari 2011
Tempat : SMK Matang Jaya dan SMK Sungai Maong
Bil Ahli : 4 Orang ( 1 Wakil JPN dan 3 Wakil KPM)
Lawatan pemantauan ke SMK Matang Jaya adalah bertujuan bagi memantau bengkel MPV dan Peralatan bengkel kerana sekolah ini merupakan sekolah yang dipilih bagi perluasan kelas MPV bagi tahun 2011. Berdasarkan makluman daripada Bhg Perkembangan Kurikulum sekolah ini dapat beroperasi pada januari 2011 walaubagaimana pun selepas pematauan ke dua-dua sekolah ini adalah amat mendukacitakan kerana bengkel MPV bagi kedua-dua sekolah ini hanya mempunya meja bengkel sahaja dan Penagajaran dan Pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara praktikal dan hanya P&P secara teori sahaja.

Selain itu Pemantauan juga bagi memastikan perlaksanaan Maklumbalas Penempatan Guru (MPG-1) bagi semua guru baru dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar diperingkat sekolah secara online, maklumbalas awal MPG-1 bagi guru baru dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH KE NEGERI SARAWAK BIL1. 2011


Tarikh : 8 - 10 Februari 2011
Tempat : Merdeka Palace, Sarawak
Bilangan Ahli : 300 ( 202 Dari Semenanjung/88 Dari Sarawak/10 Urusetia JPN Sarawak)

Program Orientasi Guru Baru dari semenanjung ke Sarawak dilaksankan di Hotel Merdeka Palace dan Kumpulan dari Local Sarawak juga turut terlibat dengan program yang sama dan jumlah keseluruhan ke sarawak dari semenanjung seramai 202 dan berasal dari Sarawak ialah 88 orang dab termasuk 10 Orang urus setia dari JPN Sarawak. Antara pengisian program Majlis Taklimat GST bil. 1/2011 ialah seperti berikut:
i) Majlis Suai Kenal
ii) Taklimat Pengumpulan Maklumat
iii) Amanat Pengarah JPN
iv) Taklimat Program Pembangunan Guru Baharu
v) Perkongsian Pengalaman : Guru Baru (SMK Sebuyau)
vii) Taklimat Pengesahan Jawatan Kemudahan Dalam Perkhidmatan
viii)Taklimat Keselamatan, Perjalanan dan Penyerahan Surat Tawaran
ix) Perkongsian Ilmu Pengetua Cemerlang (Pengetua SMK Siburan)

Monday, February 7, 2011

MAJLIS TAKLIMAT PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH(GSST) BIL. 1/ 2011 PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KPM


Tarikh : 7 Februari 2011
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang Selangor
Bil Ahli : 300 Orang ( 290 GSST dan 10 Pegawai KPM)
VIP : KPP Sektor Pengurusan Sekolah Menengah

Penempatan GSST Bil 1/2011 bagi Sektor Pengurusan Sekolah Menengah telah diadakan di Hotel Goldcourse Kelang bagi penempatan bagi neegeri Sabah dan Sarawak. Semua calon diminta melapor diri di hotel penginapan dan seterusnya menghadiri Majlis Orintasi dan Taklimat bagi penempatan bagi kali ini. Majlis berjalan dengan lancar dan mengiku jadual yang ditetapkan. Antara agenda yang di beri perhatian adalah seperti berikut:
a) Taklimat Urus Setia SPSM
b) Taklimat Penerbangan
c) Taklimat Perlantikan oleh BPSM
d) Majlis Perasmian
e) Q & A