Friday, February 11, 2011

PEMANTAUAN PROGRAM PERLUASAN KELAS MPV DAM MPG-1 BAGI NEGERI SARAWAK



Tarikh : 9 dan 10 Februari 2011
Tempat : SMK Matang Jaya dan SMK Sungai Maong
Bil Ahli : 4 Orang ( 1 Wakil JPN dan 3 Wakil KPM)
Lawatan pemantauan ke SMK Matang Jaya adalah bertujuan bagi memantau bengkel MPV dan Peralatan bengkel kerana sekolah ini merupakan sekolah yang dipilih bagi perluasan kelas MPV bagi tahun 2011. Berdasarkan makluman daripada Bhg Perkembangan Kurikulum sekolah ini dapat beroperasi pada januari 2011 walaubagaimana pun selepas pematauan ke dua-dua sekolah ini adalah amat mendukacitakan kerana bengkel MPV bagi kedua-dua sekolah ini hanya mempunya meja bengkel sahaja dan Penagajaran dan Pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara praktikal dan hanya P&P secara teori sahaja.

Selain itu Pemantauan juga bagi memastikan perlaksanaan Maklumbalas Penempatan Guru (MPG-1) bagi semua guru baru dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar diperingkat sekolah secara online, maklumbalas awal MPG-1 bagi guru baru dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.