Tuesday, March 31, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KELAS RANCANGAN KHAS BIL. 1/2009

Tarikh : 30 Mac - 01 April
Tempat : Hotel Regency. Alor Setar, Kedah
Ahli Mesyuarat : Semua Pegawai KRK Negeri.

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan Kelas Rancangan Khas bagi semua negeri di seluruh negara. Mesyuarat juga adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat terkini daripada negeri berhubung dengan KRK negeri. Maklumat ini sangat penting bagi mendapat gambaran awal terhadap KRK dan juga sebagai langkah dan tindakan perlu bagi setiap negeri dan KPM untuk masa akan datang, selain melihat prestasi pelajar yang mengikuti KRK.

PENYELARASAN PENEMPATAN GURU SISWAZAH SANDARAN TERLATIH BAGI TAHUN 2009

Tarikh : 23 Mac 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja
Ahli Mesyuarat : Semua Bhg-Bhg KPM dan Wakil Negeri

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras kedudukan guru menengah yang mempunyai lebihan opsyen dalam beberapa subjek seperti Matematik, Biologi, Fizik, Kimia dan beberapa opsyen yang lain. Mesyuarat ini juga telah memutuskan beberapa kreteria untuk menangani masalah ini dan mesyuarat juga bersetuju untuk mengatasi masalah ini secara bersama.

Sunday, March 29, 2009

Majlis Jasamu Dikenang - Tn Hj Ibrahim Ahmad TP(M)



Sempena dengan persaraan Tn Hj Ibrahim bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Murid) BPSH, satu Majlis Malam Jasamu Dikenang telah diadakan khas untuk beliau di Puteri Resort, Melaka, pada 27 Mac 2009.

Majlis diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Noor Rezan binti Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang turut menyampaikan ucapan penghargaan beliau. Selain beliau, Y.Bhg, Pengarah BPSH turut juga memberikan ucapan.

Dalam ucapannya, Tn Hj Ibrahim menyingkap kembali sejarah perkhidmatannya dalam perkhidmatan kerajaan yang  menjangkau tempoh masa lebih 30 tahun. Beliau mengakui bahawa antara tempat kerja yang paling menyeronokkan adalah di BS/BPSH.



Petang sebelum jamuan, Tn Hj Ibrahim sempat berlumba "go-kart" bersama kakitangan BPSH. Turut bersama beliau adalah En Abdullah bin Mad Yunus, Timbalan Pengarah (Sekolah).

Selamat bersara buat Tn Hj Ibrahim. Jasamu dikenang.

Bengkel Refleksi BPSH


Perkara :
Bengkel Refleksi BPSH

Tarikh :
27-28 Mac 2009

Tempat :
Puteri Resort, Melaka

Kehadiran :
Semua kakitangan BPSH

Pengisian :
  1. MS ISO 2008 oleh En Mohd Nasim Zakaria
  2. Pelaksanaan 5S di BPSH oleh En Mohd Nasim Zakaria
  3. Struktur Organisasi BPSH oleh Y.Bhg. Tn Hj Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah BPSH

Tuesday, March 24, 2009

Mesyuarat Sektor PKICT


Perkara :
Mesyuarat Sektor PKICT Bil 8 2009

Tarikh / Hari / Masa :
23 Mac 2009 /Isnin / 2.30 petang

Pengerusi :
Pn Faridah Mohamed Zain, KU Kewangan


MESYUARAT PEMERIKSAAN ABM PERJAWATAN (B41)TAHUN 2010 BAGI SEKOLAH MENENGAH DIBAWAH KPM BAGI WP LABUAN DAN SABAH

Tarikh : 23 - 26 Mac 2009
Masa : 8.00 - 5.00 pm
Tempat : JPN Labuan
Bil Ahli : Semua pegawai dari Bhg-Bhg KPM

Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi menyelaras dan membuat pemeriksaan bagi ABM 2010 bagi negeri WP Labuan dan Negeri Sabah. Pemeriksaan ini bagi memastikan bekalan guru dan pembukaan kelas bagi negeri Labuan dan Sabah mengikut keperluan sebenar untuk tahun 2010. Tumpuan atau pemeriksaan lebih berfokus kepada sekolah yang membuat penambahan kelas dan pengurangan kelas, bagi sekolah yang mengekalkan kelulusan sedia ada juga turut diperiksa.

MESYUARAT PEMERIKSAAN ABM PERJAWATAN (B41)TAHUN 2010 BAGI SEKOLAH MENENGAH DIBAWAH KPM BAGI NEGERI SARAWAK

Tarikh : 23 - 24 Mac 2009
Masa : 8.00 - 5.00 pm
Tempat : JPN Sarawak
Bil Ahli : Semua Pegawai Bhg-Bhg KPM

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras dan pemeriksaan ABM bagi negeri Sarawak bagi tahun 2010 untuk semua jenis sekolah dibawah kawalannya. Pemeriksaan ini juga bertujuan bagi memastikan semua sekolah dibawah kawalan JPN mendapat bekalan guru yang cukup dan membuka kelas brdasarkan keperluan sebenar sekolah berkenaan.

Monday, March 23, 2009

Mesyuarat Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil.3/2009

Tarikh : 23 Mac 2009
Masa : 8.00 - 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak. BPSH
Bil ahli : Semua Pegawai JPN

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk meyelaraskan penempatan GSST bagi bil.3/2009 seramai 515 orang. Mesyuarat juga menjelaskan kepada pegawai negeri bahawa penempatan bagi kumpulan ini telah ditetapkan pada 13 April 2009 dan JPN juga perlu menyelaraskan semua penempatan pada tarikh yang sama bagi seluruh negara. Pihak JPN juga perlu menyediakan laporan penempatan bil3/2009 pada 24 -25 Mei semasa mesyuarat Ketua Unit menengah dalam borang Pelaporan MPG1. Mesyuarat juga telah menyerahkan senarai guru bagi penempatan bil3/2009 mengikut negeri yang ada penempatan.

MESYUARAT TEKNIKAL E-GTUKAR KPM BIL3/2009

Tarikh: 23 Mac 2009
Masa:9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Semarak, BPSH

Mesyuarat ini bertujuan untuk taklimat pengubahsuaian format penyemak dan pelulus e-GTukar dan taklimat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil 3/2009. Mesyuarat juga telah memutuskan beberapa isu berkaitan pertukaran guru bagi sesi kali ini, antaranya ialah:
i./ Guru yang dalam tindakan tatatertib
ii/. Guru yang memegang jawatan hakiki
iii./Guru yang menerima jawatan tingkatan 6
iv./Guru JQAF kecuali lantikan pertama ( tahun 2005 )

Friday, March 20, 2009

Mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Sekolah


Mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Sekolah bersama
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia

Tarikh :
12 Mac 2009 jam 2.30 petang

Tempat :
Bilik Mesyuarat Utama KPM

Pengerusi :
YBhg. Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Tujuan :
Mesyuarat bersetuju supaya menangani gejala disiplin di sekolah hendaklah mengguna pendekatan berdasarkan sekolah (school base). Cara dan pendekatan yang digunakan hendaklah merujuk kepada masalah dan suasana setempat. Dijangka tindakan ini akan dapat menyelesaikan apa jua isu yang berkaitan dengan lebih tepat dan berkesan.

Pendekatan gerak gempur ke sekolah-sekolah juga hendaklah dipertimbangkan kerana pendekatan ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar di samping dapat menggembling agensi-agensi penguatkuasaan dan pengurusan setempat secara menyeluruh.

Peruntukan ke Jabatan Pelajaran Negeri telah pun disalurkan oleh KPM (BPSH) bagi membiayai aktiviti kendalian bersama oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan kontinjen PDRM negeri. Peruntukan ini boleh digunakan bagi pembiayaan aktiviti di peringkat negeri, daerah mahupun sekolah.

Penyelesaian gejala disiplin murid di sekolah hendaklah ditangani secara kerjasama oleh semua pihak. Selain dari Kementerian Pelajaran dan PDRM, pihak MCPF juga dilibatkan. MCPF diminta memainkan peranan sebagai penggesa kepada organisasi dan badan yang mempunyai potensi untuk menyumbang kepada penyelesaian isu yang berkaitan. KPM dan PDRM akan merancang dan melaksana tindakan dalam bidangkuasa masing-masing seperti yang diamalkan.

Dimaklumkan bahawa penglibatan murid dalam tingkahlaku jenayah ialah sebanyak 0.03 % dari jumlah keseluruhan populasi murid di sekolah. Didapati bahawa sejumlah 80 % murid yang dikenakan hokum gantung sekolah membuat rayuan untuk bersekolah semula.

Tidak terdapat murid yang terlibat dalam kegiatan jenayah adalah anggota gangster atau bertingkahlaku sebagai gengster. Mereka yang terlibat dalam perlakuan jenayah hanya diklasifikasikan terlibat dalam kegiatan ala gengster.

TAKLIMAT SMART SUPPORT TEAM (SST) DI ZON TIMUR


Tarikh : 10-12 Mac 2009
Tempat : Kuching, Sarawak
Perasmian: Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Bil. Peserta : 30 orang pegawai
PPD dan Kaunselor Sarawak, Sabah dan Labuan

Maklumat Taklimat :
Fungsi SST ialah untuk menenangkan anak-anak yang ditempatkan di pusat penempatan bencana. Anggota pasukan akan mengadakan aktiviti seperti sesi bercerita, bermain, berbincang dan aktiviti-aktiviti lain yang dapat mententeramkan pemikiran dan jiwa anak-anak yang sedang menghadapi trauma bencana.

Diingatkan bahawa anggota pasukan tidak seharusnya memberi perkhidmatan pemindahan mangsa, menyediakan kemudahan, memasak dan sebagainya, kerana tugas seumpama dikendalikan oleh pasukan-pasukan lain. Tumpuan dan prioriti hendakalah hanya kepada anak-anak mangsa.

Anggota pasukan perlu dilantik secara rasmi oleh JPN. Dengan demikian kehadiran bertugas adalah mematuhi peraturan dan syarat jabatan. Perkara ini akan memastikan kebajikan anggota terjamin, dan dalam masa yang sama berhak untuk membuat tuntutan menjalankan tugas dan dilindung sebagai kaki tangan kerajaan yang sedang menjalankan tugas jika berlaku sebarang kemalangan.

MESYUARAT KETUA UNIT HEM JPN BULAN MAC 2009

Tarikh : 10 - 13 Mac 2009
Tempat : Hotel Heritage, Ipoh
Penutup Rasmi: Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)


Tujuan :
Beberapa penbentangan kertas konsep dan makluman dilakukan oleh pegawai-pegawai meja aktiviti BPSH untuk mendapat pandangan dan perakuan oleh Ketua-ketua Unit HEM JPN bagi aktiiti-aktiviti yang akan dilaksanakan sehinga ke bulan Jun. Mesyuarat ini adalah merupakan proses untuk mengemaskankinikan pengurusan di antara BPSH dengan JPN, terutamanya bagi mewujudkan hubungan protokol dan hirarki kedua-dua peringkat pengurusan. Perubahan ini dijangka akan dapat memantapkan aliran maklumat dalam kalangan pegawai yang terlibat di kedua-dua peringkat.

Dalam masa yang sama juga usaha sedang dilakukan supaya aktiviti murid dan guru akan diangkat menjadi kegiatan bertaraf antarabangsa. Setiap aktiviti, dimana yang boleh akan menawarkan penyertaan dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Bagi tujuan melibatkan lebih ramai murid dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kekenterian, maka disarankan supaya perlunya dibangunkan modul pelaksanaan di semua peringkat pengurusan (sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan). Dalam hubungan ini, modul yang dibangunkan perlu mengandungi kandungan teras (ilmu, kemahiran dan nilai) yang sama di semua peringkat penganjuran aktiviti. Dengan demikian murid-murid yang menyertai aktiviti akan mendapat ilmu, kemahiran dan penerapan nilai yang sama jika murid dipilih menyertai mana-mana peringkat.

MESYUARAT KETUA UNIT HEM JPN BULAN MAC 2009

Tarikh : 24 Februari 2009
Tempat : Dewan Konvensyen Taman Tamaddun IslamKuala Terengganu
Pengerusi: Dato’ Haji Alimuddin Mohd. DomKetua Pengarah PelajaraN alaysia

Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai persediaan pelaksanaan majlis pelancaran perayaan Hari Guru 2009, dan dalam masa yang sama untuk mendapat persetujuan berhubung dengan cadangan-cadangan perubahan dasar pengurusan. Mesyuarat telah dihadiri juga oleh Ahli Jawatankuasa Pengelola.

Ketetapan :
Dipersetujui supaya dilibatkan guru dari sekolah-sekolah bandar dan guru yang mengajar di dalam acara Menjunjung Budi Guru Pedalaman. Kumpulan guru ini perlu diberi perhatian kerana jasa mereka tidak kurang besarnya dalam mendidik anak bangsa.
Mengambil maklum bahawa:Menteri Pelajaran, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah bersetuju supaya tema perayaan tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.Pertandingan Bahas Guru di peringkat pemilihan pasukan ke pertandingan separuh akhir kebangsaan akan dilaksanakan dalam bentuk karnival di IAB Cawangan Utara, Jitra, Kedah.Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak anjuran Bahagian Buku Teks diperluaskan penyertaan dengan menambah kategori menengah atas.Yayasan Guru Malaysia Berhad bersetuju untuk menyumbang sebuah mesin haemodilisis kepada Jabatan Pelajaran Terengganu bagi membantu keperluan warga pendidik yang memerlukan kemudahan peralatan ini. Sumbangan ini adalah bersempena dengan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan di Terengganu kali ini.Hanya BTP akan membuat rakaman video dan gambar pegun dalam semua acara yang dianjurkan bersempena dengan perayaan. Lain-lain pihak akan hanya membuat rakaman melalui saluran (feed) BTP.Pelancaran buku-buku yang diterbitkan oleh Bahagian-bahagian di Kementerian dan juga Jabatan Pelajaran Negeri akan dilaksanakan pada majlis jamuan makan negeri (15 Mei 2009). Pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Pelajaran.

Thursday, March 19, 2009

MESYUARAT PEMERIKSAAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS(PERJAWATAN) TAHUN 2010 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KPM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

Tarikh : 19 - 20 Mac 2009
Tempat : JPN Perlis ( Kedah dan Perlis )
Bil Ahli : Semua Bhg-Bhg KPM

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaraskan ABM( Perjawatan ) B41 bagi negeri Perlis dan Kedah bagi sekolah-sekolah dibawah kawalan JPN masing-masing untuk tahun 2010. Melalui mesyuarat ini JPN Kedah dan Perlis akan membentangkan ABM tahun 2010 bagi semua jenis sekolah dibawah kawalanya. Untuk makluman mulai 2009 perjawatan adalah berdasarkan sekolah, dan waran keperluan kelas dan guru akan dikeluarkan mengikut sekolah masing-masing.

Wednesday, March 18, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA MAJLIS PEGAWAI UNIT MENENGAH KEBANGSAAN

Tarikh : 18 Mac 2009
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Hotel Federal. Kuala Lumpur
Bil Ahli : Semua KU Menengah JPN

Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi menubuhkan Jawtankuasa Penaja bagi menubuhkan Majlis Pegawai Unit Menengah Kebangsaan. Mesyuarat ini juga telah memutuskan pelantikan Jawatankuasa Penaja dan senarai aktiviti bagi sepanjang tempoh penajaan shingga Mesyuarat Agung Majlis pada masa akan datang. Mesyuarat juga telah mencadangkan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh penajaan seperti berikut:

i/. Penerbitan
ii/. Seminar / Persidangan
iii/. Peningkatan Profisionalisme
iv/. Lawatan Penandaarasan

Tuesday, March 17, 2009

Mesyurarat Prarunding ABM Kewangan 2010-2011


Perkara :
Mesyuarat Prarunding ABM Kewangan 2010-2011

Tarikh / Masa / Tempat :
17 Mac 2009 / 2.30 petang / Bilik Mesyuarat Delima

Kehadiran :
KPP PKICT
KU (Kew)
PP (Bajet)
Penolong Akauntan

Tujuan :
Mesyuarat ini adalah sesi prarunding sebagai persediaan sebelum sesi pemeriksaan ABM bersama Bahagian Kewangan dan BPPA yang akan berlangsung pada hari Rabu 18 Mac 2009 (pagi - bersama B.Kew / petang - bersama BPPA)

Monday, March 16, 2009

Mesyuarat Sektor PKICT


Perkara :
Mesyuarat Sektor PKICT Bil.5/2009

Tarikh :
16 Mac 2009 (Isnin) 2.30 petang

Tempat :
Bilik Mesyuarat Delima

Pengerusi :
Tn Hj Mustafa bin Sidi

Antara maklumat utama :
  1. Unit ICT akan menganjurkan kursus powerpoint kepada semua AKS yang berminat. Pendaftaran akan dibuat secara online. Siapa cepat dia dapat.
  2. Pemeriksaan ABM Kewangan dan Aset akan bersama B.Kew dan BPPA akan dijalankan pada hari Rabu 18 Mac 2009.

MESYUARAT MANUAL PROSIDUR KERJA(MPK) PENGETUA SEKOLAH MENENGAH

Tarikh : 18 - 20 Mac 2009
Tempat : Avilion Legacy. Melaka
Bil Ahli : 14 Orang

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan semakan draf kedua Manual Prosidur Kerja Pengetua. Semakan ini bagi memastikan tiada ralat dalam semua prosidur dan mengikut terma yang telah ditetapkan.

MESYUARAT PENGURUSAN KETUA UNIT SEKOLAH MENENGAH BIL. 2/2009


Tarikh : 16 - 18 Mac 2009
Tempat : Hotel Federal. Kuala Lumpur
Bil Peserta : Ketua Unit Menengah JPN

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaras Pengurusan Ketua Unit Menengah semua Jabatan Pelajaran Negeri dan membincangkan beberapa perkara dan isu- isu seperti:

i/. Persidangan Ketua Unit Kebangsaan
ii/. Penempatan Guru Bil 3/2009
iii/.Pertukaran Guru melalui e-GTukar mulai 1 April - 30 April 2009.
iv/.Data guru menengah OPMEN
v/. Pembentangan ABM(B41) Perjawatan bagi tahun 2010.
vi/.Isu-Isu Semasa/ Berbangkit

Bengkel Pengendalian Pakej Bagi Bulan Februari Hingga Jun 2009 BPSH





Tarikh : 10 hingga 13 Februari 2009
Tempat : Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka
Tujuan : Mengenal pasti prosedur permohonan kemudahan Pakej yang telah ditetapkan dan membuat penyelarasan takwim untuk BPSH 2009

Friday, March 13, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DAN PENYEMAKAN BUKU AMALAN PENGURUSAN TERBAIK


Tarikh : 10 -12 Mac 2009
Tempat : Hotel Seri Malaysia.Genting Highland.
Bil Ahli : 14 Orang
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk :
i/. Menyelaras skop dan format Buku Amalan Pengurusan Terbaik dan membuat
semakan draf buku tersebut.
ii/. Perbincangan dan Penyelarasan buku.
iii/. Membuat semakan dan membuat editan buku
iv/. Perjumpaan dan perbincangan dengan Pengarah JAB tentang Program Runding Cara Amalan Pengurusan Sekolah.

Bengkel Refleksi Sektor PKICT


Tarikh : 27-28 Febuari hingga 1 Mac 2009
Tempat : Le Paris Hotel & Resort, Port Dickson
Anjuran : Sektor PKICT
Tujuan : Bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan, keterampilan diri serta memupuk sikap konsisten demi melaksanakan tugas harian.

Thursday, March 12, 2009

Bengkel Pengoperasian Projektor LCD dan Fotografi


Tarikh : 3 Mac 2009
Tempat : Aras 4, Bilik Kemboja
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari


Bengkel Pengoperasian Projektor LCD dan Fotografi diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada semua peserta bengkel agar dapat membuat persediaan sebelum sebarang aktiviti seperti mesyuarat, bengkel dan kursus yang melibatkan penggunaan LCD dan fotografi dapat berjalan dengan lancar dimasa akan datang. Diakhir kursus semua peserta di berikan sijil yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Tn. Hj. Mustafa bin Sidi.








Wednesday, March 11, 2009

MESYUARAT PROFESIONAL GURU BESAR SEKOLAH MURID ORANG ASLI BIL. 1/2009

Sektor Pengelola: Sektor Pengurusan Rendah
Tarikh: 10 hingga 13 Mac 2009
Tempat: Hotel Empres Sepang, Selangor
Bil. Peserta: 110 Orang

Tujuan:
Membincangkan secara terperinci mengenai pengurusan Sekolah Murid Orang Asli secara mesyuarah dan perbengkelan. Mesyuarat dihadiri oleh Guru Besar sekolah Orang Asli seMalaysia, Ketua Unit Rendah negeri yang mempunyai sekolah murid orang Asli (7 negeri) dan pegawai BPSH. Dua penceramah terdiri dari pegawai Bahagian Pendidikan Khas dengan tajuk Isu & Pencapaian murid Orang Asli di sekolah murid Orang Asli manakala penceramah dari JPN Perak dengan slot Memperkasa murid sekolah Orang Asli. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPP Sektor Pengurusan Rendah.

Tuesday, March 10, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN SPPra DENGAN JPN



















Tarikh: 23 - 25 Februari 2009
Tempat: Hotel Regency International, Kuala Lumpur
Bil. Ahli Mesyuarat: 38 orang (6 orang pegawai BPSH dan 32 orang pegawai JPN)
Tujuan:
i. Menyelaraskan program/aktiviti yang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah bersama JPN.
ii. Menyelaraskan MPK dan FM dan SKU/SKT bagi pegawai-pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah JPN.
Maklumat Tambahan
Program mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Ibrahim bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Murid), BPSH.

MESYUARAT PENYELARASAN ABM KEWANGAN PROGRAM PRASEKOLAH 2010-2011

Tarikh: 21 - 23 Januari 2009
Tempat: Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Bil. Ahli Mesyuarat: 19 orang (3 pegawai dari BPSH dan 16 penyelaras prasekolah di JPN)
Tujuan: 
Membincangkan dan menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan cadangan peluasan prasekolah bagi tahun 2010 dan program PERMATA bagi tahun 2011 untuk diselaraskan dalam ABM Kewangan program prasekolah tahun 2010-2011  

MESYUARAT PENYEDIAAN MPK DAN FM SPPra

Tarikh: 28 - 30 Januari 2009
Tempat: Hotel Glory Beach Resort, PD Negeri Sembilan 
Bilangan Ahli Mesyuarat: 7 orang
Tujuan:
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras MPK dan FM bagi pegawai-pegawai dan staf bagi Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Unit Prasekolah. 

MESYUARAT PENYELARASAN SEMULA DATA OPMEN BAGI NEGERI KELANTAN


Tarikh : 10 - 12 Mac 2009
Tempat : Riverview Hotel. Kota Bharu. Kelantan
Bil Ahli : 3 Pegawai KPM ( Men ) 2 Orang Pegawai Teknikal OPMEN dan Semua PPD, Guru Data dan GPK1 Sekolah Menengah Seluruh Kelantan.
Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi membuat penyelarasan semula data OPMEN bagi negeri Kelantan kerana kutipan data pada 31 Jan 2009 baru-baru ini tidak menepati kehendak BPSH. Beberapa masalah sudah dikenal pasti dan dimaklumkan kepada Ketua Unit Menengah JPN Kelantan. Tindakan dan penambahbaikkan terhadap permasalahan tersebut perlu dilaksanakan secepat mungkin oleh JPN Kelantan bagi mengatasi msalah ini, ekoran dari itu mesyuarat ini telah adakan dan pihak KPM bersama Timbalan Pengarah ( Sekolah ) BPSH KPP Menengah dan PP Data Menengah bersama pegawai teknikal OPMEN hadir bersama bagi menyelesaikan masalah ini. Dapatan akhir data ini akan digunakan sebagai tujuan penempatan dan pertukaran guru akan datang.

Thursday, March 5, 2009

MS ISO 9001:2000 PKPS 4

MESYUARAT SEMAKAN MS ISO 9001:2000 PKPS 4
Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Tarikh :
26-28 Februari 2009

Tempat :
Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan

Pengerusi :
Puan Norliza Mohd Noah
Penolong Pengarah BPSH (SPKD)

Peserta :
22 orang pegawai JPN dan Bahagian KPM

Perasmian / Penutup :
Haji Mohd. Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah BPSH (SPKD)

Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk mengemaskini panduan pengurusan aduan dan maklumbalas pelanggan (PKPS 4) disamping untuk memantau tindakan atas isu berbangkit dengan dengan pengurusan Unit Aduan di BPSH (SPKD).

Ketetapan :
Dimaklumkan bahawa pengurusan adu disiplin akan mengguna struktur sedia ada di JPN dan PPD. Walaupun begitu kesefahaman kebanyakan JPN bahawa tugas berkaitan diserahkan kepada Unit Perhubungan di Sekor Pengurusan Sekolah. Di PPD walau bagaimanapun diserahkan kepada pihak pengurusannya untuk menentukan pegawai yang bertanggungungjawab. Surat dari kementerian akan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada JPN akan keperluan melaksanakan adu disiplin dengan teratur dan pasti.

Saranan mengguna SPSS untuk menganalisa data adu disiplin diterima. Dalam hubungan ini para pegawai yang berkaitan perlu dipastikan menguasai ilmu dan kemahiran berkaitan.

Pengurusan di peringkat JPN dan PPD diingatkan supaya mengatur mesyuarat berkala 2-3 bulan sekali bagi memastikan supaya semua aduan mendapat perhatian dan maklumbalas. Pegawai berkaitan dingatkan bahawa maklumbalas yang disampaikan kepada pengadu boleh dalam bentuk maklumat yang lengkap mahupun status tindakan yang telah diambil. Walaupun begitu semua maklumbalas hendaklah mempunyai elemen komitmen dan kesungguhan.

Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan (PKPS 4) disemak semula berdasarkan keperluan semasa. Pindaan-pindaan yang dilakukan didaftarkan supaya dasar pengurusan yang berkaitan dirujuk dalam daftar MS ISO 9001:2000.

JPN Selangor dilantik sebagai pengelola kepada Seminar Adu Disiplin. Seminar ini dicadangkan supaya diadakan pada April 2009. Surat lantikan akan diserahkan bersama dengan waran peruntukan oleh pihak kementerian dalam masa terdekat. Buku Manual Prosidur Pengurusan Aduan akan dilengkapkan untuk tujuan rujukan di seminar ini.

Tuesday, March 3, 2009

MESYUARAT TEKNIKAL e-GTukar BIL. 3/2009 BHG-BHG KPM/JPN


Tarikh : 2 - 4 Mac 2009
Tempat : Merdeka Palace. Kuching Sarawak
Bil Ahli : 45 Orang ( JPN/BHG-BHG KPM)

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan beberapa keputusan dan pindaan terhadap sistem e-GTukar oleh Bhg Pengurusan Maklumat, bersesuaian dengan keperluan pada masa ini bagi memastikan pelaksanaan pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Pertukaran secara online bagi tahun ini bermula dari 01 - 30 April 2009, bagi pertukaran pada bulan Jun, manakala bagi Januari 2010 bermula dari 01 - 31 September 2009.
Penyelarasan ini juga merangkumi kriteria-kriteria pertukaran antara negeri bersama dengan semua JPN seluruh negara dan Bhg-Bhg KPM. Selain itu perkara berikut turut dibincangkan:
i/. Kriteria Pertukaran
ii/. Faktor yang perlu diambilkira
iii/. Syarat Pertukaran masuk ke negeri-negeri
iv/. Pertukaran guru MPV
v/. Kes Khas - Kepentingan Perkhidmatan

MESYUARAT PENGURUSAN DATA MURID PENDIDIKAN WAJIB BIL. 1/2009




Sektor Pengelola: Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
Tarikh: 1 hingga 3 Mac 2009
Tempat: Hotel Regency, Jalan Raja Alang, KL
Bil. Peserta: 32 orang

Tujuan -
1. Mengumpul data-data pendidikan Wajib pada 31 Januari 2009 seperti berikut:
a) data murid cicir mengikut tahun dan kaum (tahun 1 hingga 6)
b) data murid cicir (murid asli dan murid Penan)
c) data murid masuk awal mengikut kaum (tahun 1 2008)
d) data murid Home Schooling (tahun 1 hingga tahun 6)
e) data murid tangguh tahun 1 (tahun 1 2008)
f) data murid bukan warganegara (tahun 1 hingga 6)
g) data murid Malaysia As My Second Home (tahun 1 hingga 6)
h) data murid lewat mendaftar
i) data murid Tiada Surat Lahir
j) data murid HUMANA (Sabah)
k) data murid Tukar Aliran
i) SK - SJKC - SJKT (Tahun 1 sahaja)
ii) SJKC - SK - SJKT (Tahun 2 hingga 6)
iii) SJKT - SK - SJKC (tahun 2 hingga 6)
iv) SJKC - SK (Tahun 2 hingga 6)
v) SJKT - SK (Tahun 2 hingga 6)
2. Data Guru dan murid SKM ikut kohot
3. Data Guru dan murid sekolah pedalaman P1, P2, P3 ikut kohot