Friday, January 30, 2009

Mesyuarat JPKA BPSH Bil.1/2009




Perkara :
Mesyuarat JPKA BPSH Bil.1/2009

Tarikh :
19 Januari 2009 (Isnin) - 2.30 petang

Tempat :
Bilik Mesyuarat Kemboja

Pengerusi :
Y.Bhg. Pengarah BPSH

Kehadiran :
Pengarah, Timbalan Pengarah, semua KPP, semua KU, pegawai kewangan sektor, penolong akauntan, ketua pembantu akauntan

Agenda  :
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Pengesahan minit mesyuarat JPKA Bil 4/2008 serta perkara-perkara berbangkit
  3. Laporan Prestasi Kewangan 2008
  4. Laporan Pengurusan Perakaunan 2008
  5. Laporan Pengurusan Aset Alih dan Stor BPSH 2008
  6. Agihan peruntukan kewangan 2009
  7. Hal-hal lain

Pengisian Utama :
Dalam ucapan beliau, pengerusi berharap agar prestasi kewangan dan perakaunan dapat kepertingkatkan, disamping mengekalkan prestasi tiada ABT dan AP.58-A.
Pengerusi juga mengingatkan agar semua peraturan dipatuhi dalam urusan kewangan, malah beliau menegaskan bahawa sekiranya ada L.O. yang dipohon selepas program, maka pegawai berkenaan perlu membayar sendiri perolehan tersebut.
Semua pihak disarankan untuk mengemaskini dokumen Perjanjian Program. Sekiranya ada program yang didapati tidak selari dengan fungsi bahagian/sektor, program tersebut perlu digugurkan. 

Maklumat penuh mesyuarat boleh diperolehi daripada minit.

Bengkel Sistem Perlantikan Pegawai Aset


Perkara :
Bengkel Sistem Perlantikan Pegawai Aset

Tarikh :
30 Januari 2009 (Jumaat)

Tempat :
Bilik Latihan Bahagian Pengurusan Maklumat

Penganjur :
Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)

Pengisian :
Bengkel ini bertujuan memperkenalkan Sistem Perlantikan Pegawai Aset Bahagian. 
Perlantikan meliputi pegawai-pegawai berikut:
  1. Pegawai Aset - 1 orang
  2. Pegawai Pemeriksa - 2 orang
  3. Lembaga Pemeriksa - 2 orang
  4. Jawatankuasa Penyiasat - 2 orang
  5. Pegawai Pemverifikasi Stok - 2 orang
Permohonan lantikan dibuat secara online. Setelah menerima permohonan, BPPA akan mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal.
Setelah Pegawai Pengawal menandatangani surat perlantikan, surat tersebut akan dihantar kepada Bahagian untuk simpanan fail dan tugas-tugas berkaitan.

Wakil BPSH :
Hj Nor Azam bin Abdullah, Pegawai Aset BPSH 

Mesyuarat Sektor Operasi Pendidikan Bil 1/2009


Perkara :
Mesyuarat Sektor Operasi Pendidikan - Pengurusan & JPKA Bil 1/2009

Tarikh :
29 Januari 2009 (Khamis)

Tempat :
Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH

Pengerusi :
Y.Bhg. Dato' Hajjah Noor Rezan binti Bapoo Hashim
TKPPM Sektor Operasi Pendidikan

Kehadiran :
Semua Pengarah dan pegawai terlibat daripada 7 Bahagian di bawah SOP

Urus setia Induk :
Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan BPSH

Thursday, January 29, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN KERTAS MAKLUMAN BERKAITAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH



Tarikh : 29 Januari 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Permata BPSH
Ahli Mesyuarat : 15 Orang
Mesyuarat adalah bertujuan mengemaskini dan membuat pemurnian KERTAS MAKLUMAN penempatan dan pertukaran bagi Sektor Operasi Pendidikan. Kertas Makluman ini bagi memohon persetujuan ahli Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam bagi Mematuhi Arahan Penempatan dan Pertukaran Guru sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Ahli mesyuarat bersetuju dengan persediaan awal kertas makluman ini dan mohon membuat pindaan dalam masa seminggu sekiranya ada.

JAMUAN PERPISAHAN UNTUK NIK MARIANA



PADA 22.1.2009 BERSAMMA HARI KHAMIS BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT DELIMA SATU MAJLIS PERPISAHAN TELAH DIBUAT UNTUK MERAIKAN CIK NIK MARIANA BT ABDULLAH YANG TELAH BERTUKAR KE BAHAGIAN KEWANGAN.WALAUPUN MAJLIS TERSEBUT AGAK LEWAT DIADAKAN NAMUN IANYA TELAH DAPAT DISEMPURNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Monday, January 26, 2009

Pengurusan Aset Alih Kerajaan di BPSH



BPSH adalah salah satu Bahagian KPM yang terlibat dalam Projek Rintis Sistem Pengurusan Aset Alih Online (SPA Online) di bawah Kementerian Kewangan.

BPSH telah dibekalkan dengan peralatan seperti Pengimbas Kod Bar dan Pencetak Kod Bar. Pegawai Aset dan PT Aset BPSH juga telah menghadiri kursus SPA Online anjuran BPPA dengan kerjasama Kementerian Kewangan.

Setakat ini, BPSH telah berjaya mendaftarkan kod-kod lokasi bagi semua bilik dan ruang BPSH di kedua-dua tingkat 3 dan 4. Proses Pendaftaran Harta Modal dan Inventori sedang giat dijalankan dan disasarkan untuk siap sepenuhnya menjelang 1 April 2009.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pegawai BPPA yang menyelaras projek hebat ini, terutamanya kepada Cik Mas Ayu, En Wahab, En Mustafa, dan En Mizi  yang sentiasa sedia membantu kami di BPSH.

Contoh : Satu petang, BPSH melaporkan bahawa printer Zebra untuk mencetak kod bar tidak berfungsi dengan baik. Pada petang itu juga En. Mizi dan seorang rakannya telah turun membantu. Malangnya masih tidak berjaya. Mereka berjanji akan segera melaporkan kepada Cik Mas Ayu dan En Wahab mengenai masalah ini. Esoknya, pagi-pagi lagi, pegawai dari Kementerian Kewangan telah tiba di BPSH untuk membantu membetulkan kembali "setting" pencetak berkenaan.  
Kagum. Cepat betul tindakan BPPA. Terima kasih.

Friday, January 23, 2009

Thursday, January 22, 2009

Majlis Pengumuman Program "One Malaysia One Voice"



Perkara :
Majlis Pengumuman Pelaksanaan Aktiviti "One Malaysia One Voice" Untuk Gaza

Tarikh :
22 Januari 2009 (Khamis)

Tempat :
Ruang Legar Bilik Mesyuarat Utama Aras 6 Blok E8

Tetamu Kehormat :
Y.Bhg. Dato' Alimuddin bin Hj Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tujuan :
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengumumkan aktiviti-aktiviti sekolah untuk murid-murid meluahkan suara hati mereka melalui "One Malaysia One Voice" terhadap peristiwa yang berlaku di Gaza.

Kempen ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah selama sebulan mulai 20 Januari hingga 20 Februari 2009

Aktiviti "One Malaysia One Voice" di peringkat sekolah :
Pertandingan mewarna dan melukis poster;
Pertandingan menulis esei, puisi dan deklamasi sajak;
Surat kepada pemimpin dunia tentang kedamaian dan keganasan;
Surat kepada anak-anak Palestine menyuarakan simpati memberi semangat;
Seminar, ceramah dan dialog mengenai isu Palestin;
Pengisian Tabung "One Malaysia One Voice" - Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.


Wednesday, January 21, 2009

Pemantauan Pelaksanaan Pakej



Perkara :
Pemantauan Pelaksanaan Pakej Mesyuarat Penyelarasan ABM 2009 - OPMEN

Tarikh :
21 Januari 2009 - Rabu - 9.00 malam

Tempat :
Hotel Empress Sepang

Pasukan Pemantau :
Tn Hj Mustafa bin Sidi - KPP Sektor PKICT
Tn Hj Mohd Aladin bin Awang Ngah -KU Unit Pentadbiran Sektor PKICT

Tujuan :
Memantau pelaksanaan pakej mesyuarat/kursus/bengkel.
Memastikan mesyuarat/bengkel berjalan dengan baik dan sempurna.
Mematuhi  kehendak ISO/Star Rating/LDP/Kewangan.

Catatan :
Pemantauan seperti ini akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memenuhi tujuan di atas.

MESYUARAT PENYELARASAN SEMAKAN KELULUSAN PELAJAR BUKAN WARGA NEGARA BIL. 1/2009



Tarikh : 20 Januari 2009
Tempat : Bilik Nilam BPSH ( Menengah )
Bilangan ahli : Semua Pegawai Perhubungan Negeri

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan semakan kelulusan pelajar bukan warganegara ke sekolah menengah. Penyelarasan ini perlu di laksanakan kerana beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor mempunyai bilangan permohonan yang tinggi. Melalui penyelarasan ini selain dapat membantu KPM membuat semakan permohanan, kaedah ini juga dapat membantu negeri mempercepatkan proses permohonan.

MESYUARAT PENYEMAKAN ABM 2009 BERHUBUNG PENYELARASAN TEKNIKAL DENGAN SISTEM OPMEN



Tarikh : 20 - 22 Januari 2009
Tempat : Hotel Empress. Sepang.Selangor
Bilangan Ahli : 40 Orang ( Semua KU Men dan Pegawai Data & ABM JPN )

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan data ABM 2009 mengikut negeri dengan OPMEN bagi pelaksanaan tahun 2009.Selain itu mesyuarat juga membuat semakan penempatan dan pertukaran/rayuan mengikut negeri. Laporan negeri mengenai Program Orientasi GSST bil 6&7 / 2008.
Penyelarasan ABM 2009 perlu dilaksanakan bersama dengan negeri bagi memastikan ABM yang dluluskan oleh BPSM bagi tahun 2009.Penyelarasan pelaksanaan kutipan data peringkat sekolah / PPD dan JPN. Penyelarasan pelantikan administrator negeri bagi OPMEN di peringkat Daerah dan Negeri.

URUSAN PENEMPATAN GURU KPLI SEKOLAH RENDAH





Urusan penempatan Guru-Guru KPLI Sekolah Rendah ke Negeri Sarawak dan sabah dilaksanakan mulai 4 Januari 2009 sehingga 10 Januari 2009. Seramai 11 orang pegawai dari Sektor Rendah terlibat didalam urusan penempatan ini. Seramai 1328 Guru KPLI ditempatkan di Sabah manakala 2863 orang guru ke negeri Sarawak.

Tuesday, January 20, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK & PRASEKOLAH


Perkara :
Mesyuarat Sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak & Prasekolah

Tarikh :
20 Januari 2009

Tempat :
Bilik Semarak, BPSH

Kehadiran :
Semua pegawai dan staff sokongan sektor

Pengisian :
1. Penyelarasan program/aktiviti sektor.
2. Penyelarasan pengurusan bajet sektor.
3. Pengurusan pakej sektor
4. Hal-hal lain
- Sektor ini dikenali sebagai Sektor SPAKKPra
- Pengisian jawatan dalam sektor sedang diuruskan bersama Sektor PKICT

Mesyuarat PKICT Bil.2/2009


Perkara :
Mesyuarat Sektor PKICT Bil.2/2009

Tarikh :
19 Januari 2009 (Isnin) - 8.30 pagi

Tempat :
Bilik Mesyuarat Kemboja

Kehadiran :
Semua Pegawai & Staf Sokongan Sektor PKICT

Pengisian :
  • Sektor-sektor dalam BPSH : 
  1. Sektor Pengurusan Sekolah Menengah (SPSM)
  2. Sektor Pengurusan Sekolah Rendah (SPSR)
  3. Sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak Dan Prasekolah (SPAKP)
  4. Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan (SPDK)
  5. Sektor Pentadbiran, Kewangan dan ICT (PKICT)
  6. Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Murid (SPKD)
  7. Sektor Pengurusan Kesihatan dan Asrama (SPKA)
  • Staf sokongan yang mendapat elaun pakaian seragam perlu memakainya di pejabat;
  • SKT dihantar awal minggu depan (28 Januari 2009);
  • Untuk menguatkan ikatan silaturrahim, "Makan-makan" PKICT setiap hari Jumaat sama ada pagi, tengah hari ataupun  petang;
  • HRMIS perlu dikemaskini dengan kadar segera.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui minit mesyuarat yang disediakan.





Monday, January 19, 2009

SEKTOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK & PRASEKOLAH, BPSH

Selarah dengan penstrukturan BPSH mulai Januari 2009 ini. Sebuah sektor baru yang khusus dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak & prasekolah telah diwujudkan. Sektor ini mengandungi dua unit iaitu Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Unit Prasekolah. Seramai 7 orang pegawai dan 2 orang PT ditempatkan di sektor ini.

OPMEN PERINGKAT AKHIR PELAKSANAAN

Tarikh : 17 Januari 2009
Tempat : Merdeka Palace,Kuching.Sarawak
Bil Ahli : Semua Bahagian Pengurusan Pendidikan dan Semua Pengarah-Pengarah Negeri

Kertas Makluman ini adalah bertujuan memaklumkan kepada semua pengarah-pengarah bahagian dan semua pengarah-pengarah jabatan pelajaran negeri tentang pelaksanaan OPMEN mulai Januari 2009.Pemakluman ini bagi memastikan pelaksanaan OPMEN mulai Januari ini akan berjalan lancar di semua peringkat, iaitu Sekolah, PPD dan JPN mengikut tarikh yang dicadangkan.Dengan pelaksanaan sistem ini membantu pengisian guru mengikut waran sekolah, PPD dan JPN. OPMEN juga membantu KPM memantau pengisian guru mengikut ABM yang diluluskan, pembukaan kelas mengikut ABM,pembukaan premis baru mengikut ABM, keperluan guru mengikut opsyen, pertukaran guru dan sebagainya.BPSH (menengah)berharap OPMEN dapat membantu pengurusan JPN dan PPD melaksanakan Pengurusan Sekolah dinegeri masing-masing dengan lebih cekap, kemas dan berintegriti.

Thursday, January 15, 2009

PENCALONAN TOKOH GURU


Sempena sambutan Hari Guru 2009. J/Kuasa Hari Guru KPM mengalu-alukan pencalonan bagi anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2009 kepada semua pihak yang berkenaan. Kriteria pemilihan calon Tokoh Guru Kebangsaan hendaklah berasaskan kepada urutan keutamaan seperti berikut:

1.1 Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah

1.2 Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan

1.3 Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat
1.4 Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain

2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini.

3. Calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklah dipilih daripada tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru Peringkat Negeri.

4. Calon hendaklah berumur 50 tahun atau lebih, sama ada masih berkhidmat ataupun sudah bersara. Walau bagaimanapun, calon yang tidak mencapai had umur tersebut boleh dipertimbangkan jika ia menunjukkan kebolehan pencapaian yang sangat cemerlang.

5. Pemilihan calon boleh juga dibuat ke atas tokoh yang telah meninggal dunia.

6. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau pernah berkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah, pengetua, guru besar atau pentadbir di dalam bidang pendidikan.

7. Pencalonan boleh dikemukakan oleh Jabatan/Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kesatuan/Persatuan Guru.

8. Mereka yang pernah dicalonkan tetapi tidak terpilih, boleh dicalonkan semula.


Maklumat lanjut serta borang pencalonan boleh didapati di laman web rasmi KPM.

Mesyuarat Pengurusan Sektor Rendah

Tarikh :
16 Januari 2009

Tempat :
Bilik Semarak, BPSH

Bilangan Ahli :
15 orang

Tujuan :
Mesyuarat bulanan pengurusan Sektor

Pengisian Utama :
Fokus utama mesyuarat adalah berbincang mengenai pertukaran dan penempatan guru. Mesyuarat juga akan membincangkan mengenai penstrukturan baru BPSH di mana sektor ini akan berpecah kepada dua sektor iaitu, Sektor Pengurusan Sekolah Rendah dan Sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah.

Wednesday, January 14, 2009

Semakan Stor Bekalan Pejabat dan Aset Alih BPSH


Perkara :
Semakan Stor Bekalan Pejabat & Aset Alih BPSH

Tarikh :
14 Januari 2009

Pegawai Pemantau :
Cik Asnida Mohammad Rosli
Cik Siti Nor Khadijah Abu

Pegawai Baru Bahagian Audit Dalam KPM

Dapatan :
  1. Secara keseluruhan, stor dan bilik mesyuarat BPSH berada dalam keadaan baik dan kemaskini.
  2. Sekiranya ada kerusi atau item-item lain dari bilik mesyuarat yang dibawa keluar ke bilik lain, ianya perlu dikembalikan dengan segera supaya bilangan item bersamaan dengan Kew-PA 7.
  3. BPSH komited untuk memastikan sistem pengurusan aset dan stor Bahagian berada dalam keadaan terbaik, khususnya yang melibatkan Sistem Pengurusan Aset Alih Kerajaan secara online yang diperkenalkan oleh BPPA mulai tahun ini.
  4. BPSH berharap agar satu senarai semak pengurusan stor yang komprehensif dapat diwujudkan untuk kegunaan pemantauan agensi-agensi di bawah kawalan selia BPSH iaitu JPN, PPD, PPG dan sekolah.
Komitmen BPSH
  1. BPSH komited untuk memastikan sistem pengurusan aset dan stor Bahagian dilaksanakan dengan cekap dan mengikut peraturan-peraturan semasa yang diguna pakai. 
  2. Pemeriksaan terhadap inventori serta harta modal akan dijalankan tepat mengikut jadual.
  3. Laporan aset dan harta modal akan dihantar ke BPPA tanpa kelewatan.
  4. Semua aset dan inventori sedia ada di BPSH dapat didaftarkan sepenuhnya dalam sistem pengurusan aset alih online menjelang April 2009.

Tuesday, January 13, 2009

PROGRAM LAWATAN KE PUSAT PERMATA DI BERCHAM, IPOH





Tarikh :
12 Jan 2009

Tempat :
Pusat PERMATA, Bercham, Ipoh, Perak

Bilangan Ahli :
30 orang diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim, TKPPM (Sektor Operasi Sekolah)

Tujuan :
Melihat pelaksanaan program PERMATA

Pengisian Utama :
Objektif utama program ini adalah untuk melihat pelaksanaan program PERMATA. Ahli rombongan ini terdiri daripada Bahagian-Bahagian di KPM dan disertai juga oleh JPA dan KEMAS.

Monday, January 12, 2009

PROGARM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH ( GSST ) MENENGAH BIL 1/2009




Tarikh : 
12 Januari 2009

Tempat : 
Seluruh Semenanjung ( PSPN Negeri Kedah )

Bilangan Ahli : 
8 Orang Pegawai Sektor Menengah ( Pelaporan ini merujuk kepada Penempatan ke Kedah )

Tujuan : 
Pemantauan Program Orientasi GSST ( Men ) ke Negeri-Negeri Terpilih

Pengisian Utama :
Pemantauan Program ini adalah bagi memastikan semua JPN melaksanakan program tersebut, selain mendapat maklumat awal berkaitan dengan bilangan GSST yang melapor dan bilangan GSST yang tidak melapor diri ke JPN masing-masing mengikut surat penempatan yang telah dihantar mengikut negeri. Pemantauan ini juga bagi mendapat makluman berkaitan dengan penempatan yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu pada 10 November 2008 dan 1 Januari 2009 . Pemantauan ini juga adalah khusus bagi penempatan KHAS iaitu seramai 80 orang guru KPLI dari sekolah rendah ditempatkan ke sekolah menengah. Hasil pemantauan ini akan menjadi garis panduan pada Sektor Menengah untuk membuat penambahbaikan dan pelaporan kepada Jawatankuasa Petugas Penempatan.

Majlis Perpisahan En Sulaiman Wak TP(Dasar)




Perkara :
Majlis Perpisahan En Sulaiman bin Wak, Mantan TP (Dasar) yang naik pangkat sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tarikh :
9 Januari 2009 (Jumaat)

Tempat :
Ruang Legar Pejabat Pengarah BPSH

Tetamu VIP :
  1. Y.Bhg. Dato' Hajah Noor Rezan binti Bapoo Hashim, TKPPM Sektor Operasi Pendidikan
  2. Y.Bhg. Tuan Haji Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah BPSH
  3. Yang Diraikan En Sulaiman bin Wak, Pengarah Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur
Pengisian Utama :
  1. Ucapan Pengarah BPSH
  2. Ucapan Pengarah JPWP KL
  3. Upacara menandatangani Dokumen Serah Tugas
  4. Penyerahan Tugas Timbalan Pengarah (Dasar) BPSH kepada Pengarah BPSH disaksikan oleh Y.Bhg. Dato' TKPPM 

Perhimpunan Bulanan & Mesyuarat Bersama Pengarah



Perkara :
Perhimpunan Bulanan Januari 2009 & Mesyuarat Bersama Pengarah

Tarikh :
9 Januari 2009 (Jumaat)

Tempat :
Ruang Legar Kemboja & Bilik Mesyuarat Kemboja

Pengelola:
Sektor Pengurusan Sekolah Menengah

Pengisian:
  1. Bacaan Yasin
  2. Refleksi - Sistem Pengurusan Data Operasi Menengah (OPMEN)
  3. Laporan BKS & Puspanita - Cadangan untuk rombongan ke Bandung dan Umrah (Mei 2009) ... insya-Allah
  4. Ucapan Pengarah
  5. Mesyuarat Bersama Pengarah - Minit disediakan oleh Sektor Menengah

Thursday, January 8, 2009

Perutusan Tahun Baru 2009 KPM



Perkara :
Majlis Perutusan Tahun 2009 KPM

Tarikh :
8 Januari 2009 (Khamis) - 8.30 pg - 12.00 thr

Tempat :
Dewan Plenari PICC

Tetamu Kehormat :
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia

Pengisian Utama :
  1. Imbasan aktiviti dan kejayaan utama KPM sepanjang 2008
  2. Penetapan hala tuju dan objektif KPM sepanjang 2009 selaras dengan PIPP 
  3. Pelancaran Program Realiti TV KWAPM 
  4. Pelancaran Buku Bantuan Pendidikan KPM

Wednesday, January 7, 2009

PERLAKSANAAN OPMEN KE SELURUH NEGARA MULAI 2009

Tarikh : 7 Januari 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Tanjung. EPRD. KPM
Bil Ahli : Semua Pengarah-Pengarah Bahagian KPM
Tujuan : Membentangkan Kertas Makluman Perlaksanaan Sistem Data Operasi Menengah OPMEN keseluruh negara mulai Januari 2009.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' KPPM dan Kertas Makluman telah dibentangkan oleh Tuan Haji Zulkifly Bin Mohd Wazir ( Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ) dan dibantu oleh En Aidie Bin Haji Jantan ( KPP Men ) dan En Zanol Bin Haji Awang ( PP Men ). Semua Ahli Mesyuarat Profesional bersetuju perlaksanaan OPMEN ke seluruh negara seperti yang dirancang oleh BPSH.
Terima kasih kepada Pengarah BPSH,KPP Men, KU Men dan semua pegawai dan warga unit menengah BPSH dan Jawatankuasa Teknikal dalam menjayakan program ini.

Tuesday, January 6, 2009

KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN SISTEM OPMEN


Tarikh : 6 Januari 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Dato' KPPM
Bil Peserta : 4 Orang

Taklimat dan pembentangan Kertas Cadangan Perlaksanaan ( OPMEN ) kepada Y.Bhg.Dato' Alimuddin Bin Mohd.Dom selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia adalah bertujuan bagi memohon persetujuan KPPM tentang pelaksanaan sistem ini dan dijangkakan akan dilaksanakan sepenuhnya pada Januari 2009 di seluruh negara.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah membangunkan satu sistem baru ( OPMEN ) bagi kutipan data menengah berhubung keperluan guru, murid dan kelas bagi menggantikan sistem sedia ada ( Borang M ).Aplikasi yang dibangunkan adalah lebih mantap dalam memberikan output menggambarkan keadaan sebenar khusunya di sesebuah sekolah dan lebih berkonsepkan mesra pengguna.


Friday, January 2, 2009

HARI TERAKHIR TIMBALAN PENGARAH (DASAR) DI BPSH

PERJUMPAAN KAKITANGAN SOKONGAN BPSH

<

Perkara :
Majlis Perjumpaan Bersama Staf Sokongan BPSH

Tarikh & Masa :
19 Disember 2008 - Jumaat - 3.00 petang

Tempat :
Bilik Mesyuarat Kemboja

Kehadiran :
Semua staf sokongan BPSH

Pengerusi :
Tn Hj Mustafa bin Sidi, Ketua Penolong Pengarah Sektor PKICT

Pengisian Utama :
Pengerusi memberi taklimat mengenai perkara-perkara berikut:
  1. Prosedur Kerja Lebih Masa
  2. Pengurusan Permohonan Pakej Mesyuarat/Kursus
  3. Peranan Urus Setia Mesyuarat/Kursus
  4. Peraturan Kerja
  5. Pusingan Kerja yang akan dilaksanakan mulai Januari 2009