Thursday, December 8, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PERSIDANGAN MEMPERKASA PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KE-2 TAHUN 2011



Tarikh : 20 – 21 November 2011
Tempat : Kuala Lumpur International Hotel. Kuala Lumpur
Tema : Transformasi Pendidikan Pengurusan Sekolah Menengah
Peserta : 16 orang Ketua Unit JPN & 3 orang dari BPSH

Tujuan :



Mesyuarat JK Pelaksana ini diadakan bertujuan untuk membuat persiapan akhir dan meneliti tahap kesediaan JK Pelaksana Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011 dalam melaksanakan persidangan. Mesyuarat pada kali ini juga akan melaksanakan 3 kali Sesi raptai bagi majlis perasmian dan penutupan persidangan serta melihat kelancaran perjalanan persidangan.

Setiap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011 diminta melaporkan status persediaan meraka dalam melaksanakan tugas masing-masing. Ahli mesyuarat juga membincangkan Isu dan masalah yang timbul serta mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kelancaran persidangan

Jawatankuasa Pelaksana juga sekali lagi mengadakan mesyuarat dan mendapat maklumat akhir daripada pihak hotel dan seterusnya bertindak menyiap tempat persidangan dengan semua keperluan, Sesi raptai telah diadakan sebanyak tiga kali bagi memastikan kelancaran persidangan tersebut.