Thursday, December 8, 2011

MESYUARAT POST MORTEM PERTUKARAN GURU (E-GTUKAR) BERSAMA JAWATANKUASA INDUK BERSAMA BPSH & JPN, KPM






Tarikh : 5 – 7 Disember 2011
Tempat : Hotel Tropical Inn , Johor Bahru, Johor
Peserta : 48 Pegawai Pengurusan Sekolah Menengah dan Rendah dari KPM, JPN
5 orang dari BPM, 3 dari SPSM dan seorang dari SPSR, BPSH.

Tujuan :

Untuk melihat dan menambahbaik dalam pengurusan guru (penempatan semula guru) yang melibatkan perkara teknikal dan pengurusan. Pakej mesyuarat pada kali ini adalah diuruskan oleh BPTV.



Perkara yang dibincang :

1. Penambahbaikan surat melalui pertukaran secara online
2. Isu-isu dalam pelaksanaan urusan pertukaran secara online
3. Sesi Taklimat Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Harian
4. Sesi perbengkelan penambahbaikan surat pertukaran disemua peringkat secara online
5. Penilaian, isu-isu dan penambahbaikan pertukaran antara negeri, antara daerah dan dalam daerah secara online
6. Penambahbaikan terhadap keperluan pelanggan dalam e-GTukar untuk kelancaran pengurusan guru di semua jenis sekolah dan di semua peringkat.
7. Proses pembatalan pertukaran guru dan kebenaran guru di sekolah untuk memohon ke Matrikulasi secara online – melalui e-GTukar.
8. Majlis penyampaian cenderamata oleh Encik Mohd. Hanafi Samat, KU Rendah, JPN Johor.
9. Pembentangan carta perbatuan untuk proses pertukaran sesi Jun 2012 dan Januari 2013.
10.Rumusan.


Mesyuarat secara keseluruhannya telah dapat mencapai tujuan dimana beberapa keputusan mesyuarat telah membantu ahli mesyuarat menerima maklumat baru terutamanya berkaitan PAV dan seterusnya dapat berbincang secara bersama dalam membuat penambahbaikan terhadap pengurusan pertukaran guru secara online dengan menggunakan e-GTukar.