Saturday, January 21, 2012

PEMANTAUAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI JANUARI 2012 BAGI PROGRAM MBMMBI


Tarikh : 2 - 3 Januari 2012
Tempat : Johor, PPD Johor Bahru
Ahli : Pegawai Menengah BPSH
Pemantauan adalah bertujuan bagi memastikan sesi persekolahan Januari 2012 dapat berjalan dengan lancar terutama persediaan sekolah secara keseluruhan. Bagi PPD Johor Bahru pemantauan dilaksanakan di SMK St Joseph, SMK Dato Jaafar.JB dan SJK(C) Tampoi, yang khusus berhubung dengan persediaan sekolah bagi memilih bahasa pengantar yang akan dilaksanakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran nanti sebagai mematuhi kehendak KPM berhubung pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan MBMMBI bagi semua sekolah suruh negara mulai Januari 2012. Bagi sekolah yang memilih Bahasa Inggeris - isunya buku teks disediakan dalam Bahasa Melayu dan bagi memilih Bahasa Melayu - Isunya murid sebelum ini diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan bagi yang memilih dwi bahasa - Isunya buku teks disediakan dalan satu bahasa sahaja samada Bahasa Inggeri atau Bahasa Melayu..