Friday, April 16, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN ISU LEBIHAN GURU PELBAGAI OPSYEN DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Tarikh : 15 April 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja
Bil Ahli : 25 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaraskan lebihan opsyen bagi guru di Sekolah Menengah Harian ekoran dari pembentangan kertas makluman dalm mesyuarat pengurusan profesional KPM. Mesyuarat bersetuju bagi mengadakan program intervensi kepaa graduan yang akan keluar dari IPTA kepada opsyen yang ada lebihan terutama bagi opsyen Fizik, Kimia dan Biologi. Majlis dekan IPTA juga bersetuju bagi mengadakan program ini sebagai opsyen tambahan kepada graduan yang bakal keluar nanti. Mesyuarat juga bersetuju BPG akan mengadakan Kertas Kerja berhubung perkara ini.