Tuesday, December 2, 2008

HARI BERTEMU PELANGGAN

Pada tahun ini Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya turun ke padang untuk bertemu pelanggan sebanyak empat kali. Program ini diurusetiakan oleh Bahagian Hal Ehwal Korporat. Pada tahun ini HBP dilaksanakan selama dua hari untuk memberi peluang dan ruang yang lebih kepada masyarakat setempat mendapat maklumat dan input dari Kementerian. Bagi setiap siri HBP, Bahagian ini akan membuka kaunter pelanggan dengan menugaskan empat orang petugas. Antara lokasi yang berjaya dikunjungi ialah:

i. Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor pada 22 – 24 Februari 2008
ii. Melaka Mall, Air Keroh, Melaka pada 25 – 27 April 2008
iii. Berjaya Mega Mall, kuantan, Pahang pada 25 – 27 Julai 2008
iv. Queenbay Mall, Bayan Lepas, PP pada 1 – 3 November 2008

Tujuan program HBP diadakan adalah untuk menerangkan tugas dan tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Pelanggan akan diberi layanan yang sebaik-baiknya oleh para petugas dalam menjawab sebarang kemusykilan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.