Tuesday, December 2, 2008

MESYUARAT PEMUAFAKATAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KPPM TAHUN 2008

Mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan KPPM diadakan bertujuan untuk mencari kata sepakat antara pihak tertinggi (profesional) KPM dengan semua Kesatuan dan Persatuan Guru dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan. Ahli mesyuarat terdiri daripada 80 orang ahli iaitu KPPM, Semua TKPPM , semua Pengarah Bahagian, KPM dan Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan 24 buah Kesatuan/Persatuan Guru. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Negeri. Kementerian Pelajaran akan menerangkan dasar-dasar Kementerian kepada kesatuan guru disamping itu mendengar dan cuba selesaikan isu-isu yang dibawa oleh kesatuan.

Sepanjang tahun 2008, sebanyak 2 kali mesyuarat telah dijalankan iaitu :
1. Mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 1/2008 diadakan di Hotel Heritage, Ipoh Perak pada 13 - 15 Januari 2008
2. Mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 2/2006 di The Zon Regency, Johor Bahru, Johor pada 19 – 21 September 2008