Tuesday, December 2, 2008

Mesyuarat Khas Peluasan Prasekolah 2009


Satu mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai peluasan program pendidikan prasekolah KPM telah diadakan pada 26 November 2008 yang lalu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh bebarapa Bahagian KPM yang terlibat dengan program prasekolah dan semua Jabatan Pelajaran Negeri. Hasil daripada mesyuarat berkenaan sebanyak 704 buah kelas akan dibuka bagi peluasan 2009, tetapi sebanyak 349 buah kelas prasekolah di 330 buah sekolah rendah akan memulakan operasi pada Januari 2008 dan yang selebihnya sebanyak 355 buah akan beroperasi kemudian.