Thursday, December 18, 2008
KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
19 – 22 Ogos 2008
Kota Baharu, Kelantan
Kursus Kepemimpinan Pengawas Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 19 hingga 22 Ogos 2008 bertempat di SMKA Naim Lilbanat Kota Bharu Kelantan. Tujuan kursus ini ialah untuk:
1. memperkembangkan potensi kepemimpinan dalam diri pemimpin pelajar
2. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepimpinan
3. memperluaskan pengalaman pemimpin pelajar bersama tokoh pemimpin
4. meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab pemimpin pelajar dalam memberi
khidmat sosial kepada komuniti meningkatkan keyakinan dan harga diri pemimpin pelajar
Tema kursus kali ini ialah PEMIMPIN PELAJAR PEWARIS NEGARA. Peserta kursus didatangkan dari seluruh negara. Jumlah peserta yang diperuntukan ialah seramai 800 orang. Mereka adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar sekolah menengah dan rendah. Kursus telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ibrahim Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 2008 di Dewan Utama Pusat Sumber Pendidikan negeri Kelantan
20 Ogos 2008 ( Rabu 2.00 ptg– 4.30 PETANG)
BENGKEL MENCANTING BATIK
Bengkel ini telah diadakan dengan kerjasama Pusat Kraftangan Kelantan. Peserta didedahkan dengan cara membuat batik. Pada mulanya para peserta diberikan taklimat dan selepas itu setiap peserta diberikan peluang untuk mencanting batik mengikut kreativiti masing-masing. Pada jam 2.20 tengah hari, para peserta berada di Pusat Inovasi Batik. Sebelum aktiviti mencanting batik dimulakan, para peserta diberikan sedikit taklimat oleh pihak Pusat Inovasi Batik. Setiap peserta diberikan satu kain bercorak batik dan diberi peluang untuk mencanting mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai kenang-kenangan, hasil cantingan peserta dibenarkan untuk dibawa pulang.

20 Ogos 2008 ( Rabu 08.00 – 11.00 malam )
CERAMAH CIRI-CIRI PEMIMPIN
Ceramah kepemimpinan ini telah disampaikan oleh En Khalid Bin Wok. Para peserta telah diberikan pendedahan tentang ciri-ciri kepemimpinan yang menjadi idola dan ideal serta perlu diterapkan dalam diri seorang pemimpin. Ceramah ini telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin. Ceramah ‘Ciri-ciri Pemimpin’ yang disampaikan oleh En Mohd Khalid bin Wok atau lebih mesra dengan panggilan “Abah”. Antara ciri-ciri kepimpinan yang ditekankan oleh Abah ialah berdisiplin, berperancangan, berpersonaliti cemerlang, berdaya juang tinggi serta boleh berkomunkasi dengan baik. Bakal pemimpin juga perlu mempunyai prinsip yang teguh, bersikap keizen, dan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
21 Ogos 2008 ( KHAMIS 8.00 – 10.00 pagi )
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM
Bengkel ini telah dikendali oleh YM Raja Zulkifli. Para peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik dan cara pengucapan awam serta skil yang diperlukan. Kemudian setelah diberikan input secara teoritikal, para peserta dikehendaki untuk menggunakan teori yang telah dipelajari dengan mempraktikkannya dalam pengucapan mereka. Para peserta diberikan masa untuk memberikan ucapan secara spontan dalam bengkel tersebut.
21 Ogos 2008 (Khamis 10.30 pagi – 12.30 tengahari)
FORUM KEPEMIMPINAN
Forum ini telah dikendalikan oleh Tn Hj Nik Mat Bin Nik Lib. Ahli panel adalah terdiri daripada Tn Hj Khairul Anuar iaitu Pengetua SMK Chabang Empat Tumpat, En Abdul Rashid Zakaria, Kaunselor SMKA Tok Bachok dan Saudari Amirah Abdul Aziz Tokoh Pelajar 2008 Peringkat Kebangsaan. Forum ini memberi banyak input bagi menjana potensi ke arah menjadi pemimpin yang berwawasan, berketerampilan dan mempunyai jati diri unggul.
21 Ogos 2008 (Khamis 2.30 ptg – 5.00 petang)
EKSPLORASI MINDA
Para peserta diagihkan dalam kumpulan seramai 20 orang setiap kumpulan. Mereka dikehendaki berjalan di bandar Kota Bharu dan perlu melalui 5 check point yang telah ditetapkan. Sepanjang perjalanan untuk ke setiap check point setiap kumpulan dikehendaki melaksanakan tugasan yang diberikan. Check point satu adalah di Stadium Sultan Muhd Ke 4, check point dua adalah di Pasar Siti Khadijah, check point 3 adalah di Bazar Buluh Kubu, check point 4 adalah di Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan dan check point 5 adalah di Pasar Raya Kota Bharu (KB Mall).
21 Ogos 2008 (Khamis 9.00 – 11.00 malam)
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ishak Bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan. Dalam majlis ini Ketua Sektor telah menyampaikan penghargaan kepada semua kontinjen yang telah menyertai kursus. Beliau mengharapkan semoga hubungan yang terjalin akan terus berkekalan. Majlis penutup ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan cendarahati kepada semua peserta dan juga guru-guru serta pegawai pengiring.