Tuesday, December 2, 2008

MAJLIS ANUGERAH 3K

24 - 25 November 2008
HOTEL GOLDCOURSE, KLANG

Majlis Anugerah 3K Peringkat Kebangsaan 2008 telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh 300 orang terdiri daripada Ketua Unit HEM JPN, Penyelia Kesihatan JPN, Penyelia Disiplin JPN, Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Selangor, Guru Besar dan Pengetua sekitar Negeri Selangor. Logo 3K juga telah dilancarkan pada majlis tersebut.

Sekolah yang telah menjuarai pertandingan tersebut bagi kategori Sekolah Menengah ialah SMK USJ 12, Subang Jaya, Selangor manakala bagi kategori Sekolah Rendah ialah SK Kuala Besut Terengganu. Masing-masing telah memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM 5000.00 beserta piala dan sijil kemenangan. Bagi naib johan dimenangi oleh SMK Dato' Peter Monjunpin, Penampang, Sabah bagi kategori Sekolah Menengah dan bagi kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh SK Bandar Anggerik, Shah Alam, Selangor. Kategori ini memperoleh wang tunai sebanyak RM 3000.00 beserta piala dan sijil. SMK Putrajaya Precint 9(2), Putrajaya dan SRK St. Mary Convent, Sandakan, Sabah telah memenangi tempat ketiga dengan memperoleh wang tunai sebanyak RM 2000.00, piala dan sijil.

Sekolah-sekolah yang telah menyertai pertandingan ini juga telah mendapat piala penyertaan beserta sijil bagi menggalakkan sekolah menyertai 3K dan membudayakan 3K di peringkat sekolah.