Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui surat bil KP(PP) 0127/21/1 Jld.9/(57) bertarikh 3 November 2008 telah memaklumkan kepada semua bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengemaskini maklumat data peribadi dan profil perkhidmatan di dalam sistem HRMIS sepertimana yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. di mana pengemaskinian data haruslah dibuat sebelum 31 Disember 2008.
Satu taklimat telah diberi oleh Pegawai Sistem Maklumat dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia iaitu Encik Mohd Rashdan bin Mohd Nazri di Makmal Komputer, Sektor PKICT dan telah dihadiri oleh Pegawai Eksekutif dan staf yang telibat secara khusus di dalam sistem HRMIS. Taklimat ini betujuan bagi mengemaskini maklumat perjawatan yang terkini Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan di peringkat pegawai dan staf BPSH mereka hendaklah mengemaskini makumat data peribadi masing-masing.