Monday, December 15, 2008

Mesyuarat Penyelarasan di Peringkat Bahagian KPM dan 12 PPD Rintis

Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan di peringkat Bahagian KPM dan PPD Rintis di Bilik Mesyuarat Semarak, BPSH pada 25 Julai 2008. Seramai 45 peserta telah menghadiri mesyuarat ini yang terdiri dari pegawai JPN, semua pegawai meja di 12 PPD Rintis dan wakil bahagian KPM yang bertujuan menyelaras dan memperluaskan Program Sekolah Contoh di peringkat KPM. Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH telah mempengerusikan mesyuarat ini.