Showing posts with label April2011. Show all posts
Showing posts with label April2011. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Mesyuarat Pengurusan Penerimaan Masuk Murid Warganegara ke SM Kerajaan/Bantuan Kerajaan Antara JPN Dengan BPSH, KPM Bil.1/2011


Tarikh : 18-20 April 200
Tempat : Hotel Quality, Kuala Lumpur
Peserta : Pegawai - Pegawai BPSH dan Pegawai Pengurusan Murid JPN Bilangan : 20 Orang
Jemputan :Ketua Unit Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
2 Orang Pegawai di Bahagian Pengambilan dan Penempatan Murid MRSM(MARA)

Aktiviti/Laporan

Mesyuarat di atas bertujuan untuk menyelaras pengurusan kemasukan murid ke sekolah menengah kerajaan/bantuan kerajaan. Antara perkara yang dibincangkan ialah:

1. Akta Pendidikan 1996 : Perkara 4 - Peraturan - peraturan Pendidikan(Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah. Penyimpanan Daftar dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar di sekolah) 1998 - Penerimaan masuk murid warganegara ke sekolah.


2. Taklimat Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1998

3. Pembentangan perkongsian Pengurusan Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu secara Atas Talian

4. Penyemakan Surat Siaran 2011 bagi kemasukan 2012:

i/ Kenaikan Ke Tingkatan Satu tanpa Kelas Peralihan

ii/ Kenaikan Ke Tingkatan Empat

iii/ Belajar Semula Di Tingkatan Lima


5.Taklimat pengurusan pertukaran murid dari MRSM ke Sekolah Harian

Semua keputusan dan rumusan mesyuarat dicatat dalam minit mesyuarat.

Wednesday, May 4, 2011

Mesyuarat/Perbincangan Persediaan Konvensyen Graduan NPQH Kali Kedua



Tarikh : 26 April 2011
Masa : 9.30 pagi – 3.30 ptg
Tempat : IAB, Genting Highlands
Wakil Bahagian : En. Saiful Bahari bin Mohammed Tauhid

Perkara Penting Yang Dibincangkan :

1 Pembentangan kertas kerja Persidangan Konvensyen Graduan NPQH Kali Kedua

2 Perbincangan keperluan kumpulan sasaran, tarikh, slot program dan bajet

3 Penyediaan kertas kerja Persidangan mengikut format yang ditetapkan oleh IAB

Tindakan Bahagian :

1 Memberi input penyediaan kertas kerja daripada segi konsep/tema persidangan, slot program, asas pertimbangan, Jawatankuasa Persidangan, dan bajet.

2. Pembentangan kertas kerja berdasarkan format IAB

Thursday, April 21, 2011

MESYUARAT PEMILIHAN DAN KELULUSAN PERTUKARAN KHAS GURU SEKOLAH MENENGAH ANTARA NEGERI PADA APRIL 2011 DARI NEGERI SABAH




Tarikh : 14 - 15 April 2011
Tempat : Hotel Plaza, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 10 Orang


Mesyuarat adalah bertujuan bagi melaksanakan proses pemilihan dan pertukaran khas dari negeri Sabah ke semua negeri di seluruh negara mulai 1 Mei 2011. Pertukaran Khas ini adalah atas arahan KPPM bagi menangani isu pelantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih bagi negeri Sabah. Pertukaran ini berjalan lancar dan telah berjaya membuat pemilihan hampir 200 calon / guru bagi tujuan berkenaan. Walaubagaimana pun keputusan bagi melaksanakan proses seterusnya adalah memerlukan punca kuasa yang khas terhadap isu ini dari pejabat KPPM.

BENGKEL e-OPERASI DAN PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PENYELIA MENENGAH JABATAN PELAJARAN SARAWAK



Tarikh : 11- 12 April 2011
Tempat : Hotel Dynasty, Miri
Bil Peserta : 40 (Semua Penolong PPD Negeri Sarawak)
Slot Bengkel : Pengurusan dan Pelaksanaan Sistem e-OPREASI / e-GTukar secara online



Mulai 1 Mac 2011 Sistem e-OPERASI telah dilaksanakan secara sepenuhnya keseluruh negara terhadap manual Guru,Kelas dan Murid(enrolmen). Bagi tujuan itu semua perkara berkaitan telah di taklimatkan kepada semua JPN pada 23 - 26 Februari bagi tujuan pengurusan dan kaedah pelaksanaan, walau bagaimana pun pihak negeri memerlukan makluman tambahan dan isu berkaitan dengan sistem bagi tujuan pendedahan kepada semua PPD. Tujuan bengkel dan taklimat ini adalah bagi membantu negeri melancarkan lagi pelaksanaan e-OPERASI. Akhir bengkel/taklimat berbagi isu dan persoalan di bangkitkan oleh para peserta terhadap pelaksanaan sistem, medan ini sangat membantu JPN dan PPD bagi kelancaran pelaksanaan sepenuhnya modul e-OPERASI mulai Januari 2012. Syabas dan tahniah kepada JPN Sarawak kerana berjaya mencapai 100% capaian kepada semua sekolah menengah di Sarawak semasa tempoh pengemaskinian data mulai 1 Mac sehingga 30 Mac lalu..