Showing posts with label Sept2010. Show all posts
Showing posts with label Sept2010. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.7/2010

TARIKH : 21-24 SEPTEMBER 2010
TEMPAT : WOODLAND RESORT, KUALA TAHAN, PAHANG

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai dari Bahagian-Bahagian KPM yang terlibat dengan pengurusan Tingkatan Enam, pegawai-pegawai pengurusan dan akademik JPN. Turut hadir adalah KPP Pengurusan Sekolah JPN Pahang selaku tuan rumah.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah Post-Mortem Kemasukan Murid Tingkatan Enam Bawah 2010 di mana statistik tentang pengambilan murid Tingkatan Enam Bawah 2010. Didapati daripada 465 781 calon mengambil SPM hanya 201 299 yang layak ke Tingkatan Enam Bawah. JPN diminta lebih proaktif dalam membuat hebahan dan promosi bagi mempastikan Tingkatan Enam menjadi antara pilihan utama murid.

Isu-isu pengurusan dan akademik juga disentuh dalam mesyuarat iaitu satu garis panduan pertukaran antara daerah dan antara negeri telah dikeluarkan oleh BPSM. Garis panduan pemakaian pelajar juga telah dikeluarkan oleh Unit Disiplin BPSH, KPM dan telah diperbincangkan.

Perjawatan Guru Tingkatan Enam masih menjadi pokok perbincangan kerana pengisian perjawatan masih belum selesai sehingga kini. Begitu juga masa yang diperuntukkan bagi waktu kokokurikulum Tingkatan Enam yang memerlukan kepada perbincangan lebih lanjut.

Saturday, December 4, 2010

Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih(GSST) Bil.4/2010 ke Sabah dan Sarawak




Tarikh : 27 September 2010
Tempat : Hotel Empress, Sepang Selangor
Bil ahli : 240 orang
VVIP : Dato' Haji Zulkifly Bin Mohd Wazir

Bahagian Pengrusan sekolah telah melaksanakan penempatan bil4/2010 bagi semua GSST ke sabah dan Sarawak secara serentak bagi penempatan ke Sabah dan Sarawak. Pengurusan penempatan guru ke sabah dan Sarawak diuruskan terus oleh BPSH(menengah) dari pendaftaran,taklimat dan surat tawaran oleh BPSM. Pegawai pengiring akan menguruskan pergerakan GSST ke Sabah dan Sarawak dari Hotel ke Lapangan Terbang dan dari Lapangan Terbang Sabah dan Sarawak ke Hotel penginapan di Sabah dan Sarawak. Pengurusan taklimat dan penempatan di negeri akan diuruskan oleh kedua-dua negeri sehingga ke sekolah. Penempatan ini selesai sehingga pelatih melapor diri di sekolah yang ditempatkan.

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN




Tarikh : 6 September 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam
Ahli : Semua Staf Menengah

Program Tahunan Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Sempena Meyambut Syawal menjelang tiba bagi semua pegawai meraikan semua kakitangan sokongan sektor dengan menyampai cenderahati sebagai menghargai sumbangan mereka dalam sektor menengah..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..