Showing posts with label JAN09. Show all posts
Showing posts with label JAN09. Show all posts

Tuesday, February 10, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN





Perkara :
MESYUARAT PENGURUSAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN & JABATAN PELAJARAN NEGERI

Tarikh :
28 - 30 Januari 2009

Tempat :
Bilik Mesyuarat Aman, Muar Traders Hotel, Muar, Johor Darul Takzim

Pengerusi :
1. Tuan Haji Mohd. Anuar Bin Abdul Hamid (Penutup Mesyuarat)
KPP SPPK
2. Puan Norliza Haji Mohd. Noah (Penyelaras Aduan BPSH)

Kehadiran:
Semua Penyelaras Aduan/ Ketua Unit Perhubungan JPN
Objektif :
  1. menyemak semua maklumbalas aduan yang diterima dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pejabat Perkhidmatan Pelanggan KPM dan BPA
  2. menilai pengurusan aduan melalui data dan analisis aduan yang berkaitan dengan JPN dan PPD.
  3. menyediakan maklumat terkini Jawatankuasa Urus Setia Aduan JPN dan PPD
    menyediakan rancangan atau program Tahunan 2009 bagi Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
  4. Menyemak senarai tugas Penyelaras Aduan JPN dan PPD

Ketetapan :
1. Mesyuarat dimaklum Penyelaras Aduan dikebanyakan negeri kecuali Negeri Sembilan, Kelantan, WP Putrajaya, dan Terengganu telah diisi oleh Penolong Pengarah DG41 / Penyelia Kanan DG 34 seperti dalam penstrukturan JPN. Negeri yang masih belum mengisi jawatan tersebut diminta untuk berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi JPN masing-masing agar pengurusan aduan di JPN lebih cekap dan mantap. Diharapkan PPD melantik Penyelaras Aduan dari Sektor Pengurusan Sekolah.

2. Mesyuarat meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian memastikan Maklumbalas Pelanggan di semua peringkat (KPM, JPN dan PPD) diuruskan oleh Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan.

3. Mesyuarat memutuskan agar Urus Setia Pengurusan Aduan JPN dan Urus Setia Pengurusan Aduan PPD dimantapkan mengikut cadangan melantik pegawai-pegawai yang akan menjalankan tugas sebagai pegawai pemeriksa dan penyiasat seperti di lampiran 1. Senarai nama Urus Setia Pengurusan Aduan peringkat JPN (39 orang ) dan PPD (15 orang) perlu dihantar kepada Urus Setia melalui email noli1369@yahoo.com atau adudisiplin@moe.gov.my pada atau sebelum 6 Februari 2009.

4. Mesyuarat dimaklumkan agar JPN dan PPD mengadakan mesyuarat setiap bulan dengan menggunakan Ketetapan Mesyuarat untuk dilaporkan dalam mesyuarat pengurusan JPN dan mesyuarat Pengurusan PPD masing-masing. Bagi mesyuarat antara BPSH dengan JPN akan diadakan dua bulan sekali seperti dalam Takwim BPSH, manakala JPN juga mengadakan mesyuarat berkala setiap dua atau tiga bulan sekali dengan PPD masing-masing.

5. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Buku Manual Prosedur Pengurusan Aduan dan Siasatan perlu dimurnikan segera sebelum Seminar Pengurusan Aduan yang akan diadakan pada 24 Mac 2009 dan akan diedarkan ke semua JPN/PPD. Pemurnian Buku ini akan diadakan secepat mungkin pada awal Februari 2009.

6. Mesyuarat telah mencadangkan penambahbaikan terhadap PKPS 4 dan Prosedur Pengurusan Aduan dan Siasatan berdasarkan teguran yang diterima melalui audit Star Rating dan audit SIRIM yang akan di bawa dalam Jawatankuasa Teknikal MS ISO 9002:2000:
- Aduan Lisan dan bukan lisan dinyatakan sebagai panggilan telefon dan datang sendiri, surat, faksimili, emel, lamanweb dan media. Justeru itu, analisis aduan hendaklah berdasarkan kepada saluran aduan yang diterima
- Buku Rekod Aduan ditukar kepada Sistem Rekod Aduan dalam merekodkan aduan yang diterima daripada pelbagai sumber.
- penambahan ruangan di dalam PKPS 4-2 iaitu ‘saluran aduan’ dan Sumber Aduan’.
- Kategori aduan hendaklah berdasarkan Pindaan Kepada Kategori untuk maksud pelaporan yang diterima oleh agensi-agensi kepada Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) Bil. 1 Tahun 2002

7· Mesyuarat memutuskan satu perbincangan khas diadakan berkaitan PKPS 4 dan Buku Panduan Prosedur Pengurusan Aduan dan Siasatan diadakan pada 25-27 Februari 2009 di Kelantan.

8. Mesyuarat telah mendapatkan kepastian daripada Bahagian Hal Ehwal Korporat bahawa isu yang dilapor mengenai sekolah melalui media cetak atau elektronik juga dikira sebagai aduan. JPN dan PPD yang terbabit diminta untuk segera membuat maklumbalas awal kepada Pegawai Perhubungan KPM dan salinan kepada bahagian KPM yang berkaitan.

9. Mesyuarat diminta untuk menggunakan kod aduan yang diterima mengikut turutan dalam pelaporan PKPS 4.3 seperti contoh Pelaporan dalam Prosedur Pengurusan Aduan dan Siasatan KPM mulai tahun 2009 .

10. Mesyuarat dimaklumkan BPSH telah mengagihkan tanggungjawab mengendalikan aduan mengikut negeri seperti di bawah:
- Pn.Norliza binti Haji Mohd Noah bertanggungjawab bagi JPN Perlis, Melaka, Sarawak, Selangor, Kelantan, Pahang Negeri Sembilan dan Putrajaya
- En. Mohd ‘Ainuddin bin Ibrahim bertanggungjawab bagi JPN Pulau Pinang, Kedah, Perak, Terengganu, WPKL, WP Labuan, Johor dan Sabah

11. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan JPN merupakan Pegawai Penyelaras Bencana di peringkat JPN dan mesyuarat mengenainya akan diadakan pada 12 Februari 2009 di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

12. Mesyuarat dimaklumkan Sistem Adu Disiplin masih digunakan sehingga e-aduan yang dibangunkan oleh BHEK disempurnakan. Semua Pegawai Penyelaras Aduan JPN diminta sentiasa membuka laman web Sistem Adu Disiplin untuk menyemak dan mengambil tindakan bagi setiap aduan terkini yang diterima melalui laman web ini.

13. Mesyuarat berkaitan Pusat Interaksi Pelanggan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan pada 17-19 Februari 2009 di Sherwood Resort Lumut. Pusat Interaksi Pelanggan ini telah pun mula beroperasi di talian hotline 03-77237070 dan diuruskan oleh Vads TM di Menara Vads , Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur. Semua diminta untuk membuat ‘test call’ dan cuba membantu EKP (Eksekutif Khidmat Pelanggan) yang dilantik meningkatkan kemahiran dan maklumat untuk menjawab isu-isu berkaitan pendidikan,

14. Mesyuarat telah membuat ketetapan bahawa semua negeri yang dipertanggungawab menjadi urus setia bagi program yang dirancang untuk tahun 2009 memastikan permohonan pakej dibuat dengan lebih awal. Waran bagi program akan diturunkan kepada negeri berkenaan mulai Mac 2009.

15. Mesyuarat bercadang untuk membuat lawatan ‘benchmarking’ bagi melihat pengurusan aduan sekolah negara lain dan memutuskan JPN Selangor telah dipertanggung jawab untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan bagi lawatan ini.

Tuesday, February 3, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PENYEDIAAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK)SEKOLAH MENENGAH BIL. 1/2009



Tarikh : 28 - 30 JANUARI 2009
Tempat : Cinta Sayang Resort. sg Petani. Kedah
Bil Ahli : 12 Orang
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menghasilkan draf pertama MPK Sekolah Menengah yang mengandungi latar belakang, carta fungsi, proses kerja dan carta alir.

1. Perbincangan dan percambahan fikiran tentang skop serta proses kerja bagi penyediaan MPK Sekolah Menengah.
2. En Mohd Nasim Bin Zakaria, Sektor Pengoprasian Dasar & Keurusetiaan,BPSH menjadi fasilitator bagi menyediakan draf pertama MPK.
3. PKPSM juga membincangkan persediaan Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua sekolah Menengah dan Roundtable Meeting Of ASEAN Educational Teacher IV ( Perbincangan bersama IAB Utara dan MGB ) yang dicadangkan pada 24 - 28 Mei 2009 di Pulau Pinang.


Friday, January 30, 2009

Mesyuarat JPKA BPSH Bil.1/2009




Perkara :
Mesyuarat JPKA BPSH Bil.1/2009

Tarikh :
19 Januari 2009 (Isnin) - 2.30 petang

Tempat :
Bilik Mesyuarat Kemboja

Pengerusi :
Y.Bhg. Pengarah BPSH

Kehadiran :
Pengarah, Timbalan Pengarah, semua KPP, semua KU, pegawai kewangan sektor, penolong akauntan, ketua pembantu akauntan

Agenda  :
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Pengesahan minit mesyuarat JPKA Bil 4/2008 serta perkara-perkara berbangkit
  3. Laporan Prestasi Kewangan 2008
  4. Laporan Pengurusan Perakaunan 2008
  5. Laporan Pengurusan Aset Alih dan Stor BPSH 2008
  6. Agihan peruntukan kewangan 2009
  7. Hal-hal lain

Pengisian Utama :
Dalam ucapan beliau, pengerusi berharap agar prestasi kewangan dan perakaunan dapat kepertingkatkan, disamping mengekalkan prestasi tiada ABT dan AP.58-A.
Pengerusi juga mengingatkan agar semua peraturan dipatuhi dalam urusan kewangan, malah beliau menegaskan bahawa sekiranya ada L.O. yang dipohon selepas program, maka pegawai berkenaan perlu membayar sendiri perolehan tersebut.
Semua pihak disarankan untuk mengemaskini dokumen Perjanjian Program. Sekiranya ada program yang didapati tidak selari dengan fungsi bahagian/sektor, program tersebut perlu digugurkan. 

Maklumat penuh mesyuarat boleh diperolehi daripada minit.

Bengkel Sistem Perlantikan Pegawai Aset


Perkara :
Bengkel Sistem Perlantikan Pegawai Aset

Tarikh :
30 Januari 2009 (Jumaat)

Tempat :
Bilik Latihan Bahagian Pengurusan Maklumat

Penganjur :
Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)

Pengisian :
Bengkel ini bertujuan memperkenalkan Sistem Perlantikan Pegawai Aset Bahagian. 
Perlantikan meliputi pegawai-pegawai berikut:
  1. Pegawai Aset - 1 orang
  2. Pegawai Pemeriksa - 2 orang
  3. Lembaga Pemeriksa - 2 orang
  4. Jawatankuasa Penyiasat - 2 orang
  5. Pegawai Pemverifikasi Stok - 2 orang
Permohonan lantikan dibuat secara online. Setelah menerima permohonan, BPPA akan mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal.
Setelah Pegawai Pengawal menandatangani surat perlantikan, surat tersebut akan dihantar kepada Bahagian untuk simpanan fail dan tugas-tugas berkaitan.

Wakil BPSH :
Hj Nor Azam bin Abdullah, Pegawai Aset BPSH 

Mesyuarat Sektor Operasi Pendidikan Bil 1/2009


Perkara :
Mesyuarat Sektor Operasi Pendidikan - Pengurusan & JPKA Bil 1/2009

Tarikh :
29 Januari 2009 (Khamis)

Tempat :
Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH

Pengerusi :
Y.Bhg. Dato' Hajjah Noor Rezan binti Bapoo Hashim
TKPPM Sektor Operasi Pendidikan

Kehadiran :
Semua Pengarah dan pegawai terlibat daripada 7 Bahagian di bawah SOP

Urus setia Induk :
Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan BPSH

Thursday, January 29, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN KERTAS MAKLUMAN BERKAITAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH



Tarikh : 29 Januari 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Permata BPSH
Ahli Mesyuarat : 15 Orang
Mesyuarat adalah bertujuan mengemaskini dan membuat pemurnian KERTAS MAKLUMAN penempatan dan pertukaran bagi Sektor Operasi Pendidikan. Kertas Makluman ini bagi memohon persetujuan ahli Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam bagi Mematuhi Arahan Penempatan dan Pertukaran Guru sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Ahli mesyuarat bersetuju dengan persediaan awal kertas makluman ini dan mohon membuat pindaan dalam masa seminggu sekiranya ada.

Monday, January 26, 2009

Pengurusan Aset Alih Kerajaan di BPSH



BPSH adalah salah satu Bahagian KPM yang terlibat dalam Projek Rintis Sistem Pengurusan Aset Alih Online (SPA Online) di bawah Kementerian Kewangan.

BPSH telah dibekalkan dengan peralatan seperti Pengimbas Kod Bar dan Pencetak Kod Bar. Pegawai Aset dan PT Aset BPSH juga telah menghadiri kursus SPA Online anjuran BPPA dengan kerjasama Kementerian Kewangan.

Setakat ini, BPSH telah berjaya mendaftarkan kod-kod lokasi bagi semua bilik dan ruang BPSH di kedua-dua tingkat 3 dan 4. Proses Pendaftaran Harta Modal dan Inventori sedang giat dijalankan dan disasarkan untuk siap sepenuhnya menjelang 1 April 2009.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pegawai BPPA yang menyelaras projek hebat ini, terutamanya kepada Cik Mas Ayu, En Wahab, En Mustafa, dan En Mizi  yang sentiasa sedia membantu kami di BPSH.

Contoh : Satu petang, BPSH melaporkan bahawa printer Zebra untuk mencetak kod bar tidak berfungsi dengan baik. Pada petang itu juga En. Mizi dan seorang rakannya telah turun membantu. Malangnya masih tidak berjaya. Mereka berjanji akan segera melaporkan kepada Cik Mas Ayu dan En Wahab mengenai masalah ini. Esoknya, pagi-pagi lagi, pegawai dari Kementerian Kewangan telah tiba di BPSH untuk membantu membetulkan kembali "setting" pencetak berkenaan.  
Kagum. Cepat betul tindakan BPPA. Terima kasih.

Friday, January 23, 2009

Thursday, January 22, 2009

Majlis Pengumuman Program "One Malaysia One Voice"



Perkara :
Majlis Pengumuman Pelaksanaan Aktiviti "One Malaysia One Voice" Untuk Gaza

Tarikh :
22 Januari 2009 (Khamis)

Tempat :
Ruang Legar Bilik Mesyuarat Utama Aras 6 Blok E8

Tetamu Kehormat :
Y.Bhg. Dato' Alimuddin bin Hj Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tujuan :
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengumumkan aktiviti-aktiviti sekolah untuk murid-murid meluahkan suara hati mereka melalui "One Malaysia One Voice" terhadap peristiwa yang berlaku di Gaza.

Kempen ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah selama sebulan mulai 20 Januari hingga 20 Februari 2009

Aktiviti "One Malaysia One Voice" di peringkat sekolah :
Pertandingan mewarna dan melukis poster;
Pertandingan menulis esei, puisi dan deklamasi sajak;
Surat kepada pemimpin dunia tentang kedamaian dan keganasan;
Surat kepada anak-anak Palestine menyuarakan simpati memberi semangat;
Seminar, ceramah dan dialog mengenai isu Palestin;
Pengisian Tabung "One Malaysia One Voice" - Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.


Wednesday, January 21, 2009

Pemantauan Pelaksanaan Pakej



Perkara :
Pemantauan Pelaksanaan Pakej Mesyuarat Penyelarasan ABM 2009 - OPMEN

Tarikh :
21 Januari 2009 - Rabu - 9.00 malam

Tempat :
Hotel Empress Sepang

Pasukan Pemantau :
Tn Hj Mustafa bin Sidi - KPP Sektor PKICT
Tn Hj Mohd Aladin bin Awang Ngah -KU Unit Pentadbiran Sektor PKICT

Tujuan :
Memantau pelaksanaan pakej mesyuarat/kursus/bengkel.
Memastikan mesyuarat/bengkel berjalan dengan baik dan sempurna.
Mematuhi  kehendak ISO/Star Rating/LDP/Kewangan.

Catatan :
Pemantauan seperti ini akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memenuhi tujuan di atas.

MESYUARAT PENYELARASAN SEMAKAN KELULUSAN PELAJAR BUKAN WARGA NEGARA BIL. 1/2009



Tarikh : 20 Januari 2009
Tempat : Bilik Nilam BPSH ( Menengah )
Bilangan ahli : Semua Pegawai Perhubungan Negeri

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan semakan kelulusan pelajar bukan warganegara ke sekolah menengah. Penyelarasan ini perlu di laksanakan kerana beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor mempunyai bilangan permohonan yang tinggi. Melalui penyelarasan ini selain dapat membantu KPM membuat semakan permohanan, kaedah ini juga dapat membantu negeri mempercepatkan proses permohonan.

MESYUARAT PENYEMAKAN ABM 2009 BERHUBUNG PENYELARASAN TEKNIKAL DENGAN SISTEM OPMEN



Tarikh : 20 - 22 Januari 2009
Tempat : Hotel Empress. Sepang.Selangor
Bilangan Ahli : 40 Orang ( Semua KU Men dan Pegawai Data & ABM JPN )

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan data ABM 2009 mengikut negeri dengan OPMEN bagi pelaksanaan tahun 2009.Selain itu mesyuarat juga membuat semakan penempatan dan pertukaran/rayuan mengikut negeri. Laporan negeri mengenai Program Orientasi GSST bil 6&7 / 2008.
Penyelarasan ABM 2009 perlu dilaksanakan bersama dengan negeri bagi memastikan ABM yang dluluskan oleh BPSM bagi tahun 2009.Penyelarasan pelaksanaan kutipan data peringkat sekolah / PPD dan JPN. Penyelarasan pelantikan administrator negeri bagi OPMEN di peringkat Daerah dan Negeri.

URUSAN PENEMPATAN GURU KPLI SEKOLAH RENDAH





Urusan penempatan Guru-Guru KPLI Sekolah Rendah ke Negeri Sarawak dan sabah dilaksanakan mulai 4 Januari 2009 sehingga 10 Januari 2009. Seramai 11 orang pegawai dari Sektor Rendah terlibat didalam urusan penempatan ini. Seramai 1328 Guru KPLI ditempatkan di Sabah manakala 2863 orang guru ke negeri Sarawak.

Tuesday, January 20, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK & PRASEKOLAH


Perkara :
Mesyuarat Sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak & Prasekolah

Tarikh :
20 Januari 2009

Tempat :
Bilik Semarak, BPSH

Kehadiran :
Semua pegawai dan staff sokongan sektor

Pengisian :
1. Penyelarasan program/aktiviti sektor.
2. Penyelarasan pengurusan bajet sektor.
3. Pengurusan pakej sektor
4. Hal-hal lain
- Sektor ini dikenali sebagai Sektor SPAKKPra
- Pengisian jawatan dalam sektor sedang diuruskan bersama Sektor PKICT

Mesyuarat PKICT Bil.2/2009


Perkara :
Mesyuarat Sektor PKICT Bil.2/2009

Tarikh :
19 Januari 2009 (Isnin) - 8.30 pagi

Tempat :
Bilik Mesyuarat Kemboja

Kehadiran :
Semua Pegawai & Staf Sokongan Sektor PKICT

Pengisian :
  • Sektor-sektor dalam BPSH : 
  1. Sektor Pengurusan Sekolah Menengah (SPSM)
  2. Sektor Pengurusan Sekolah Rendah (SPSR)
  3. Sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak Dan Prasekolah (SPAKP)
  4. Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan (SPDK)
  5. Sektor Pentadbiran, Kewangan dan ICT (PKICT)
  6. Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Murid (SPKD)
  7. Sektor Pengurusan Kesihatan dan Asrama (SPKA)
  • Staf sokongan yang mendapat elaun pakaian seragam perlu memakainya di pejabat;
  • SKT dihantar awal minggu depan (28 Januari 2009);
  • Untuk menguatkan ikatan silaturrahim, "Makan-makan" PKICT setiap hari Jumaat sama ada pagi, tengah hari ataupun  petang;
  • HRMIS perlu dikemaskini dengan kadar segera.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui minit mesyuarat yang disediakan.





Monday, January 19, 2009

SEKTOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK & PRASEKOLAH, BPSH

Selarah dengan penstrukturan BPSH mulai Januari 2009 ini. Sebuah sektor baru yang khusus dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak & prasekolah telah diwujudkan. Sektor ini mengandungi dua unit iaitu Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Unit Prasekolah. Seramai 7 orang pegawai dan 2 orang PT ditempatkan di sektor ini.

OPMEN PERINGKAT AKHIR PELAKSANAAN

Tarikh : 17 Januari 2009
Tempat : Merdeka Palace,Kuching.Sarawak
Bil Ahli : Semua Bahagian Pengurusan Pendidikan dan Semua Pengarah-Pengarah Negeri

Kertas Makluman ini adalah bertujuan memaklumkan kepada semua pengarah-pengarah bahagian dan semua pengarah-pengarah jabatan pelajaran negeri tentang pelaksanaan OPMEN mulai Januari 2009.Pemakluman ini bagi memastikan pelaksanaan OPMEN mulai Januari ini akan berjalan lancar di semua peringkat, iaitu Sekolah, PPD dan JPN mengikut tarikh yang dicadangkan.Dengan pelaksanaan sistem ini membantu pengisian guru mengikut waran sekolah, PPD dan JPN. OPMEN juga membantu KPM memantau pengisian guru mengikut ABM yang diluluskan, pembukaan kelas mengikut ABM,pembukaan premis baru mengikut ABM, keperluan guru mengikut opsyen, pertukaran guru dan sebagainya.BPSH (menengah)berharap OPMEN dapat membantu pengurusan JPN dan PPD melaksanakan Pengurusan Sekolah dinegeri masing-masing dengan lebih cekap, kemas dan berintegriti.

Thursday, January 15, 2009

PENCALONAN TOKOH GURU


Sempena sambutan Hari Guru 2009. J/Kuasa Hari Guru KPM mengalu-alukan pencalonan bagi anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2009 kepada semua pihak yang berkenaan. Kriteria pemilihan calon Tokoh Guru Kebangsaan hendaklah berasaskan kepada urutan keutamaan seperti berikut:

1.1 Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah

1.2 Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan

1.3 Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat
1.4 Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain

2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini.

3. Calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklah dipilih daripada tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru Peringkat Negeri.

4. Calon hendaklah berumur 50 tahun atau lebih, sama ada masih berkhidmat ataupun sudah bersara. Walau bagaimanapun, calon yang tidak mencapai had umur tersebut boleh dipertimbangkan jika ia menunjukkan kebolehan pencapaian yang sangat cemerlang.

5. Pemilihan calon boleh juga dibuat ke atas tokoh yang telah meninggal dunia.

6. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau pernah berkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah, pengetua, guru besar atau pentadbir di dalam bidang pendidikan.

7. Pencalonan boleh dikemukakan oleh Jabatan/Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kesatuan/Persatuan Guru.

8. Mereka yang pernah dicalonkan tetapi tidak terpilih, boleh dicalonkan semula.


Maklumat lanjut serta borang pencalonan boleh didapati di laman web rasmi KPM.

Mesyuarat Pengurusan Sektor Rendah

Tarikh :
16 Januari 2009

Tempat :
Bilik Semarak, BPSH

Bilangan Ahli :
15 orang

Tujuan :
Mesyuarat bulanan pengurusan Sektor

Pengisian Utama :
Fokus utama mesyuarat adalah berbincang mengenai pertukaran dan penempatan guru. Mesyuarat juga akan membincangkan mengenai penstrukturan baru BPSH di mana sektor ini akan berpecah kepada dua sektor iaitu, Sektor Pengurusan Sekolah Rendah dan Sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah.

Wednesday, January 14, 2009

Semakan Stor Bekalan Pejabat dan Aset Alih BPSH


Perkara :
Semakan Stor Bekalan Pejabat & Aset Alih BPSH

Tarikh :
14 Januari 2009

Pegawai Pemantau :
Cik Asnida Mohammad Rosli
Cik Siti Nor Khadijah Abu

Pegawai Baru Bahagian Audit Dalam KPM

Dapatan :
  1. Secara keseluruhan, stor dan bilik mesyuarat BPSH berada dalam keadaan baik dan kemaskini.
  2. Sekiranya ada kerusi atau item-item lain dari bilik mesyuarat yang dibawa keluar ke bilik lain, ianya perlu dikembalikan dengan segera supaya bilangan item bersamaan dengan Kew-PA 7.
  3. BPSH komited untuk memastikan sistem pengurusan aset dan stor Bahagian berada dalam keadaan terbaik, khususnya yang melibatkan Sistem Pengurusan Aset Alih Kerajaan secara online yang diperkenalkan oleh BPPA mulai tahun ini.
  4. BPSH berharap agar satu senarai semak pengurusan stor yang komprehensif dapat diwujudkan untuk kegunaan pemantauan agensi-agensi di bawah kawalan selia BPSH iaitu JPN, PPD, PPG dan sekolah.
Komitmen BPSH
  1. BPSH komited untuk memastikan sistem pengurusan aset dan stor Bahagian dilaksanakan dengan cekap dan mengikut peraturan-peraturan semasa yang diguna pakai. 
  2. Pemeriksaan terhadap inventori serta harta modal akan dijalankan tepat mengikut jadual.
  3. Laporan aset dan harta modal akan dihantar ke BPPA tanpa kelewatan.
  4. Semua aset dan inventori sedia ada di BPSH dapat didaftarkan sepenuhnya dalam sistem pengurusan aset alih online menjelang April 2009.