Mesyuarat JK Induk Hari Guru Bil.2/2010 telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri Dato' KPPM.
Mesyuarat dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian dan Jabatan.
Tuan rumah perayaan hari guru kali ini adalah JPN Pahang.
Tema : "Guru Pembina Negara Bangsa"
Showing posts with label PKICT. Show all posts
Showing posts with label PKICT. Show all posts
Thursday, March 18, 2010
Monday, March 1, 2010
Mesyuarat Mingguan PKICT
Tuesday, December 22, 2009
Bengkel StraPP BPSH
Tajuk
Bengkel Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan BPSH 2010
Tempat
Puteri Resort, Melaka
Tarikh
4-6 Disember
Penyertaan
Semua pegawai dan kakitangan BPSH
VVIP
Y.Bhg Dato' Pengarah BPSH
Pemudahcara
Dr Amin Senin, Timbalan Rektor IPGM (Mantan TP(Dasar) BPSH)
Pengisian
- Pembentangan StraPP kepada semua pegawai dan kakitangan
- Perbincangan berkumpulan strategi/program/aktiviti yang dirancang untuk tahun 2010 berdasarkan StraPP mengikut sektor.
Tuesday, September 15, 2009
Lawatan Susulan Laporan Audit RMT Ke Sibu
Pada 7-9 September 2009, satu lawatan susulan telah diadakan ke sekolah-sekolah sekitar Sibu, Sarawak. Lawatan ini adalah susulan daripada laporan audit Bahagian Audit Sekolah terhadap pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sarawak.
Lawatan melibatkan 2 pegawai PKICT dan seorang pegawai JPN Sarawak. Sekolah-sekolah yang dilawati adalah:
- SK Nanga Bon
- SK Sg Nibung
- SK Sg Salim
- SK Batu 10
- SK Sibu Jaya
Bengkel StraPP BPSH


Bengkel Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan (StraPP)BPSH telah diadakan pada11-13 September di Royale Bintang Seremban. Bengkel ini melibatkan pengurusan tertinggi BPSH, daripada peringakat Pengarah sehingga KPP.
Terdapat 3 komponen utama dalam StraPP iaitu hala tuju, peta strategi, dan sistem pengukuran. Komponen 1 dan 2 telah dibincangkan secara menyeluruh dalam bengkel kali ini.
Untuk sesi kedua, bengkel akan melibatkan ketua-ketua unit dan akan memberi fokus kepada komponen ke-3 iaitu sistem pengukuran.
Bengkel telah dikendalikan dengan jayanya oleh Dr Amin bin Senin, Mantan Timbalan Pengarah (Dasar) BPSH).
Monday, September 14, 2009
Temuduga PTK PTR N11
Wednesday, July 29, 2009
Kursus Kesedaran Manual Pengurusan Aset Kerajaan
Kursus Kesedaran Manual Pengurusan Aset Kerajaan
Tarikh :
28-30 Julai 2009
Tempat :
Corus Paradise, PD
Kehadiran :
98 orang pengawai aset & pembangunan KPM (Pusat & JPN)
Wakil BPSH : Us Nor Azam Abdullah dan Pn Noor Aini Yaacob
Objektif Kursus :
Di akhir kursus, peserta akan dapat:
memahami takrifan Pengurusan Aset
memahami amalan semasa dalam Pengurusan Aset Kerajaan (PAK)
menyedari keperluan penambahbaikan kepada PAK sedia ada
mengetahui tentang Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK)
Saturday, June 20, 2009
Saturday, June 13, 2009
Temuduga Fasilitator Schoolnet
Operasi temuduga untuk jawatan fasilitator Schoolnet telah berlangsung di seluruh negara pada 11 dan 12 jun 2009.
Operasi ini melibatkan pegawai-pegawai BPSH dan JPN dan dijalankan di Pejabat-pejabat Tenaga Kerja seluruh Malaysia.
Program ini adalah satu program penempatan siswazah menganggur bagi membantu hal-hal yang berkaitan dengan projek SchoolNet di sekolah seluruh Negara. Ini adalah berpunca dari masalah terhadap penggunaan Schoolnet yang sangat rendah disamping isu aduan Schoolnet yang kerap menghadapi masalah.
Iklan bagi pengambilan program ini bermula pada 8 Jun 2009 di akhbar-akhbar dan web. Sesi temuduga dijalankan di 44 buah pusat diseluruh negara. Lokasi adalah di Jabatan Tenaga Kerja Daerah di daerah yang terlibat. Proses temuduga bermula pada 11 Jun hingga 12 Jun 2009. Penempatan Fasilitator SchoolNet bermuala pada 22 Jun 2009 diikuti dengan program latihan. Latihan akan dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Penempatan ke sekolah akan bermula seminggu selepas tarikh berkenaan.
Mesyuarat BPSH bersama Pegawai Khas Menteri Pelajaran
Saturday, June 6, 2009
Konvensyen GTL School
Konvensyen GTL Schools telah berlangsung pada 1-2 Jun 2009 di One Hotel, Kuala Lumpur.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj Alimuddin bin Hj. Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Konvensyen melibatkan 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil JPN, PPD dan sekolah-sekolah angkat GITN berjumlah 29 buah di seluruh Malaysia.
Friday, May 29, 2009
Bengkel Penyediaan Pakej Bil.2/2009
Perkara :
Bengkel Penyediaan Pakej Bil.2/2009
Tarikh :
27-29 Mei 2009
Tempat :
Hotel Orkid, Melaka
Kehadiran :
Seorang ketua unit, seorang pegawai dan dua staf daripada setiap sektor
Objektif :
- Menyediakan dokumen permohonan pakej untuk mesyuarat/kursus/aktiviti bagi Jun hingga Disember 2009.
- Mengelakkan kelewatan menghantar permohonan pakej ke Bahagian Kewangan (minima 14 hari)
Perasmian Penutup :
Dr Amin bin Senin, Timbalan Pengarah (Dasar)
Sunday, May 24, 2009
Bengkel SPA Modul Pemeriksa dan Pelaporan
Begkel Sistem Pengurusan Aset (SPA) Online untuk Modul Pemeriksa dan Pelaporan telah diadakan pada 20 & 21 Mei 2009.
Bengkel ini dikelolakan oleh BPPA dengan kerjasama Kementerian Kewangan.
Semua pegawai aset dan pegawai pemeriksa daripada 5 bahagian yang terlibat dengan projek rintis SPA di KPM telah hadir dan mengikuti bengkel berkenaan.
BPSH telah diwakili oleh En Shazali Ahmad, Hj Nor Azam Abdullah dan En Zaini Rajalanudin.
Mesyuarat Pengurusan dan JPKA SOP
Mesyuarat Pengurusan Operasi Pendidikan telah diadakan pada 21 Mei 2009 di Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Noor Rezan binti Bapoo Hashim, TKPPM (OP).
Mesyuarat JPKA OP juga telah diadakan bersekali dengan mesyuarat pengurusan. Ini untuk memaksimakan masa mesyuarat dan menggunakan masa utama untuk turun padang.
BPSH telah dilantik sebagai urusetia JPKA dan menyelaras semua maklumat JPKA daripada ketujuh-tujuh Bahagian di bawah Operasi Pendidikan.
Taklimat Sektor PKICT kepada Timbalan Pengarah (Dasar)
Perhimpunan & Mesyuarat Bahagian Bulan Mei
Perhimpunan dan Perhimpunan Bulanan Bahagian untuk bulan Mei telah diadakan pada 8 Mei 2009. Perhimpunan kali ini di urus setiakan oleh Sektor SPKD.
Perhimpunan kali ini juga menyaksikan seluruh warga BPSH mengucapkan takziah kepada cik Norazlina atas kembalinya ke rahmatullah bondanya yang tercinta yang terlantar sakit sejak sekian lama.
Tuesday, May 19, 2009
Mesyuarat Penyepaduan Perjanjian Program 2010-2011
Perkara :
Mesyuarat Penyepaduan Perjanjian Program 2010-2011
Tarikh :
17-19 Mei 2009
Tempat :
Hotel Hillcity, Ipoh, Perak
Kehadiran :
a. Ketua-ketua aktiviti dari 16 JPN untuk Aktiviti-aktiviti:
- Prasekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Asrama
- Pentadbiran Negeri
b. Ketua aktiviti BPSH :
- En Mohd Fauzi Mahson (Prasekolah)
- En Paskaran a/l Subramaniam (Rendah)
- En Saiful Bahari Mohd Tauhid (Menengah)
- En Baharin Masduki (Asrama)
- Tn Hj Mustafa bin Sidi (Pentadbiran Negeri)
Objektif :
Menyiap dan menyepadukan Perjanjian Program bagi kelima-lima aktiviti seperti yang tersebut di atas untuk ABM 2010-2011.
Monday, May 11, 2009
Perhimpunan Bulanan KPM & Amanat Y.A.B Menteri Pelajaran
Monday, April 27, 2009
Kursus TOT Pengurusan Aset Alih dan Stor
Perkara :
Kursus Kejurulatihan (T.O.T) Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan
Penganjur :
Anjuran bersama BPPA dan INTAN Sabah
Tarikh :
26-30 April 2009
Tempat :
Kampus INTAN Sabah
Kehadiran :
Pegawai Aset dan Stor Bahagian KPM, JPN dan IPGM
Perasmian :
Y.Bhg. Dato' Fatimah bt Md. Deni TKSU (Pembangunan) KPM
Antara isi ucapan perasmian :
- Patuhi arahan Menteri Pelajaran supaya dikurangkan formaliti. Dalam ucapan, hadkan solutasi kepada 2 atau 3 orang sahaja. Selainnya disapa dengan"hadirin dan hadirat",
- Kursus ini dijalankan tepat pada waktu. Dalam krisis ekonomi masa kini, aset kerajaan perlu diurus dengan baik untuk memastikan penjimatan dan mengelakkan pembaziran,
- Faedah pengguna perlu menjadi pertimbangan utama dalam perolehan aset, bukannya tekanan daripada pembekal,
- Tadbir urus aset yang baik merupakan tuntutan amanah kerana wang yang digunakan adalah wang rakyat yang terhasil daripada cukai yang dibayar,
- Perancangan teliti amat perlu kerana KPM menerima peruntukan paling besar (RM2.8B untuk pembelian harta modal dan RM172 juta utuk penyelenggaraan). KPM juga harus bersedia sekiranya peruntukan dikurangkan 10% pada tahun hadapan jika ekonomi negara tidak puih,
- Elakkan perancangan ad-hoc, data yang tidak seragam, tidak lengkap. Kemelut ini bakal mengundang SPRM, Jabatan Audit Negara untuk menjalankan penyiasatan.
- Pastikan Ketua Bahagian mengambil berat mengenai pengurusan aset bahagian.
- Semua peserta kursus perlu bersedia kerana dengan kehadiran mereka ke kursus ini, bermakna mereka adalah dilantik sebagai jurulatih yang akan menyebarkan ilmu, mengadakan kursus kepada agensi-agensi di bawah kawalan mereka.
Mesyuarat JKPAK KPM Bil.2/2009
Perkara :
Mesyuarat JK Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) KPM Bil.2/2009
Tarikh :
24 April 2009 / Jumaat / 9.00 pagi
Tempat :
Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 6, Blok E8
Pengerusi :
Y.Bhg Dato' Fatimah bt Md. Deni, TKSU (Pembangunan)
Kehadiran BPSH :
Tn Hj Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah BPSH
Isi utama :
- Semua bahagian perlu memastikan aset diurus dengan sempurna,mengelakkan pembaziran dan memaksimakan penggunaan.
- Semua laporan perlu dihantar ke BPPA / Kementerian Kewangan mengikut jadual.
- Ketua Bahagian perlu memberi keutamaan menghadirkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat utama berkaitan aset yang sekali gus menggambarkan keprihatinan mereka terhadap perkara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

