Showing posts with label Nov09. Show all posts
Showing posts with label Nov09. Show all posts

Thursday, November 19, 2009

Program Peningkatan Kemahiran Belajar : Strategi Peningkatan Prestasi Akademik PPS dan Sekolah FELDA






Tarikh : 11 - 13 November 2009
Tempat : Hotel Heritage, Cameron Highlands
Bil Peserta : 70 Orang. Justify Full
VVIP : Dato' Hj. Zulkifly bin Mohd Wazir
Pengarah BPSH

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan strategi peningkatan akademik Pusat Pembelajaran Sains (PPS) dan sekolah-sekolah FELDA. Antara pengisian program ini ialah bengkel "Program Belajarlah Sayang" yang akan dijalankan di sekolah-sekolah FELDA. Tujuan program ini diadakan antaranya adalah untuk mengekang masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah FELDA dalam usaha menjayakan program peningkatan prestasi akademik.

Selain itu, turut diselitkan satu sesi perkongsian kejayaan SMK Teloi Kanan, Kedah yang berjaya dalam program EnO (Environment Online) ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan aktif guru serta pelajar sekolah tersebut.

Thursday, November 5, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM BERFOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEBANGSAAN


Tarikh : 02 - 05 Nov 2009
Tempat : Hotel Federal, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan pembinaan modul bimbingan dan kaunseling secara berfokus,sebelum memulakan pembentangan En. Arjimi telah membuat preview modul program ini. Priview ini amat penting dalam membentuk hala tuju pembentangan modul seterusnya nanti. Beliau menekankan Modul ini boleh membantu mengurangkan masalah salah laku dan sosial murid serta meningkatkan pencapaian akademik mereka.Fokus program ini terbahagi kepada kepada bidang iaitu bidang akademik, bidang Disiplin, dan bidang Pendidikan Pencegahan Dadah. Diharapkan modul ini dapat mencapai misi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat melahirkan modal insan yang seimbang serta memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh selaras falsafah Pendidikan Negara.