Showing posts with label Jan2010. Show all posts
Showing posts with label Jan2010. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.1/2010

TARIKH : 26 JANUARI 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEMBOJA, BPSH

Mesyuarat ini disertai oleh pegawai-pegawai Pengurusan dan Akademik Tingkatan Enam dari 16 buah negeri dan juga pegawai-pegawai dari Bahagian. Antaranya termasuklah dari BPM, BPI, BPTV, BPSBPSK dan BP Khas. Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha-usaha menyelaraskan segala input bagi urusan kemasukan murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010, terutama dari segi penyelarasan pembukaan sekolah saluran dan sekolah pusat Tingkatan Enam. Selain itu memberi perhatian kepada penetapan syarat minimum kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 dengan mengambilkira aspek penggredan baru yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Pihak BPM telah menyediakan satu program untuk menetapkan sekolah saluran (feeder school) dan sekolah pusat bagi murid-murid tingkatan lima tahun 2009. Pengemaskinian maklumat akhir calon SPM 2009 akan dibuat pada akhir Februari untuk memastikan kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 berjalan lancar melalui sistem ‘on-line’.

Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengumpulkan data dan maklumat guru Tingkatan Enam yang telah dilantik dan yang belum dilantik bagi setiap sekolah untuk mempastikan bekalan guru cukup dan mengikut opsyen.

Monday, March 1, 2010

PEMANTAUAN PENEMPATAN GSST Bil 1 / 2010 DAN PROGRAM ORIENTASI KE SEKOLAH


Tarikh : 28 Januari 2010
Tempat : SMK Ayer Molek, Melaka
Bil Ahli : 1 Pegawai BPSH(Menengah) 2 Pegawai JPN Melaka & GSST

Pemantauan Program adalah bertujuan bagi memastikan JPN melaksanakan Program Orientasi di peringkat JPN dan Sekolah. Program ini juga bertujuan memastikan penempatan yang dilaksanakn oleh JPN menepati kehendak Kementerian dari segi pengisian guru mengikut opsyen yang diperlukan oleh sekolah. Pemantauan juga bertujuan untuk penambahbaikan terhadap program orientasi penempatan GSST pada masa akn datang.

Monday, February 22, 2010

PEMANTAUAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH BIL. 1/2010 BAGI NEGERI MELAKA, PERAK, SELANGOR DAN PAHANG


Tarikh : 25 -28 Januari 2010
Tempat : JPN Melaka, Perak, Selangor dan Pahang
Bil Ahli : Seorang Pegawai Bagi Setiap Negeri

Pemantauan Program Orientasi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) adalah bertujuan bagi memastikan dengan semua JPN supaya pelaksanaan Program Orientasi dilksanakan di semua negeri yang menerima penempatan guru baru. Program ini sepatutnya bermula di JPN dan kemuadian di PPD dan seterusnya ke sekolah bagi penempatan guru cberkenaan.