Showing posts with label SPPK. Show all posts
Showing posts with label SPPK. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Tarikh :
1 Jun 2009

Tempat :
PPD Kubang Pasu

Pegawai :
Haji Mohd Anuar b Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)

Abdul Rahim Mohidin
Penolong Pengarah Unit Disiplin

Maklumat:

Pengetua dan Guru Besar Daerah Kubang Pasu telah memberi taklimat pelaksanaan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) pada 1 Jun 2009. Majlis ini telah diadakan di dewan Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu. Selain dari pegawai KPM (BPSH), Tuan Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid dan Encik Abdul Rahim Mohidin, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Kedah, Tuan Haji Mohamed Rafed Ismail turut bersama mendengar laporan dari Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras KPJ Daerah, Puan Hajah Latifah Kassim. Hampir 100 orang Pengetua dan Guru Besar telah hadir di majlis ini.

Berdasarkan kepada laporan yang dibentang, KPJ Daerah Kubang Pasu telah mengendalikan aktiviti mengikut landasan panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Dalam ucapan wakil kementerian, kegiatan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras KPJ Kubang Pasu akan dapat melihat kesannya terhadap pengurangan penglibatan murid-murid sekolah daerah berkenaan sekiranya kegiatan yang dianjurkan berterusan.
MESYUARAT KETUA UNIT HEM, PEGAWAI DISIPLIN JPN DAN PEGAWAI HEM BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM

Tarikh : 2 – 5 Jun 2009
Tempat : Hotel Langkasuka, Langkawi, Kedah
Pengerusi : i) Haji Mohd. Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)

ii) Mohd Fuzi bin Mohd Nor
Penolong Pengarah Unit Disiplin

Latar Belakang :

BPSH Sektor Pengurusan Kanseling dan Disiplin telah mengadakan mesyuarat pertengahan tahun dengan semua Ketua Unit HEM dan Pegawai Disiplin JPN bersama-sama dengan pegawai-pegawai meja HEM Bahagian-bahagian di KPM pada 2 – 5 Jun 2009. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membentangkan dasar-dasar pengurusan disiplin dan laporan kegiatan yang dianjurkan oleh BPSH bagi meningkatkan disiplin murid di sekolah.

Bahagian-bahagian di KPM yang menguruskan sekolah-sekolah masing-masing seperti BPI, BPTV, BPKhas dan SBP & Kluster dilibatkan supaya sentiasa maklum dengan kegiatan yang dikendalikan oleh BPSH dalam usaha peningkatan disiplin murid. Wakil PDRM (Hal Ehwal Awam) Bukit Aman telah turut hadir untuk menyampaikan dasar-dasar pengurusan polis yang melibatkan kes-kes murid sekolah.

Mesyuarat yang telah diadakan di Langkawi pada kali ini telah diingatkan supaya semua pihak sentiasa menghormati protokol, hirarki dan fungsi pengurusan organisasi masing-masing (KPM, PPD dan sekolah) supaya saluran maklumat dapat dilaksanakan dengan kemas, teratur dan lancar. Justeru jaringan kerja akan dapat berfungsi dengan lebih mantap, cekap dan berkesan.


Ketetapan :

. Key Performance Indeks (KPI) bagi masalah disiplin murid perlu dibuat di peringkat JPN. Negeri. Di peringkat KPM, sasaran pengurangan masalah disiplin murid telah ditetapkan kepada pengurangan sebanyak 0.02% pada tahun 2009. Sehubungan itu, semua Bahagian dan JPN. diminta untuk berusaha ke arah pencapaian KPI masing-masing dan sasaran yang ditetapkan perlu disesuaikan dengan KPI di KPM. Sebagai panduan dalam menetapkan KPI di peringkat JPN

· Siasatan dan laporan berkaitan kes disiplin murid. Bagi kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah khususnya yang mendapat perhatian awam dan yang keluar dalam mana-mana media massa termasuk aduan ketidakpuasan ibu bapa dan masyarakat, maka siasatan perlu segera dilakukan oleh JPN. atau PPD. Laporan yang dihantar perlu ada ulasan, pandangan dan tindakan daripada PPD atau JPN. Laporan yang disediakan oleh sekolah perlu dilampirkan bersama. Usaha-usaha dan tindakan ke arah penyelesaian masalah yang disiasat juga perlu dijelaskan dalam laporan tersebut. Kaedah Standard Operating Prosedure (SOP) 1 : 3 : 7 yang ditetapkan oleh KPM hendaklah dipatuhi.

· Semua pegawai yang terlibat dalam pengurusan disiplin murid sama ada di peringkat KPM, JPN. atau PPD perlu memahami dengan jelas akan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM khususnya pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Di peringkat KPM, peraturan baru iaitu Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2008 yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996 telah diangkat kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan penelitian.

· Pemantauan yang kerap di sekolah perlu dilakukan oleh JPN. Negeri khususnya terhadap tatacara hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin oleh pihak sekolah. Untuk itu, nasihat dan bimbingan perlu sentiasa diberi kepada sekolah agar tindakan yang dibuat adalah betul dan tidak mendatangkan isu ketidakpuasan kepada pihak awam khususnya ibu bapa. Ini termasuklah pematuhan Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Beri penekanan terhadap proses keadilan dalam melaksanakan sesuatu hukuman.

· Mesyuarat Post Cabinet Kementerian Pelajaran pada 14 Mei 2009 telah meminta agar pengurusan disiplin murid dilakukan oleh satu bentuk pengurusan lain. Maklum balas yang diterima daripada Bahagian-Bahagian di KPM dan JPN. Negeri adalah agar pengurusan disiplin murid di sekolah dilakukan oleh guru dan meminta agar waktu mengajar guru disiplin dikurangkan kepada maksima 8 waktu, di luar norma dan jadual waktu bertugasnya di susun semula. Untuk itu satu mesyuarat penyediaan kertas cadangan mengenainya akan disediakan pada 17 hingga 19 Jun 2009.

· Selain pengetahuan berkaitan pengurusan disiplin murid dimantapkan kepada kalangan pegawai di KPM. dan JPN, guru disiplin di sekolah juga perlu diberi latihan dan kursus yang berkaitan. BPSH pada tahun 2009 telah memperuntukkan pakej kursus guru disiplin kepada semua negeri. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Tekanan emosi guru-guru disiplin yang telah lama menjalankan tugas tersebut serta yang bertugas di sekolah-sekolah yang agak berisiko perlu diambil kira dalam pengurusan disiplin sekolah. Setiap JPN. Negeri telah diperuntukkan dua pakej untuk kursus pengurusan stress kepada guru tersebut di bawah peruntukan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Selain daripada kursus dan latihan seperti di perkara 10 dan perkara 11, BPSH juga telah menghantar peruntukan kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah untuk program keibubapaan kepada PIBG dan program Pasukan Petugas Anti Ponteng di bawah peruntukan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· BPSH juga telah menghantar peruntukan kepada semua JPN. Negeri untuk program pencegahan jenayah pelajar bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Peruntukan ini juga di bawah program Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Salah satu aspek pengukuhan disiplin murid seperti yang disebutkan oleh YAB. Menteri Pelajaran adalah dengan melibatkan dan memantapkan peranan PIBG. Usaha ini akan diberi perhatian di mana semua daerah akan diberi peruntukan tambahan di bawah peruntukan Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) iaitu NGO yang berada di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM bagi menggerakkan program PIBG tersebut. Jumlah peruntukan tambahan kepada setiap daerah akan diputuskan oleh KPM. Peruntukan khas telah diperolehi oleh MAPAN daripada Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu dan menyokong usaha-usaha Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM melaksanakan program dan aktiviti disiplin murid bagi tempoh 2008-2009. Peruntukan ini diletakkan dalam akaun ATTD di BPSH. Pelancaran program pemantapan PIBG tersebut dicadang dilakukan oleh YAB. Menteri Pelajaran di Parlimen Pagoh pada bulan Julai 2009.

· Mesyuarat pengurusan BPSH telah menetapkan agar ada KPI penghantaran maklumat dan laporan secara berjadual. Pemberian markah kepada JPN. Negeri akan dibuat berdasarkan ketepatan masa penghantaran serta maklumat yang diberi adalah lengkap. Perkara ini adalah atas arahan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi). Dalam aspek disiplin, keselamatan dan perpaduan murid pelbagai kaum, perkara yang dimasukkan adalah penghantaran data SSDM, data maklumat Pengurusan Disiplin Murid (BDP), data Piawaian Kesematan Sekolah, Laporan Pelaksanaan Program Menangani Gejala Disiplin Murid dan data penglibatan murid dalam program RIMUP. Sektor Kaunseling dan Disiplin, BPSH telah menyediakan format KPI tersebut seperti di LAMPIRAN C. Semua JPN. Negeri perlu mematuhi ketetapan tersebut.

· Pegawai Perhubungan Polis perlu diaktifkan dari aspek kehadiran mereka di sekolah. Pihak JPN. Negeri perlu membincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Permuafakatan JPN. bersama PDRM di peringkat negeri. Kehadiran pihak polis di sekolah harus dilihat sebagai membantu pihak sekolah dan bukan menakutkan. Perkara ini juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM pada 17 Mac 2009.

· Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah perlu diaktifkan. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau pelaksanaan program ini di samping membantu sekolah mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

· Pihak PDRM diminta untuk memaklumkan kepada pihak sekolah tentang status kes pelajar yang ditangkap dan didakwa di mahkamah. JPN. Negeri juga diminta untuk sentiasa berhubung dengan PDRM di peringkat negeri bagi membantu sekolah mendapatkan maklumat tersebut.

· Satu mekanisme yang lebih berhati-hati juga perlu diwujudkan oleh PDRM sekiranya ada kes tangkapan pelajar sekolah khususnya ketika waktu persekolahan kerana ia boleh mendatangkan isu kepada masyarakat.

· Semua JPN. Negeri diminta untuk menghantar data SSDM berdasarkan surat siaran KPPM pada 31 Mei 2005. Data tersebut perlu dihantar tiga kali setahun mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Setiap kali kutipan data tersebut akan diadakan mesyuarat bersama JPN. bagi membuat analisa bersama tetang status masalah disiplin murid peringkat negeri dan kebangsaan. Data SSDM yang dipungut hendaklah termasuk daripada SBP&K, SMT dan SMKA.

· Pelaksanaan rintis program Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) di 116 buah sekolah di seluruh negara akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2009. Item-item berkaitan murid-murid istimewa juga perlu dimasukkan dalam sistem tersebut agar pemantauan terhadap salah laku mereka juga dapat dipantau. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau dan membantu sekolah-sekolah berkenaan dalam pelaksanaannya.

· Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM telah meminta BPSH mengenalpasti 10 buah sekolah menengah bagi melaksanakan rintis SSDM Versi Baru (VB) dalam usaha pemantapan sistem tersebut.

· Pelaksanaan rintis program Piawaian Keselamatan Sekolah di 642 buah sekolah di seluruh negara akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2009. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau dan membantu sekolah-sekolah berkenaan sterusnya mendapatkan maklumbalas daripada sekolah berkenaan dari kelima-lima aspek yang akan dipiawaikan. Kelima-lima aspek tersebut adalah Pengurusan Aktiviti Murid, Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana, Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah, Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial dan Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko.

· Hasil rintis Piawaian Keselamatan Sekolah nanti akan diselaraskan dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM supaya instrumen yang sama digunakan dalam pemantauan berkaitan keselamatan sekolah. Ini dapat mengurangkan kekeliruan pihak sekolah seterusnya mengurangkan beban tugas guru yang terlibat.

· Dalam aspek Piawaian Keselamatan Sekolah, elemen yang berkaitan Pendidikan Khas juga akan dimasukkan bagi memantapkan instrumen piawaian tersebut.

· Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) perlu dilaksanakan di peringkat sekolah dan kelompok sekolah seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan pelaksanaannya. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta membantu pihak sekolah sekiranya terdapat permasalahan dalam pelaksanaannya.

· Semua JPN. Negeri perlu menyegerakan penghantaran peruntukan RIMUP di sekolah agar pihak sekolah tidak menghadapi masalah dalam pelaksanaannya. Peruntukan tersebut hendaklah sampai ke sekolah selewat-lewatnya akhir bulan Jun 2009. Laporan pengagihan serta senarai sekolah yang diberi peruntukan tersebut hendaklah dihantar kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Selain pelaksanaan program RIMUP di peringkat sekolah, BPSH juga pada tahun 2009 telah memperuntukkan satu pakej kursus dan latihan kepada guru-guru RIMUP kepada semua JPN. Negeri. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Sejak penstrukturan semula organisasi di KPM, semua Bahagian di bawah TKPPM (Sektor Operasi) di KPM mempunyai Unit HEM masing-masing termasuk Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM. Dalam aspek pengurusan Disiplin Murid , usaha penyelarasan tindakan antara Bahagian-Bahagian terlibat di KPM dan JPN. Negeri perlu dilakukan.

· Mesyuarat mengambil ketetapan bahawa pihak JPN. Negeri hendaklah membantu dan bekerjasama dengan Bahagian-Bahagian terlibat di KPM yang berada di bawah TKPPM (Operasi Pendidikan) dalam menangani permasalahan disiplin murid khususnya bagi sekolah-sekolah selain daripada sekolah harian. Sekolah-sekolah tersebut termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan SABK atau sekolah-sekolah lain yang berada di negeri masing-masing termasuk Sekolah-sekolah Pendidikan Khas.

· Bagi maksud tersebut, satu senarai nama pegawai di JPN. Negeri (di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN.) dan nombor telefon mereka diedarkan kepada semua Bahagian terlibat bagi memudahkan perhubungan (networking) dalam menangani sesuatu isu yang berkaitan disiplin murid.

· Penyelarasan ini penting kerana kuasa-kuasa bagi tatacara disiplin murid di sekolah-sekolah dalam sesebuah negeri adalah di bawah tanggungjawab Pendaftar (Pengarah Pelajaran Negeri). Rujuk Ordinan Pelajaran 1957 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Tambahan pula kebiasaannya Pendaftar Besar (KPPM) lazimnya akan menghubungi Pendaftar (Pengarah Pelajaran Negeri) negeri berkenaan terlebih dahulu bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan kes disiplin di sesebuah sekolah dalam negeri berkenaan.

· Satu mesyuarat dan perbincangan antara BPSH, BPSBP&K, BPTV, BPK, BSSK dan BPI akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyediakan SOP penyelarasan berkaitan tindakan disiplin terhadap murid, khususnya berkaitan tindakan gantung sekolah, buang sekolah serta rayuan bersekolah semula dan penempatan murid yang telah dikenakan tindakan disiplin.

· BPSBP&K, BPTV, BPK, BSSK dan BPI boleh memohon peruntukan di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM daripada BPSH selaku urus setia jawatankuasa tersebut bagi melaksanakan program disiplin murid termasuk latihan guru disiplin di Bahagian masing-masing. Kelulusan jumlah peruntukan yang boleh diberi adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada.


Wednesday, May 27, 2009

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU
2009

Tarikh :16 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat:Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu
Tema:Guru Pembina Negara Bangsa





Pelaksanaan :

Jabatan Pelajaran Terengganu adalah pengelola kepada majlis pelancaran perayaan. Jabatan telah terlibat secara langsung menyelaraskan acara-acara penyampaian hadiah dan anugerah bersempena dengan perayaan. Penyampaian hadiah pertandingan dan anugerah telah disampaikan di majlis makan malam negeri pada15 Mei 2009 di kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu (Seri Iman) dan juga di majlis perasmian perayaan pada16 Mei 2009 di Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam, Kuala Terengganu.

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sempena dengan perayaan dianjurkan pada tahun ini ialah:

i. Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
ii. Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
iii. Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang
iv. Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang
v. Anugerah Guru Inovatif
vi. Anugerah Guru
vii. Anugerah Pengurusan
viii. Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak
ix. Pertandingan Bahas Guru
x. Pertandingan lagu tema perayaan
xi. Forum Pendidikan
xii. Pameran Pendidikan
xiii. Menjunjung Kasih Guru Pedalaman
xiv. Pelancaran buku

Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas dikendalikan oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian. Walaupun begitu majlis makan malam adalah anjuran kerajaan negeri. Pada tahun ini Kerajaan Negeri Terengganu telah membiayai majlis tersebut. Hadiah pertandingan, peraduan (Anugerah Guru Inovatif, Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak dan Pertandingan Lagu Tema), sumbangan (mesin haemodilisis – sumbangan Yayasan Guru Berhad) dan lain-lain anugerah disampaikan di majlis ini. Beberapa buku yang diterbitkan oleh bahagian-bahagian di Kementerian dan JPN telah dilancarkan di majlis yang sama. Diantara buku yang dilancarkan ialah terbitan Jabatan Pelajaran Terengganu (Teachers Lore) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian - Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah dan Rendah. Majlis makan malam ini telah dihadiri oleh YB Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, disamping YAB Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu selaku tuan rumah. Seramai 1,500 orang tetamu terdiri dari pegawai KPM, PPD, Pengetua, Guru Besar dan guru sekolah telah hadir.

Penyampaian hadiah tempat ketiga dan keempat bagi acara Pertandingan Bahas Guru diadakan di pertandingan akhir acara ini di IPG Dato’ Razali Ismail. Manakala johan dan naib johan pertandingan ini (Kategori Bahasa Inggeris – Selangor. Kateogri Bahasa Malaysia – Perlis) menerima hadiah di majlis makan malam. Pembahas terbaik Bahasa Melayu Encik Mohd Faizullah b Buyong dan pembahas terbaik Bahasa Inggeris Puan Noor Munirah Sulaiman menerima hadiah masing-masing di majlis tersebut.

Forum Pendidikan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersempena dengan majlis pelancaran perayaan telah diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman pada 15 Mei 2009 jam 1500. Forum yang berbicarakan tema perayaan (Guru Pembina Negara Bangsa) telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Aziz Deraman. Panel forum ialah YBhg. Tan Sri Abdul Rahman Arshad, YBhg. Dato’ Noor Rezan Bapoo Hashim dan YBhg. Dr. Julaihi Hj Bujang

Pameran Pendidikan dianjurkan bagi memberi ruang guru-guru mempersembahkan kepada masyarakat guru dan umum inovatif-inovatif yang dihasilkan oleh mereka dalam usaha meningkatkan keberkesanan P & P. Pada tahun ini Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd. telah memberi kerjasama mengendalikan pameran. Pameran ini telah dilancarkan oleh YB Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran pada 15 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre (TTC). Sebanyak 150 gerai pameran diadakan. 8 dari gerai ini dikendalikan oleh beberapa bahagian dan jabatan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Majlis ini telah diadakan pada jam 0930 16 Mei 2009 di Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam. YAB Menteri Besar Terengganu dan kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran telah turut hadir di majlis. Majlis telah dihadiri oleh 2,500 orang pegawai KPM, PPD, Pengetua, Guru Besar dan guru sekolah. Penerima Anugerah di majlis ini ialah:

Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan

Dato’ Cg Abdul Rahim Tahir
Encik Phua Seng Tiong
Encik Shahul Hamid Mydin Shah



Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan

YBhg Tan Sri Dato’ Asiah Abu Samah

Anugerah Khas Tokoh Kepimpinan Pendidikan

Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat

Pelaksanaan perayaan di peringkat negeri dan daerah ialah selepas majlis pelancaran perayaan di peringkat kebangsaan. Sekolah hendaklah mengadakan majlis sambutan perayaan pada 16 Mei 2009 atau 17 Mei 2009 (Kelantan, Terengganu dan Kedah). Bagi Pengetua dan Guru Besar yang terlibat dengan majlis pelancaraan di peringkat kebangsaan, boleh menangguhkan sambutan perayaan di peringkat sekolah pada tarikh yang bersesuaian.
Perayaan di peringkat negeri dan daerah pada kebiasaannya akan menganjurkan aktiviti penyampaian hadiah dan anugerah di peringkat masing-masing. Aktiviti kebajikan guru seperti penyampaian sumbangan kepada guru kemalangan, derma darah, gotong royong, membina wakaf dan sebagainya.

PERHIMPUNAN PERPADUAN DAN INTEGRASI PEMIMPIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Tarikh :
21 Mei 2009

Tempat :
Jabatan Pelajaran Johor

Pengerusi :
Encik Abdul Aziz b Redwan
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
JPN Johor

Catatan :

Jabatan Pelajaran Johor selaku tuan rumah kepada Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan 2009 telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola pada 21 Mei 2009.. Perhimpunan ini dijadualkan pada 16 – 20 Ogos 2009 di Johor Baharu. Kali ini penyertaan akan turut melibatkan murid-murid dari negara-negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

Aktiviti yang dianjurkan termasuklah Sukan Rakyat, Jejak Kembara, Gotong Royong dan Khidmat Bakti, Jamuan Teh DiRaja, Apresiasi Seni, Senaman J ROBIK, FESTIVAL Robotik dan Ceramah Perpaduan, bagi menterjemahkan tema perhimpunan kali ini, 1 Malaysia. Seramai 1,060 orang guru dan murid dari seluruh negara akan menyertai perhimpunan pada tahun 2009.

Monday, May 18, 2009

KURSUS PENGAWAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Perkara :
KURSUS PENGAWAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Penganjur :
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh :
27 - 30 Mei 2009

Tempat :
Kompleks, Tabung Haji Pulau Pinang

Kehadiran :
Pengawas sekolah rendah dan menengah

Perasmian :
Tuan Haji Ibrahim bin Mohamad
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang

Seramai 421 orang pengawas dari sekolah rendah dan menengah atas telah menyertai Kursus Pengawas Peringkat Kebangsaan 2009. Kursus ini telah diadakan di Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang. Kursus telah turut disertai oleh murid dari Thailand (Selatan) dan Indonesia (Acheh). Selain dari aktiviti LDK yang menjurus untuk menerapkan keyakinan diri para peserta juga diberi peluang menjelajah tempat bersejarah negeri Pulau Pinang. Kembara yang bermula dengan aktiviti menaiki feri, berakhir di KOMTAR.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Tuan Haji Ibrahim bin Mohamad telah menyempurnakan majlis perasmian kursus. Di majlis penutup kursus, wakil Kementerian Pelajaran (BPSH) memaklumkan bahawa modul latihan pengawas di peringkat sekolah, daerah dan negeri akan dibangunkan bagi membolehkan lebih ramai pengawas sekolah dapat didedahkan dengan ilmu dan kemahiran asas yang dapat membentuk mereka sebagai pemimpin.

Monday, April 27, 2009

Mesyuarat Kali Ke 4 Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009

Mesyuarat Kali Ke 4
Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009

Tarikh : 23 April 2009 jam 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH
Pengerusi : Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mohd Wazir
Pengarah BPSH
Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk memantau status tindakan oleh jawatankuasa kerja dan jawatankuasa pelaksana.

Catatan :

Semua keputusan pertandingan dan anugerah telah diterima oleh pihak urus setia. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua Setiausaha-Setiausaha Perayaan Negeri telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat juga di hadiri oleh YBhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair b. Mohamad Yusof, Pengarah Institut Aminudin Baki, dan Encik James Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.

Acara-acara yang akan dianjurkan sempena dengan majlis pelancaran ialah:
Pameran Pendidikan pada 13 – 17 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre
Bahas Guru pada 15 Mei 2009 (jam 0900) di Institut Perguruan Dato’ Razali Ismail
Forum Pendidikan pada 15 Mei 2009 (1500) di Wisma Darul Iman

Mesyuarat seterusnya menetapkan bahawa:

1. Teks perutusan Menteri dan KPPM hendaklah disediakan pada 30 April 2009. Teks ini perlu disemak oleh Menteri dan KPPM terlebih dahulu bagi mengelak pindaan berlaku pada hari rakaman.

2. Hanya kata alu-aluan Pengarah BPSH sahaja yang diterima oleh JK Buku Cenderamata. JPN Terengganu telahpun menyerahkan draf kata alu-aluan Pengarah negeri Terengganu dan Menteri Besar Terengganu untuk disemak.

3. BTP bersetuju untuk menyerah gerai (booth)nya untuk tujuan pameran kerja hasil inovatif guru yang berjaya menerima Anugerah Inovatif Guru anjuran BPK.

4. Latar pentas cadangan ke tiga diterima dengan pindaan untuk digunapakai sebagai latar pentas Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru 2009.

5. Syarikat Utusan Melayu (Malaysia (Bhd) bersedia untuk merubah rekabentuk kain rentang dan banting supaya lebih bersesuian dengan perayaan.

6. Surat pindaan maklumat acara penyampaian hadiah di majlis pertandingan Bahas Guru dan Majlis Makan Negeri perlu dikeluarkan dengan segera bagi memaklumkan pindaan.

7. Maklumat penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kempimpinan Pendidikan dan Tokoh Khas Kepimpinan Pendidikan perlu disertakan dengan surat makluman rasmi kepada BTP.

8. Format persembahan multi media penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Kepimpinan Pendidikan dan Khas Kepimpinan Pendidikan dipersetujui bagi tempuh 2 minit setiap seorang. Perarakan penerima anugerah hendaklah ditiadakan.

9. Persembahan multi media Perdana Menteri dipersetujui supaya diadakan sebelum ucapan perasmian.

10. Dipersetujui hakim-hakim yang menelai Anugerah Guru KMT dan Pemimpin KMT diberikan saguhati. Kadar saguhati diserahkan kepada pihak urus setia.

11. Jemputan kenamaan untuk acara pameran hendaklah diuruskan oleh pihak urus setia. Pihak pengelola hanya perlu mencadangkannya sahaja.

Tuesday, April 21, 2009

MESYUARAT KETUA SEKTOR SPPK JPN DENGAN SPKD, BPSH


MESYUARAT
KETUA SEKTOR SPPK JABATAN PELAJARAN NEGERI
DENGAN SEKTOR PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN (BPSH)

Tarikh :
15 – 17 April 2009

Tempat :
Hotel Putra Brasmana
Kuala Perlis

Pengerusi :
Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Sektor Pengurusan SPKD (BPSH)

Tujuan :
Selama dua malam Ketua-ketua Sektor telah didedahkan dengan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh SPKD pada tahun 2009 disamping isu-isu semasa pengurusan Adu Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling dan Disiplin. Turut serta dalam mesyuarat ini ialah wakil dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas, dan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Kluster. Beberapa pandangan telah dikemukakan oleh ahli-ahli mesyuarat untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian bagi mempertingkatkan pengurusan murid dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan disiplin. Ketetapan mesyuarat kali ini adalah seperti berikut:

1. JNJK memaklumkan bahawa lantikan kaunselor sepenuh masa tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak JPN. Sekolah terpaksa melaksanakan lantikan dalaman.

2. Kes aduan hendaklah dikendalikan melalui saluran JPN dan PPD supaya maklumat yang diperolehi lebih adalah tepat dalam konteks isu setempat.

3. Bagi membolehkan latihan kepada kaunselor dan Pengetua/Guru Besar dapat dilaksanakan secara meluas, peruntukan OS 29000 hendaklah dibekalkan kepada JPN.

4. Didapati ramai dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar tidak memahami keperluan pelaksanaan kaunseling di sekolah. Banyak kejadian salah faham mengenai dasar pengurusan kaunseling oleh pentadbir sekolah mengganggu kelancaran dan keberkesanan kaunseling dalam mengurus pembangunan murid.

5. Agensi luar perlu menyediakan peruntukan makan, penginapan dan pergerakan guru pengiring dalam merancang kegiatan yang melibatkan murid.

6. Peruntukan yang dibekalkan oleh KPM kepada JPN, PPD dan sekolah untuk maksud kegiatan murid dalam bidang HEM hendaklah dikendalikan secara khusus dan berasingan dari bidang kokurikulum.

7. Peraturan disiplin dalam Akta 550 (Pelajaran) hendaklah dipercepatkan bagi menangani isu disiplin semasa. Peraturan sedia ada (Ordinan Pelajaran 1956, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1957) didapati tidak menepati untuk digunakan bagi penyelesaian isu disiplin hari ini.

8. Aduan-aduan yang diterima oleh KPM disalurkan kepada bahagian dan jabatan berkaitan untuk siasatan. Unit Pendaftaran dan Perhubungan di Sektor Pengurusan Sekolah JPN dijadikan sebagai focal point di negeri. Unit ini juga dijadikan focal point bagi mengumpul dan menyelaras maklumat bencana alam sekolah.

9. Perlu diadakan kajian bagi mengenalpasti dengan tepat faktor-faktor yang menyebabkan murid terlibat dalam kegiatan salahlaku disiplin.

10. Pelaksanaan hukuman rotan perlu dilihat sebagai tindakan mendidik tetapi bukan sebagai hanya sebagai tindakan hukuman.

11. Sekolah diminta supaya melaporkan semua kejadian salahlaku murid. Laporan tidak sepatutnya dijadikan sebagai kelemahan pentadbiran sehingga menjejas prestasi kenaikan pangkat Pengetua dan Guru Besar sekolah berkaitan.

12. Penglibatan murid dalam kegiatan jenayah ialah 0.03%. Hanya 27% murid ini terlibat dalam kegiatan jenayah kekerasan dan selainnya dalam jenayah harta benda.

13. Peruntukan disiplin (Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin) disediakan untuk semua sekolah. Walaupun begitu peruntukan lain (kokurikulum dan sukan) disediakan secara khusus dan berasingan untuk sekolah-sekolah dibawah pengurusan BPI, BSSK dan JP Khas.

14. Pegawai risik polis hendaklah dilibatkan dalam program dan aktiviti latihan literasi undang-undang.

15. Pihak JPN perlu mengadakan mesyuarat dengan pihak MCPF bagi memanfaatkan peruntukan dari pihak berkenaan.

16. Bahagian latihan di kementerian (IAB dan BPG) perlu memberi ruang kepada penerangan mengenai dasar pengurusan semasa dalam bidang seperti disiplin, bimbingan dan kaunseling, kokurikulum, kebajikan murid dan kesihatan.

17. Kursus literasi undang-undang hendaklah juga diberikan kepada pentadbir sekolah, PPD dan JPN.

18. Pegawai kewangan HEM hendaklah dilantik untuk mengawal dan memantau peruntukan-peruntukan yang dibekalkan kepada JPN dalam bidang ini.

19. Pihak JPN perlu jelas berhubung dengan fungsi kaunselor pentadbiran dan kaunselor murid.

20. Kaunselor sekolah tidak perlu berdaftar sebagai pengamal kaunselor kerana mereka berfungsi sebagai guru dan memberi khidmat hanya kepada murid sekolah.

21. Pergerakan guru (kaunselor) ke luar sekolah adalah atas sokongan dan kebenaran Pengetua dan Guru Besar sekolah masing-masing.

22. Panduan bimbing di sekolah rendah perlu diwujudkan secara menyeluruh dan komprehensif supaya guru yang dilantik dapat berperanan dengan lebih berkesan dan berkesinambungan dengan kaunselor di sekolah menengah.

23. Penegasan pelaksanaan bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan juga didedahkan kepada Pengetua dan Guru Besar bagi memastikan program dan aktiviti dapat dikendalikan dengan sokongan penuh di peringkat sekolah.


Friday, March 20, 2009

Mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Sekolah


Mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Sekolah bersama
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia

Tarikh :
12 Mac 2009 jam 2.30 petang

Tempat :
Bilik Mesyuarat Utama KPM

Pengerusi :
YBhg. Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Tujuan :
Mesyuarat bersetuju supaya menangani gejala disiplin di sekolah hendaklah mengguna pendekatan berdasarkan sekolah (school base). Cara dan pendekatan yang digunakan hendaklah merujuk kepada masalah dan suasana setempat. Dijangka tindakan ini akan dapat menyelesaikan apa jua isu yang berkaitan dengan lebih tepat dan berkesan.

Pendekatan gerak gempur ke sekolah-sekolah juga hendaklah dipertimbangkan kerana pendekatan ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar di samping dapat menggembling agensi-agensi penguatkuasaan dan pengurusan setempat secara menyeluruh.

Peruntukan ke Jabatan Pelajaran Negeri telah pun disalurkan oleh KPM (BPSH) bagi membiayai aktiviti kendalian bersama oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan kontinjen PDRM negeri. Peruntukan ini boleh digunakan bagi pembiayaan aktiviti di peringkat negeri, daerah mahupun sekolah.

Penyelesaian gejala disiplin murid di sekolah hendaklah ditangani secara kerjasama oleh semua pihak. Selain dari Kementerian Pelajaran dan PDRM, pihak MCPF juga dilibatkan. MCPF diminta memainkan peranan sebagai penggesa kepada organisasi dan badan yang mempunyai potensi untuk menyumbang kepada penyelesaian isu yang berkaitan. KPM dan PDRM akan merancang dan melaksana tindakan dalam bidangkuasa masing-masing seperti yang diamalkan.

Dimaklumkan bahawa penglibatan murid dalam tingkahlaku jenayah ialah sebanyak 0.03 % dari jumlah keseluruhan populasi murid di sekolah. Didapati bahawa sejumlah 80 % murid yang dikenakan hokum gantung sekolah membuat rayuan untuk bersekolah semula.

Tidak terdapat murid yang terlibat dalam kegiatan jenayah adalah anggota gangster atau bertingkahlaku sebagai gengster. Mereka yang terlibat dalam perlakuan jenayah hanya diklasifikasikan terlibat dalam kegiatan ala gengster.

TAKLIMAT SMART SUPPORT TEAM (SST) DI ZON TIMUR


Tarikh : 10-12 Mac 2009
Tempat : Kuching, Sarawak
Perasmian: Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Bil. Peserta : 30 orang pegawai
PPD dan Kaunselor Sarawak, Sabah dan Labuan

Maklumat Taklimat :
Fungsi SST ialah untuk menenangkan anak-anak yang ditempatkan di pusat penempatan bencana. Anggota pasukan akan mengadakan aktiviti seperti sesi bercerita, bermain, berbincang dan aktiviti-aktiviti lain yang dapat mententeramkan pemikiran dan jiwa anak-anak yang sedang menghadapi trauma bencana.

Diingatkan bahawa anggota pasukan tidak seharusnya memberi perkhidmatan pemindahan mangsa, menyediakan kemudahan, memasak dan sebagainya, kerana tugas seumpama dikendalikan oleh pasukan-pasukan lain. Tumpuan dan prioriti hendakalah hanya kepada anak-anak mangsa.

Anggota pasukan perlu dilantik secara rasmi oleh JPN. Dengan demikian kehadiran bertugas adalah mematuhi peraturan dan syarat jabatan. Perkara ini akan memastikan kebajikan anggota terjamin, dan dalam masa yang sama berhak untuk membuat tuntutan menjalankan tugas dan dilindung sebagai kaki tangan kerajaan yang sedang menjalankan tugas jika berlaku sebarang kemalangan.

MESYUARAT KETUA UNIT HEM JPN BULAN MAC 2009

Tarikh : 10 - 13 Mac 2009
Tempat : Hotel Heritage, Ipoh
Penutup Rasmi: Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)


Tujuan :
Beberapa penbentangan kertas konsep dan makluman dilakukan oleh pegawai-pegawai meja aktiviti BPSH untuk mendapat pandangan dan perakuan oleh Ketua-ketua Unit HEM JPN bagi aktiiti-aktiviti yang akan dilaksanakan sehinga ke bulan Jun. Mesyuarat ini adalah merupakan proses untuk mengemaskankinikan pengurusan di antara BPSH dengan JPN, terutamanya bagi mewujudkan hubungan protokol dan hirarki kedua-dua peringkat pengurusan. Perubahan ini dijangka akan dapat memantapkan aliran maklumat dalam kalangan pegawai yang terlibat di kedua-dua peringkat.

Dalam masa yang sama juga usaha sedang dilakukan supaya aktiviti murid dan guru akan diangkat menjadi kegiatan bertaraf antarabangsa. Setiap aktiviti, dimana yang boleh akan menawarkan penyertaan dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Bagi tujuan melibatkan lebih ramai murid dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kekenterian, maka disarankan supaya perlunya dibangunkan modul pelaksanaan di semua peringkat pengurusan (sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan). Dalam hubungan ini, modul yang dibangunkan perlu mengandungi kandungan teras (ilmu, kemahiran dan nilai) yang sama di semua peringkat penganjuran aktiviti. Dengan demikian murid-murid yang menyertai aktiviti akan mendapat ilmu, kemahiran dan penerapan nilai yang sama jika murid dipilih menyertai mana-mana peringkat.

Thursday, March 5, 2009

MS ISO 9001:2000 PKPS 4

MESYUARAT SEMAKAN MS ISO 9001:2000 PKPS 4
Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Tarikh :
26-28 Februari 2009

Tempat :
Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan

Pengerusi :
Puan Norliza Mohd Noah
Penolong Pengarah BPSH (SPKD)

Peserta :
22 orang pegawai JPN dan Bahagian KPM

Perasmian / Penutup :
Haji Mohd. Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah BPSH (SPKD)

Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk mengemaskini panduan pengurusan aduan dan maklumbalas pelanggan (PKPS 4) disamping untuk memantau tindakan atas isu berbangkit dengan dengan pengurusan Unit Aduan di BPSH (SPKD).

Ketetapan :
Dimaklumkan bahawa pengurusan adu disiplin akan mengguna struktur sedia ada di JPN dan PPD. Walaupun begitu kesefahaman kebanyakan JPN bahawa tugas berkaitan diserahkan kepada Unit Perhubungan di Sekor Pengurusan Sekolah. Di PPD walau bagaimanapun diserahkan kepada pihak pengurusannya untuk menentukan pegawai yang bertanggungungjawab. Surat dari kementerian akan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada JPN akan keperluan melaksanakan adu disiplin dengan teratur dan pasti.

Saranan mengguna SPSS untuk menganalisa data adu disiplin diterima. Dalam hubungan ini para pegawai yang berkaitan perlu dipastikan menguasai ilmu dan kemahiran berkaitan.

Pengurusan di peringkat JPN dan PPD diingatkan supaya mengatur mesyuarat berkala 2-3 bulan sekali bagi memastikan supaya semua aduan mendapat perhatian dan maklumbalas. Pegawai berkaitan dingatkan bahawa maklumbalas yang disampaikan kepada pengadu boleh dalam bentuk maklumat yang lengkap mahupun status tindakan yang telah diambil. Walaupun begitu semua maklumbalas hendaklah mempunyai elemen komitmen dan kesungguhan.

Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan (PKPS 4) disemak semula berdasarkan keperluan semasa. Pindaan-pindaan yang dilakukan didaftarkan supaya dasar pengurusan yang berkaitan dirujuk dalam daftar MS ISO 9001:2000.

JPN Selangor dilantik sebagai pengelola kepada Seminar Adu Disiplin. Seminar ini dicadangkan supaya diadakan pada April 2009. Surat lantikan akan diserahkan bersama dengan waran peruntukan oleh pihak kementerian dalam masa terdekat. Buku Manual Prosidur Pengurusan Aduan akan dilengkapkan untuk tujuan rujukan di seminar ini.

Tuesday, February 24, 2009

HARI GURU 2/2009




Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Guru 2/2009




Tarikh : 24 Februari 2009
Tempat : Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam
Kuala Terengganu
Pengerusi: Dato’ Haji Alimuddin Mohd. Dom
Ketua Pengarah PelajaraN Malaysia

Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai persediaan pelaksanaan majlis pelancaran perayaan Hari Guru 2009, dan dalam masa yang sama untuk mendapat persetujuan berhubung dengan cadangan-cadangan perubahan dasar pengurusan. Mesyuarat telah dihadiri juga oleh Ahli Jawatankuasa Pengelola.

Ketetapan :
Dipersetujui supaya dilibatkan guru dari sekolah-sekolah bandar dan guru yang mengajar di dalam acara Menjunjung Budi Guru Pedalaman. Kumpulan guru ini perlu diberi perhatian kerana jasa mereka tidak kurang besarnya dalam mendidik anak bangsa.

Mengambil maklum bahawa:
Menteri Pelajaran, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah bersetuju supaya tema perayaan tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.

Pertandingan Bahas Guru di peringkat pemilihan pasukan ke pertandingan separuh akhir kebangsaan akan dilaksanakan dalam bentuk karnival di IAB Cawangan Utara, Jitra, Kedah.

Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak anjuran Bahagian Buku Teks diperluaskan penyertaan dengan menambah kategori menengah atas.

Yayasan Guru Malaysia Berhad bersetuju untuk menyumbang sebuah mesin haemodilisis kepada Jabatan Pelajaran Terengganu bagi membantu keperluan warga pendidik yang memerlukan kemudahan peralatan ini. Sumbangan ini adalah bersempena dengan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan di Terengganu kali ini.

Hanya BTP akan membuat rakaman video dan gambar pegun dalam semua acara yang dianjurkan bersempena dengan perayaan. Lain-lain pihak akan hanya membuat rakaman melalui saluran (feed) BTP.

Pelancaran buku-buku yang diterbitkan oleh Bahagian-bahagian di Kementerian dan juga Jabatan Pelajaran Negeri akan dilaksanakan pada majlis jamuan makan negeri (15 Mei 2009). Pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Pelajaran.

Pertandingan lagu tema perayaan hendaklah dilanjutkan tempuhnya supaya memberi ruang untuk mendapat hasil karya yang bermutu. Walaupun begitu keputusan pertandingan perlu diputuskan pada atau sebelum minggu pertama bulan Mac 2009 supaya kumpulan koir dapat membuat persediaan dan mempersembahkan lagu tersebut dengan baik di majlis pelancaran.

Jabatan Pelajaran Terengganu diminta supaya berhati-hati dalam mengendali acara gimik pelancaran terutamanya jika memutuskan mengguna alatan mekanikal (mekantronik). Dicadangkan supaya gimik tersebut menimbangkan juga elemen pelancaran buku (Panduan Standard Guru) yang diterbitkan oleh BPG.

Bilangan jemputan penerima Anugerah Tokoh Guru yang lalu ditambah. Hendklah juga dipastikan supaya kumpulan guru latihan Kirkby College dan Brisnford Lodge dijemput di majlis pelancaran.

Penglibatan Syarikat Utusan Malaysia dalam mengendalikan pameran dan publisiti majlis pelancaran pada dasarnya diterima. Perkara ini akan dirujuk kepada KSU Kementerian Pelajaran bagi tujuan mendapat kepastian dari aspek teknikal kewangan.

KHEMAH KERJA PERPADUAN DAN INTEGRASI MURID PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 (RIMUP)




Mesyuarat Jawatankuasa Pengelalo
Khemah Kerja Perpaduan Dan Integrasi Murid Peringkat Kebangsaan 2009


Tarikh :
16 Februari 2009
Tempat :
Jabatan Pelajaran Melaka
Pengerusi :
Tuan Haji Isa Abu
Pengarah Pelajaran Melaka

Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk melantik jawatankuasa kerja dan menyelaras skop tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan, dan meletakkan dasar-dasar asas pelaksanaan khemah kerja yang akan dikendalikan.

Ketetapan :
Mesyuarat bersetuju supaya khemah kerja akan dianjurkan pada 19 – 23 April 2009. Penginapan seramai 330 orang murid, guru dan urus setia ialah di Ayer Keroh D’ Village Resort. Aktiviti-aktiviti khemah kerja ditetapkan seperti berikut:

· Persembahan kebudayaan
· Latihan Dalam Kumpulan
· Sukan
· Bina pasukan
· Tayangan dokumentari
· Kembara
· Forum
· Ceramah

Pelaksanaan khemah kerja selama 5 hari 4 malam dihasratkan untuk mencapai matlamat untuk membina semangat bekerjasama, bertoleransi dan menghayati erti kepelbagaian masyrakat Malaysia dalam kalangan peserta.

MESYUARAT KONVENSYEN PATRIOTIK REMAJA KEBANGSAAN


Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola 3/2009
Konvensyen Patriotik Remaja Kebangsaan

Tarikh :
17 Feb 2009 jam 9.00 pagi
Tempat :
Putrajaya International Convention Center (PICC)
Pengerusi :
YBhg Dato’ Noor Rezan bt Bapoo Hashim
Timbalan Ketua Penolong Pengarah (SOP)

Tujuan :
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memantau tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan. Selain mendapat laporan status tindakan, mesyuarat telah memperincikan atur cara pelaksanaan konvensyen. DYTM Raja Nazrin Shah telah memberi perkenan untuk menyampaikan Titah Utama di konvensyen kali ini, manakala YAB Dato’ Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri pula bersetuju untuk menutup rasmi konvensyen.

Ketetapan :
Mesyuarat mengambil maklum bahawa jemputan peserta yang terdiri dari pemimpin pelajar IPT, Pusat Latihan, murid sekolah dan pemimpin masyarakat muda seramai 2,500 orang telah dipanjangkan. Seramai 250 orang pegawai-pegawai kanan kerajaan dijemput hadir di majlis Titah Utama DYTM Raja Nazrin Shah dan di majlis perasmian penutup.

Raptai bagi menyelaraskan pengendalian acara-acara majlis Titah Utama dan perasmian penutup konvensyen akan diadakan sehari sebelum hari konvensyen dianjurkan. Mesyuarat diingatkan bahawa tarikh konvensyen ialah pada 26 Februari 2009, justeru raptai akan diadakan pada 25 Feb 2009.

Penyampaian cek bantuan Palestin KPM, surat kepada anak-anak Palestin dan surat kepada pemimpin dunia akan disampaikan di majlis penutup konvensyen. Cek bantuan dan surat-surat ini akan disampaikan kepada YAB Dato’ Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Dipersetujui bahawa YBhg Dato’ Haji Alimuddin Md Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysian akan menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis Titah Utama. YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran akan menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis penutup konvensyen. Kesemua ucapan disediakan oleh BPPDP.

MESYUARAT PENGURUSAN BENCANA

Perkara :
Mesyuarat Pengurusan Bencana
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh : 25 Januari 2009 jam 0930
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja
Pengerusi : Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah BPSH (SPKD)

Tujuan :

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pengurusan bencana yang berlaku di sekolah-sekolah. Setakat ini pengurusan yang kelihatan berstruktur ialah bencana yang berkaitan dengan banjir. Dalam hubungan ini, usaha sedang diambil supaya pengurusan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian berkaitan dengan lain-lain bencana juga perlu diperkemaskan dan berstruktur seperti pengurusan banjir.

Ketetapan :

Mengambil maklum bahawa di kementerian, pengendalian data becana adalah dirujuk kepada Sektor Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin (Unit Disiplin) di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Manakala di Jabatan Pel;ajaran Negeri perkara ini dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Sekolah (Unit Perhubungan).

Dipersetujui supaya pengendalian kejadian bencana yang melibatkan sekolah diuruskan secara berstruktur dan jelas. Dengan ini dicadangkan supaya Jawatankuasa Bencana di tubuhkan di semua peringkat pengurusan (sekolah, daerah, negeri dan kementerian). Penubuhan jawatankuasa ini walau bagaimanapun perlu dirujuk kepada struktur Majlis Bencana Kebangsaan dan Negeri dan Daerah yang diwujudkan dibawah awasan JPM, bagi memastikan supaya tidak berlaku percanggahan dasar.

Jawatankuasa yang ditubuhkan nanti, berperanan menjelaskan ruang lingkup dan batasan peranan pegawai pendidikan dalam mengendali kejadian bencana. Senarai semak atau SOP perlu diterbitkan secepat mungkin untuk tujuan ini.

BPSH (SPKD) telahp;un menubuhkan Smart Support Team (SST) di peringkat negeri. Anggota pasukan kebanyakannya adalah terdiri dari kaunselor sekolah. Pasukan ini diwujudkan untuk tujuan membantu anak-anak mangsa bencana menangani trauma yang dialami oleh mereka. Setiap anggota dilatih dengan kemahiran mengendali aktiviti-aktiviti di pusat-pusat penempatan mangsa bencana, dan dalam masa yang sama juga pihak Mercy Malaysia turut membantu memberi latihan menghadapi bencana kepada anggota.

Dengan pembiayaan UNICEF, pihak kementerian telah menerbit buku kesiapsagaan sekolah menghadapi bencana. Kedua-dua buku sekolah rendah dan menengah telahpun diedarkan kepada pengurusan sekolah.

Penubuhan Jawatankuasa Bencana walau bagaimanapun akan dirujuk kepada pengurusan kementerian sebelum dilaksanakan. Namun begitu senarai semak atau SOP menghadapi bencana akan disediakan sebelum 30 Jun 2009.

Dalam perancangan penubuhan jawatankuasa, dicadangkan supaya perlu juga diambilkira kelengkapan dan peralatan bilik gerakan disediakan, seperti papan kenyataan, walkie talkie, telefon dan lain-lain yang berkaitan supaya apabila perlunya bilik gerakan dioperasikan, maka bilik berkenaan dapat terus berfungsi dengan cepat dan cekap.

Wednesday, February 11, 2009

PROGRAM PEMBANGUNAN MURID DENGAN AGENSI LUAR

Perkara :
TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN MURID DENGAN AGENSI LUAR

Tarikh :
11 Februari 2009

Tempat :
Luang Legar Bilik Mesyuarat Kemboja, BPSH

Pengerusi :
Tuan Haji Zulkifly b. Mohd. Wazir

Objektif :
Menyampaikan Maklumat kepada para jemputan berkaitan :

· Struktur pengurusan aktiviti pembangunan murid di BPSH
· Misi dan objektif pembangunan murid KPM
· Prosidur permohonan kerjasama dan penajaan aktiviti murid
· Syarat dan peraturan mengendali aktiviti yang melibatkan murid

Majlis taklimat telah diadakan pada 10 Februari 2009 di ruang legar perhimpunan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). YBhg. Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah BPSH telah turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan di majlis ini. Selain dari pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (Ketua Unit Hal Ehwal Murid dan Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah), sejumlah 17 buah agensi kerajaan dan bukan kerajaan turut hadir mendengar taklimat. Taklimat ini diadakan dengan tujuan untuk memantapkan hubungan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSH) dengan agensi-agensi luar yang menganjurkan aktiviti pembangunan murid.

Tuesday, February 10, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN





Perkara :
MESYUARAT PENGURUSAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN & JABATAN PELAJARAN NEGERI

Tarikh :
28 - 30 Januari 2009

Tempat :
Bilik Mesyuarat Aman, Muar Traders Hotel, Muar, Johor Darul Takzim

Pengerusi :
1. Tuan Haji Mohd. Anuar Bin Abdul Hamid (Penutup Mesyuarat)
KPP SPPK
2. Puan Norliza Haji Mohd. Noah (Penyelaras Aduan BPSH)

Kehadiran:
Semua Penyelaras Aduan/ Ketua Unit Perhubungan JPN
Objektif :
  1. menyemak semua maklumbalas aduan yang diterima dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pejabat Perkhidmatan Pelanggan KPM dan BPA
  2. menilai pengurusan aduan melalui data dan analisis aduan yang berkaitan dengan JPN dan PPD.
  3. menyediakan maklumat terkini Jawatankuasa Urus Setia Aduan JPN dan PPD
    menyediakan rancangan atau program Tahunan 2009 bagi Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
  4. Menyemak senarai tugas Penyelaras Aduan JPN dan PPD

Ketetapan :
1. Mesyuarat dimaklum Penyelaras Aduan dikebanyakan negeri kecuali Negeri Sembilan, Kelantan, WP Putrajaya, dan Terengganu telah diisi oleh Penolong Pengarah DG41 / Penyelia Kanan DG 34 seperti dalam penstrukturan JPN. Negeri yang masih belum mengisi jawatan tersebut diminta untuk berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi JPN masing-masing agar pengurusan aduan di JPN lebih cekap dan mantap. Diharapkan PPD melantik Penyelaras Aduan dari Sektor Pengurusan Sekolah.

2. Mesyuarat meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian memastikan Maklumbalas Pelanggan di semua peringkat (KPM, JPN dan PPD) diuruskan oleh Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan.

3. Mesyuarat memutuskan agar Urus Setia Pengurusan Aduan JPN dan Urus Setia Pengurusan Aduan PPD dimantapkan mengikut cadangan melantik pegawai-pegawai yang akan menjalankan tugas sebagai pegawai pemeriksa dan penyiasat seperti di lampiran 1. Senarai nama Urus Setia Pengurusan Aduan peringkat JPN (39 orang ) dan PPD (15 orang) perlu dihantar kepada Urus Setia melalui email noli1369@yahoo.com atau adudisiplin@moe.gov.my pada atau sebelum 6 Februari 2009.

4. Mesyuarat dimaklumkan agar JPN dan PPD mengadakan mesyuarat setiap bulan dengan menggunakan Ketetapan Mesyuarat untuk dilaporkan dalam mesyuarat pengurusan JPN dan mesyuarat Pengurusan PPD masing-masing. Bagi mesyuarat antara BPSH dengan JPN akan diadakan dua bulan sekali seperti dalam Takwim BPSH, manakala JPN juga mengadakan mesyuarat berkala setiap dua atau tiga bulan sekali dengan PPD masing-masing.

5. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Buku Manual Prosedur Pengurusan Aduan dan Siasatan perlu dimurnikan segera sebelum Seminar Pengurusan Aduan yang akan diadakan pada 24 Mac 2009 dan akan diedarkan ke semua JPN/PPD. Pemurnian Buku ini akan diadakan secepat mungkin pada awal Februari 2009.

6. Mesyuarat telah mencadangkan penambahbaikan terhadap PKPS 4 dan Prosedur Pengurusan Aduan dan Siasatan berdasarkan teguran yang diterima melalui audit Star Rating dan audit SIRIM yang akan di bawa dalam Jawatankuasa Teknikal MS ISO 9002:2000:
- Aduan Lisan dan bukan lisan dinyatakan sebagai panggilan telefon dan datang sendiri, surat, faksimili, emel, lamanweb dan media. Justeru itu, analisis aduan hendaklah berdasarkan kepada saluran aduan yang diterima
- Buku Rekod Aduan ditukar kepada Sistem Rekod Aduan dalam merekodkan aduan yang diterima daripada pelbagai sumber.
- penambahan ruangan di dalam PKPS 4-2 iaitu ‘saluran aduan’ dan Sumber Aduan’.
- Kategori aduan hendaklah berdasarkan Pindaan Kepada Kategori untuk maksud pelaporan yang diterima oleh agensi-agensi kepada Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) Bil. 1 Tahun 2002

7· Mesyuarat memutuskan satu perbincangan khas diadakan berkaitan PKPS 4 dan Buku Panduan Prosedur Pengurusan Aduan dan Siasatan diadakan pada 25-27 Februari 2009 di Kelantan.

8. Mesyuarat telah mendapatkan kepastian daripada Bahagian Hal Ehwal Korporat bahawa isu yang dilapor mengenai sekolah melalui media cetak atau elektronik juga dikira sebagai aduan. JPN dan PPD yang terbabit diminta untuk segera membuat maklumbalas awal kepada Pegawai Perhubungan KPM dan salinan kepada bahagian KPM yang berkaitan.

9. Mesyuarat diminta untuk menggunakan kod aduan yang diterima mengikut turutan dalam pelaporan PKPS 4.3 seperti contoh Pelaporan dalam Prosedur Pengurusan Aduan dan Siasatan KPM mulai tahun 2009 .

10. Mesyuarat dimaklumkan BPSH telah mengagihkan tanggungjawab mengendalikan aduan mengikut negeri seperti di bawah:
- Pn.Norliza binti Haji Mohd Noah bertanggungjawab bagi JPN Perlis, Melaka, Sarawak, Selangor, Kelantan, Pahang Negeri Sembilan dan Putrajaya
- En. Mohd ‘Ainuddin bin Ibrahim bertanggungjawab bagi JPN Pulau Pinang, Kedah, Perak, Terengganu, WPKL, WP Labuan, Johor dan Sabah

11. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan JPN merupakan Pegawai Penyelaras Bencana di peringkat JPN dan mesyuarat mengenainya akan diadakan pada 12 Februari 2009 di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

12. Mesyuarat dimaklumkan Sistem Adu Disiplin masih digunakan sehingga e-aduan yang dibangunkan oleh BHEK disempurnakan. Semua Pegawai Penyelaras Aduan JPN diminta sentiasa membuka laman web Sistem Adu Disiplin untuk menyemak dan mengambil tindakan bagi setiap aduan terkini yang diterima melalui laman web ini.

13. Mesyuarat berkaitan Pusat Interaksi Pelanggan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan pada 17-19 Februari 2009 di Sherwood Resort Lumut. Pusat Interaksi Pelanggan ini telah pun mula beroperasi di talian hotline 03-77237070 dan diuruskan oleh Vads TM di Menara Vads , Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur. Semua diminta untuk membuat ‘test call’ dan cuba membantu EKP (Eksekutif Khidmat Pelanggan) yang dilantik meningkatkan kemahiran dan maklumat untuk menjawab isu-isu berkaitan pendidikan,

14. Mesyuarat telah membuat ketetapan bahawa semua negeri yang dipertanggungawab menjadi urus setia bagi program yang dirancang untuk tahun 2009 memastikan permohonan pakej dibuat dengan lebih awal. Waran bagi program akan diturunkan kepada negeri berkenaan mulai Mac 2009.

15. Mesyuarat bercadang untuk membuat lawatan ‘benchmarking’ bagi melihat pengurusan aduan sekolah negara lain dan memutuskan JPN Selangor telah dipertanggung jawab untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan bagi lawatan ini.

Thursday, January 22, 2009

Majlis Pengumuman Program "One Malaysia One Voice"



Perkara :
Majlis Pengumuman Pelaksanaan Aktiviti "One Malaysia One Voice" Untuk Gaza

Tarikh :
22 Januari 2009 (Khamis)

Tempat :
Ruang Legar Bilik Mesyuarat Utama Aras 6 Blok E8

Tetamu Kehormat :
Y.Bhg. Dato' Alimuddin bin Hj Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tujuan :
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengumumkan aktiviti-aktiviti sekolah untuk murid-murid meluahkan suara hati mereka melalui "One Malaysia One Voice" terhadap peristiwa yang berlaku di Gaza.

Kempen ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah selama sebulan mulai 20 Januari hingga 20 Februari 2009

Aktiviti "One Malaysia One Voice" di peringkat sekolah :
Pertandingan mewarna dan melukis poster;
Pertandingan menulis esei, puisi dan deklamasi sajak;
Surat kepada pemimpin dunia tentang kedamaian dan keganasan;
Surat kepada anak-anak Palestine menyuarakan simpati memberi semangat;
Seminar, ceramah dan dialog mengenai isu Palestin;
Pengisian Tabung "One Malaysia One Voice" - Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.


Thursday, December 18, 2008

KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2008




19 – 22 Ogos 2008
Kota Baharu, Kelantan

Kursus Kepemimpinan Pengawas Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 19 hingga 22 Ogos 2008 bertempat di SMKA Naim Lilbanat Kota Bharu Kelantan. Tujuan kursus ini ialah untuk:

1. memperkembangkan potensi kepemimpinan dalam diri pemimpin pelajar
2. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepimpinan
3. memperluaskan pengalaman pemimpin pelajar bersama tokoh pemimpin
4. meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab pemimpin pelajar dalam memberi

khidmat sosial kepada komuniti meningkatkan keyakinan dan harga diri pemimpin pelajar

Tema kursus kali ini ialah PEMIMPIN PELAJAR PEWARIS NEGARA. Peserta kursus didatangkan dari seluruh negara. Jumlah peserta yang diperuntukan ialah seramai 800 orang. Mereka adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar sekolah menengah dan rendah.
Kursus telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ibrahim Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 2008 di Dewan Utama Pusat Sumber Pendidikan negeri Kelantan

20 Ogos 2008 ( Rabu 2.00 ptg– 4.30 PETANG)
BENGKEL MENCANTING BATIK

Bengkel ini telah diadakan dengan kerjasama Pusat Kraftangan Kelantan. Peserta didedahkan dengan cara membuat batik. Pada mulanya para peserta diberikan taklimat dan selepas itu setiap peserta diberikan peluang untuk mencanting batik mengikut kreativiti masing-masing. Pada jam 2.20 tengah hari, para peserta berada di Pusat Inovasi Batik. Sebelum aktiviti mencanting batik dimulakan, para peserta diberikan sedikit taklimat oleh pihak Pusat Inovasi Batik. Setiap peserta diberikan satu kain bercorak batik dan diberi peluang untuk mencanting mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai kenang-kenangan, hasil cantingan peserta dibenarkan untuk dibawa pulang.


20 Ogos 2008 ( Rabu 08.00 – 11.00 malam )
CERAMAH CIRI-CIRI PEMIMPIN

Ceramah kepemimpinan ini telah disampaikan oleh En Khalid Bin Wok. Para peserta telah diberikan pendedahan tentang ciri-ciri kepemimpinan yang menjadi idola dan ideal serta perlu diterapkan dalam diri seorang pemimpin. Ceramah ini telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin. Ceramah ‘Ciri-ciri Pemimpin’ yang disampaikan oleh En Mohd Khalid bin Wok atau lebih mesra dengan panggilan “Abah”. Antara ciri-ciri kepimpinan yang ditekankan oleh Abah ialah berdisiplin, berperancangan, berpersonaliti cemerlang, berdaya juang tinggi serta boleh berkomunkasi dengan baik. Bakal pemimpin juga perlu mempunyai prinsip yang teguh, bersikap keizen, dan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.


21 Ogos 2008 ( KHAMIS 8.00 – 10.00 pagi )
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

Bengkel ini telah dikendali oleh YM Raja Zulkifli. Para peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik dan cara pengucapan awam serta skil yang diperlukan. Kemudian setelah diberikan input secara teoritikal, para peserta dikehendaki untuk menggunakan teori yang telah dipelajari dengan mempraktikkannya dalam pengucapan mereka. Para peserta diberikan masa untuk memberikan ucapan secara spontan dalam bengkel tersebut.

21 Ogos 2008 (Khamis 10.30 pagi – 12.30 tengahari)
FORUM KEPEMIMPINAN

Forum ini telah dikendalikan oleh Tn Hj Nik Mat Bin Nik Lib. Ahli panel adalah terdiri daripada Tn Hj Khairul Anuar iaitu Pengetua SMK Chabang Empat Tumpat, En Abdul Rashid Zakaria, Kaunselor SMKA Tok Bachok dan Saudari Amirah Abdul Aziz Tokoh Pelajar 2008 Peringkat Kebangsaan. Forum ini memberi banyak input bagi menjana potensi ke arah menjadi pemimpin yang berwawasan, berketerampilan dan mempunyai jati diri unggul.

21 Ogos 2008 (Khamis 2.30 ptg – 5.00 petang)
EKSPLORASI MINDA


Para peserta diagihkan dalam kumpulan seramai 20 orang setiap kumpulan. Mereka dikehendaki berjalan di bandar Kota Bharu dan perlu melalui 5 check point yang telah ditetapkan. Sepanjang perjalanan untuk ke setiap check point setiap kumpulan dikehendaki melaksanakan tugasan yang diberikan. Check point satu adalah di Stadium Sultan Muhd Ke 4, check point dua adalah di Pasar Siti Khadijah, check point 3 adalah di Bazar Buluh Kubu, check point 4 adalah di Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan dan check point 5 adalah di Pasar Raya Kota Bharu (KB Mall).

21 Ogos 2008 (Khamis 9.00 – 11.00 malam)
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ishak Bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan. Dalam majlis ini Ketua Sektor telah menyampaikan penghargaan kepada semua kontinjen yang telah menyertai kursus. Beliau mengharapkan semoga hubungan yang terjalin akan terus berkekalan. Majlis penutup ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan cendarahati kepada semua peserta dan juga guru-guru serta pegawai pengiring.


Tuesday, December 16, 2008

SEMINAR PENUBUHAN MAJLIS PERMUAFAKATAN

14 – 16 November 2008
Terengganu.

Kementerian Pelajaran Malaysia (Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, Kementerian Pelajaran) telah menganjurkan Seminar Penubuhan Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah (MPPD) Peringkat Kebangsaan pada 14 – 16 November 2008 di Dewan Besar, WismaDarul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 350 orang peserta menghadiri seminar tersebut. Peserta seminar terdiri dari Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negara, YDP PIBG (seorang setiap daerah), pegawai-pegawai dari Bahagian-Bahagian KPM dan Pengarah Pelajaran Negeri. Jumlah ini juga termasuk pegawai-pegawai agensi luar sebagai panel forum.

Allahyarham YB Dato’ Haji Ghazali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan seminar pada 15 November 2008 dan seterusnya menutup rasmi seminar tersebut pada 16 November 2008. YBhg. Dato’ Haji Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah membentang kertas Konsep Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah (MPPD)

Para peserta seminar berpendapat bahawa Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah (MPPD) sangat penting dalam usaha Kementerian Pelajaran untuk memantapkan Sistem Pendidikan Negara dan mencapai matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Peranan Pegawai Pelajaran Daerah ditingkatkan supaya menjadi tunggak MPPD dalam usaha menangani isu pendidikan dari aspek kokurikulum, akademik, kesihatan dan keselamatan, hal ehwal murid serta kebajikan guru.

Seminar menyedari dan memperaku bahawa untuk membangunkan modal insan dan menangani masalah murid merupakan tanggungjawab bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah, PIBG, PDRM, pihak swasta dan pihak yang berkepentingan dalam pendidikan. Para peserta dengan demikian menerima supaya resolusi seminar menyatakan persetujuan berikut:

* Menyambut baik dan menyokong penuh penubuhan dan pelaksanaan fungsi MPPD
* Semua pihak yang terlibat dengan Jawatankuasa MPPD perlu memainkan peranan penting
secara aktif dan proaktif untuk mencapai matlamat dan objektif penubuhan MPPD
* MPPD akan berusaha untuk memperkasakan PIBG supaya dapat memberikan sumbangan dengan lebih berkesan dan bermakna
* Penubuhan dan pelaksanaan MPPD tidak dipolitikkan dan ada pemantauan secara berterusan;
* Menjemput dan menggunakan khidmat bekas murid, tokoh dan pemimpin masyarakat setempat serta ibu bapa yang berkepakaran dan berkemahiran untuk memberikan sumbangan dalam program pendidikan yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah;.
* MPPD akan memastikan agar PIBG merangkumi sekolah menengah dan rendah diwakili dan keanggotaan MPPD dibuka kepada pihak lain yang berkepentingan dalam pendidikan termasuk JKKK dan juga pihak swasta ;
* MPPD mengalu-alukan persetujuan PDRM untuk sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan pelbagai program untuk menangani gejala sosial dalam kalangan pelajar sebelum terlibat dengan kes-kes jenayah yang lebih berat.