Showing posts with label Oktober2011. Show all posts
Showing posts with label Oktober2011. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

MAJLIS PERASMIAN PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT BAGI SESI JANUARI 2012






Tarikh : 18 Oktober 2011
Tempat : Ballroom Dynasty Hotel, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 120 Peserta ( Menengah, Rendah dan Pra Sekolah)
VVIP : En Ismail Bin Kalam ( Timbalan Pengarah (Sekolah)

Majlis perasmian bengkel kerja penyelarasan pertukaran dan penempatan semua guru antara negeri dan bahagian-bahagian KPM bil 2/2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Majlis ini adalah merupakan program pertama Timbalan Pengarah sekolah bersama dengan semua JPN seluruh negara bagi urusan pertukaran dan penempatan semua guru. Pertukaran pada kali ini merupakan pertukaran yang mengendalikan lebih ramai pemohon berbanding dengan pertukaran yang dilaksanakan sebelum ini di mana jumlah permohonan sahaja mencecah 45900 permohonan bagi seluruh negara bagi pertukaran antara negeri, pertukaran dalam negeri , pertukaran dalam daerah dan pertukaran dalam bahagian dan antara bahagian KPM.

Saturday, October 15, 2011

MESYUARAT PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT ANTARA NEGERI BAGI SESI JANUARI 2012



MESYUARAT PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN KPM BAGI SESI JANUARI 2012





Tarikh : 12 - 14 Oktober 2011
Tempat : Hotel Heritage, Ipoh Perak
Bil Ahli : 25 Orang ( Semua Bahagian Sektor Operasi)



Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras pertukaran yang melibatkan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran bagi sesi Januari 2012. Penyelarasan ini perlu dilaksanakan bagi tujuan mengelak pertindihan kerja yang banyak jika dilaksanakan bersama dengan semua JPN seluruh negara. Penyelaran ini hanya khusus kepada yang melibatkan permohonan dalam bahagian masing-masing dan pertukaran yang melibatkan antara bahagian yang berbeza dan termasuk permohonan bersama yang melibatkan antara dua bahagian yang berbeza. Mesyuarat berjalan lancar dan dapat menyelesaikan sebahagian besar permohonan pertukaran yang melibatkan bahagian-bahagian di KPM.

Thursday, October 6, 2011

Mesyuarat Pra Pertukaran Sektor Pengurusan Sekolah Menengah KPM bagi Sesi Jan 2012

Tarikh : 5 Oktober 2011
Masa 3.00 Petang
Tempat : Pantry SPSM
Bil Ahli : semua Pegawai SPSM

Mesyuarat adalah bagi menyelaras dari segi pelaksanaan pertukaran termasuk semua aspek yang berkaitan dengan pertukaran. Pembahagian tugas kepada semua pegawai mengikut negeri-negeri tertentu bag melaksanakan proses kelulusan. Selain itu beberapa kriteria asas sebagai panduan bagi membuat keputusan di perjelaskan oleh Super Administrator En Harris Yahaya selaku penyelaras Sistem Pertukaran Guru.


Tuesday, October 4, 2011

TAKLIMAT / BENGKEL PELAKSANAAN E-OPERASI DI SEMUA SEKOLAH TEKNIK DAN VOKASIONAL SELURUH NEGARA BERSAMA PENOLONG KANAN SMT/V 2011

Tarikh : 04 Oktober 2011
Tempat : Eagle Ranch Resort, Port Dickson
Pegawai Terlibat : Zanol Bin Haji Awang
VVIP : Timbalan Pengarah BPTV

Taklimat berhubung dengan pelaksanaaan e-Operasi bagi semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional seluruh negara. Taklimat adalah bagi memberi penekanan kepada semua sekolah SMT/V seluruh negara bagi melaksanakan aplikasi e-Operasi bagi semua sekolah dibawah kawalan BPTV. Taklimat ini penting bagi memberi penjelasan kepada semua pentadbir SMT/V bagi memberi penjelasan kepada semua sekolah dan guru dibawah kawalan mereka. Pelaksanaan e-operasi adalah merupakan aplikasi yang baru bagi semua SMT/V .