Showing posts with label Mei2010. Show all posts
Showing posts with label Mei2010. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

MESYUARAT PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN-BAHAGIAN SOP BAGI SESI JUN 2011 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh : 5 - 6 Mei 2011

Tempat : Biik Mesyuarat Kemboja, BPSH

Bil Ahli : 20 Orang ( Semua Bhg-Bhg SOP)



Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras pertukaran antara bahagian-bahagian Sektor Operasi KPM yang memohon untuk bertukar ke bahagian-bahagian lain di KPM atas keperluan perkhidmatan dan sebagainya. Semua permohonan telah di proses dan telah meluluskan 44 guru dari bahagian-bahagian lain KPM ke Sekolah dibawah kawalan BPSH., manakala guru dari sekolh-sekolah di bawah BPSH ke bahagian-bahagian lain di KPM dibawah sektor Operasi pendidikan seramai 54 orang.

Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN AKADEMIK TINGKATAN ENAM BIL.1/2010

TARIKH : 4 MEI 2010
TEMPAT : JPN WP PUTRAJAYA

Mesyuarat kali ini dijalankan di Pejabat Pelajaran Putrajaya untuk menjimatkan peruntukan. Dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Akademik dari setiap JPN dan telah dipengerusikan oleh KPP SPSM, BPSH, KPM.
Mesyuarat telah berkisar kepada analisis keputusan STPM 2009 dan pelunjuran prestasi akademik 2010 - 2014 yang akan dibentangkan oleh setiap negeri.
a. Peratus calon lulus penuh STPM 2009 peringkat kebangsaan 94.62% dengan
pencapaian PNGK 2.27 diikuti analisis pencapaian negeri.
b. Bilangan dan Peratusan Calon Sekolah Kerajaan Yang Lulus Penuh Dalam
Peperiksaan STPM 2009 Mengikut Bilangan Prinsipal adalah:-

5P = 4,106 calon (8.69%)
4P = 19,811 calon (41.92%)
3P = 9,091 calon (19.24%)
2P = 6,632 calon (14.03%)
1P = 5,108 calon (10.81%)
c. Analisis Mata Pelajaran Terbaik STPM Yang Ditawarkan Mengikut Pencapaian
Peringkat Kebangsaan.

Perkara-perkara lain yang dibincangkan adalah Laporan MUET 2002-2006, Program Peningkatan Prestasi STPM Tahun 2010 oleh JPN, Pakej Mata Pelajaran,Tugas Pegawai Akademik Tingkatan Enam dan Peruntukan Program Tingkatan Enam.

Tuesday, June 1, 2010

LAWATAN DAN PEMANTAUAN PENEMPATAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM ORIENTASI GURU BARU DAN VERIFIKASI DATA OPMEN DAERAH CAMERON HIGHLAND




Tarikh : 27 Mei 2010
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Smk Ringlet dan Smk Sultan Ahmad Shah
Bil Ahli : 3 Pegawai KPM, JPN Pahang dan PPDM Cameron Highland

Lawatan pemantauan adalah bertujuan bagi membuat pemantauan pelaksanaan program KPM di sekolah menengah daerah cameron highland bagi memastikan pelaksanaan adalah mengikut perancangan yang telah dipi]utuskan di peringkat KPM. Tujuan utama pemantauan ilah bagi memastikan JPN melaksanakan progrm yang di cadangkan oleh KPM di semua sekolah di KPM dalam urusan:

a. Pelaksanaan Program Orientasi Guru Baru
b. Verifikasi dan Pelaksanaan data OPMEN di peringkat sekolah sepenuhnya.

Pemantauan telah berjaya mendapat maklumat terus dari sekolah dan guru baru terbabit bagi tujuan penambahbaikkan program pada masa akan datang. Lawatan adlah berjaya dan sangat membantu sektor menengah KPM bagi penambahbaikkan program pada masa akan datang.

Friday, May 28, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA OPMEN BIL. 2/2010 ZON UTARA


Tarikh : 31 Mei - 1 Jun 2010
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP)Kedah
Ahli : 2 Pegawai KPM dan Pegawai Data Kedah, Perlis dan Pulau Pinang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi penyelarasan kutipan data April 2010 bersama KPM bagi zon utara, penyelarasan mengikut zon dilaksanakan bertujuan menjimatkan kos memandangkan tiada kos bagi melaksankan kutipan secara berpusat seperti sebelum ini. Penyelarasan kutipan dan verifikasi data opmen secara zonjuga dapat membantu negeri membuat semakan dengan lebih efektif dan brkesan.

Monday, May 24, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 2/2010 ZON TIMUR


Tarikh : 25 - 27 Mei 2010
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highland
Urusetia : JPN Pahang
Bil ahli : 10 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan kutipan dan verifikasi data bersama dengan JPN bagi data berakhir 30 April 2010. Penyelarasan data kali ini dilaksanakan secara zon( zon timur/Pahang, zon tengah/BPSH, zon utara/Kedah dan zon SQL/Miri). Penyelarasan mesyuarat dibuat secara zon bagi mengurangkan kos pengurusan bahagian. walaubagaimana pun selepas penyelarasan peringkat zon satu mesyuarat Verifikasi peringkat KPM akan dilaksanakan bersama mesyuarat ketua unit menengah.

MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONALISME PKPSM BIL.2/1010



TARIKH : 14 – 16 MEI 2010
TEMPAT : BUKIT GAMBANG RESORT, KUANTAN, PAHANG
PESERTA MESYUARAT : AHLI JAWATANKUASA PKPSM KEBANGSAAN

PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN ;

1. PERSEDIAAN PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PKPSM KALI KE-49 DI KOTA BHARU, KELANTAN PADA 22 -24 JUN 2010
2. PENYEMAKAN AKHIR DRAF MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH UNTUK MAJLIS PELANCARAN DI KOTA BHARU
3. PERBINCANGAN ISU-ISU PENGURUSAN PENDIDIKAN
4. PERBINCANGAN PELAKSANAAN NKRA BIDANG SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DAN GANJARAN BARU
5. AKTIVITI BIRO PROFESIONAL, DOKUMENTASI DAN SOSIAL & LAWATAN
6. MENGHADIRI FORUM PENDIDIKAN DAN PAMERAN PENDIDIKAN SEMPENA HARI GURU
7. MENGHADIRI PERASMIAN PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, GAMBANG, PAHANG

Thursday, May 20, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih(GSST) Bil 2/2010


Tarikh : 18 - 19 Mei 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam, SPSM
Bil Ahli : Semua Pegawai SPSM

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan penempatan bagi semua calon Guru sandaran Siswazah Terlatih (GSST) bil.3 / 2010 yang bekalan dari Institut Pendidikan Guru dari seluruh negara seramai 170 orang graduan Tesl dan 76 orang graduan Program Pelajar Cemerlang. GSST ini ditempatkan diseluruh negara mengikut keperluan Jabatan Pelajran Negeri masing-masing dan keutamaan diberikan kepada pengisian di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman.

Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Kewangan Tambahan Bajet Bagi Penempatan, Pertukaran dan Redeployment Bagi Sektor Operasi Pendidikan(SOP)

Tarikh : 18 Mei 2010
Masa : 9.00 am - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam. SPSM

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan peruntukan bajet tambahan kewangan bagi penempatan, pertukaran dan redeployment bagi tahun 2010 bersama dengan bahagian-bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan(SOP). Semua bahagian-bahagian di bawah SOP hadir dan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lancar. Perbincangan dan penyelarasan dibuata adalah berdasarkan anggaran peruntukan yang diberi, dan telah dipanjangkan kepada sektor kewangan BPSH untuk tindakan.

Wednesday, May 12, 2010

MESYUARAT PERTUKARAN BERPUSAT GURU ANTARA NEGERI BAGI SESI JUN 2010 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Tarikh : 12 - 14 Mei 2010
Tempat : Hotel Gold Course, Kelang Selangor
Bil Ahli : 120 Orang ( Sektor Men&Ren Semua JPN dan Pegawai KPM)

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan pertukaran guru antara negeri dan bahagian-bahagian KPM bagi sesi Jun 2010. Proses pertukaran guru pada sesi Jun 2010 lebih terhad kepada kes-kes kritikal dan keperluan perkhidmatan. Proses pemilihan guru masuk telah dilaksanakan oleh semua JPN sejak permohanan pertukaran guru dibuka, pra pemilihan ini menjadi draf kepada KPM dan Jawatankuasa Pertukaran guru membuat pemilihan dan semakan untuk menentukan pertukaran adalah mengikut ketetapan dan garis panduan yang telah dipersetujui bersama.

MESYUARAT PRA PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI JUN 2010

Tarikh : 10 - 12 Mei 2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang Selangor
Bil Ahli : 10 Orang Pegawai SPSM,BPSH

Mesyuarat adalah bertujuan membuat semakan dan pemilihan bagi pertukaran guru antara negeri bagi sesi Jun 2010. Memandangkan peruntukan kewangan yang terhad bagi proses pertukaran maka Sektor Pengurusan Sekolah Menengah,BPSH telah mengambil inisiatif menyelaraskan dahulu pertukaran bagi semua negeri bersama Jawatankuasa Pertukaran yang telah ditetapkan. Pemilihan awal bagi pra pertukaran dipilih berdasarkan pemilihan secara online oleh negeri masuk dan semakan/pemilihan semula dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pertukaran mengikut negeri di SPSM dan membuat pembentangan kepada KPP dan KU menengah selepas pemilihan dibuat.