Showing posts with label Feb09. Show all posts
Showing posts with label Feb09. Show all posts

Friday, February 27, 2009

PERSIDANGAN MPKK DAN MAJLIS ANUGERAH PELANTIKAN PENGETUA CEMERLANG DG52(KUP) BAGI ZON SABAH DAN SARAWAK


Tarikh : 11 Februari 2009
Tempat : Merdeka Palace. Kuching Sarawak
Penerima Anugerah : 23 Sarawak dan 14 Sabah

ANUGERAH INI DISEMPURNAKAN OLEH Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BT. BAPOO HASHIM, TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN PADA 11 FEBRUARI 2009 DI BALAI MERDEKA, HOTEL MERDEKA PALACE, KUCHING, SARAWAK.

MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONALISME PKPSM BIL. 1/2009


TARIKH : 16 – 18 FEBRUARI 2009-02-25
TEMPAT : HOTEL CITRUS, KUALA LUMPUR
PESERTA MESYUARAT : AHLI JAWATANKUASA PKPSM KEBANGSAAN

PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN ;

1. PERSEDIAAN PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PKPSM KALI KE-48 DI PULAU PINANG PADA 25 -28 MEI 2009
2. PENYEMAKAN MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH
3. PERBINCANGAN DENGAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TENTANG KENAIKAN PANGKAT PENGETUA
4. PERBINCANGAN AKTIVITI BIRO PROFESIONAL, DOKUMENTASI DAN SOSIAL & LAWATAN

MESYUARAT PENINGKATAN AKADEMIK BERSAMA PEGAWAI AKADEMIK MENENGAH DAN RENDAH (MATEMATIK & SAINS) PERINGKAT JPN 2009



















Sektor Pengelola: Unit Akademik, Sektor Pengurusan Sekolah Rendah

Tarikh: 24 hingga 26 Februari 2009

Tempat: Air Keroh D'Village Resort, Melaka

Bil. Peserta: 48 Orang

Mesyuarat melibatkan pegawai-pegawai Matematik dan Sains dari bahagian-bahagian KPM seperti BPG, JNJK, BPK,LPM dan BPSH di semua JPN yang terdiri daripada KPP, PP, Penyelia dan beberapa PPD terpilih.

Tujuan:

- Menyelaraskan tugas dan skop tugas Pegawai Sains dan Matematik di peringkat JPN dan PPD

- Menyelaraskan pemantauan PPSMI di peringkat KPM, JPN dan PPD dari semua aspek untuk mengelakkan pertindihan dari segi tugas dan kepegawaian.

- Mengadakan bengkel dan perkongsian pintar di antara semua negeri dalam memastikan semua perjawatan baru di JPN yang diluluskan dapat digunakan sepenuhnya.


Thursday, February 26, 2009

MESYUARAT PROFESIONALISME KETUA UNIT SEKOLAH RENDAH JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KPM BIL. 1/2009

Sektor Pengelola: Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
Tarikh: 25 hingga 27 Februari 2009
Tempat: Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Bil. Peserta: 20 Orang

Tujuan:
a) Menyelaraskan maklumbalas isu-isu sekolah rendah seluruh negara
b) Penyelarasan kaedah kemasukan data ABM yang oleh BPSM mengikut negeri/JPN
c) Penyelarasan pelantikan Administrator e-GTukar di peringkat PPD mengikut negeri
masing-masing
d) Isu-isu berkaitan ABM 2009
e) Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih pada Januari 2009
f) Program Orientasi Guru Baru Sekolah Rendah
g) Persediaan menghadapi proses Pertukaran Antara Negeri (Jun 2009)

Wednesday, February 25, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DATA GURU SEKOLAH RENDAH MENGIKUT JENIS SEKOLAH DAN OPSYEN BIL. 1/2009


Mesyuarat telah diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 23 hingga 26 Februari 2009. Mesyuarat dipengerusikan oleh KU Sektor Pengurusan Sekolah Rendah dan seramai 38 orang Pegawai Data JPN telah menghadiri mesyuarat ini yang dikelolakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah Rendah.
Tujuan:
- Penyelarasan Data Sekolah Rendah di semua JPN mengikut jenis sekolah dan opsyen
- Mengumpul data terkini kedudukan guru sekolah rendah seluruh negara seperti pada 31 Januari 2009 bagi tujuan penempatan dan pertukaran guru Julai 2009
- Data juga bertujuan bagi menjawab soalan-soalan berbangkit mengenai guru di Dewan Parlimen
- Membincangkan penambahbaikan penggunaan DOSR (Data Operasi Sekolah Rendah) versi baru agar dapat diselaraskan dengan OPMEN (Data Operasi Sekolah Menengah)

Monday, February 23, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 1/2009 BPSH BERSAMA BHG-BHG KPM DAN JPN


Tarikh : 23 - 26 Februari 2009
Tempat : Putra Brasmana, Kuala Perlis. Perlis
Bil Ahli : 45 Orang ( KU Men, Pegawai Data Bhg-Bhg KPM dan Pegawai Data Negeri )

Mesyuarat ini adalah bertujuan membuat penyelarasan data operasi BPSH ( Men ) bersama dengan Bahagian-Bahagian KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri seluruh negara. Mesyuarat ini akan diadakan secara berkala iaitu sebanyak empat kali setahun ( 31 Januari, 30 April, 31 Julai dan 31 Oktober ). Penyelarasan data ini perlu bagi mendapat maklumat terkini di semua JPN bagi tujuan pengisian jawatan, kekosongan jawatan, lebih kurang guru mengikut negeri, mengikut opsyen dan sebagainya. Data pengisian guru perlu terkini bagi tujuan Penempatan dan juga Pertukaran guru mengikut negeri. Selain itu maklumat-maklumat lain perlu dimaklumkan pada negeri mengenai :
i/. Pergerakan Guru ke Bahagian-Bahagian lain KPM
ii/. Penempatan PKPG sepanjang 2009
iii/. Penempatan KSPK tahun 2009
iv/. Pertukaran guru pada Januari 2009
v/. Rayuan Pertukaran guru bil 1/2009
vi/. ABM Perjawatan 2010 ( B41 )
vii/. Maklumat pengisian jawatan tingkatan 6
viii/.Pengisian pengetua gred DG44 - DG54 dan JUSA
ix/. Data Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan

Thursday, February 19, 2009

Mesyuarat EXCO PgNPQH Bersama Timbalan Pengarah IAB

Tarikh : 20 Februari 2009 (Jumaat)
Tempat : IAB Induk, Genting Highlands.

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menentukan agenda bagi Perbincangan program bersama IAB dengan PgNPQH

Mesyuarat AJK Induk PgNPQH 1/2009

Tarikh : 3-5 Februari 2009
Tempat : Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Bil Ahli : AJK Induk PgNPQH

Mesyuarat telah memutuskan untuk membuat tindakan berikut;
a) Menyediakan Kertas Konsep Laluan Kerjaya Graduan NPQH untuk diserahkan kepada KPPM.
b) Menyediakan Kertas Kerja Untuk Penubuhan Persidangan Graduan NPQH Peringkat Negeri yang akan dibentangkan kepada semua Ketua Unit Menengah, Jabatan Pelajaran Negeri.
c) Menyediakan Kertas Kerja Program Kerjasama PgNPQH dengan IAB iaitu sempena 30 tahun IAB.
d) Menyediakan Rancangan Strategik 5 Tahun PgNPQH.
e) Menyediakan Soal Selidik Maklum Balas Keberkesanan Kolokium Kembara yang telah diadakan.
Diharapkan semua tindakan yang akan dilakukan oleh PgNPQH akan mendapat sokongan dan kerjasama semua Graduan NPQH dan dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah.

PERSIDANGAN PENGURUSAN PROFESIONALISME & ANUGERAH PENGETUA KANAN DG52 ZON SABAH DAN SARAWAK

Tarikh : 10 - 12 Februari 2009
Tempat : Merdeka Palace, Kuching Sarawak
Bil Ahli : Semua Ajk MPKK

Persidangan Pengurusan Profesionalisme MPKK dan Majlis Anugerah Pelantikan Pengetua Kanan (DG52 KUP) Zon Sabah dan Sarawak. Persidangan Pengurusan Profesionalisme MPKK dan Majlis Anugerah Pelantikan Pengetua Kanan DG52 bagi Zon Sabah dan Sarawak, sesi 2009.

Mesyuarat Runding Cara e-WPK



Perkara :
Mesyuarat Runding Cara e-WPK

Tarikh :
19 Februari 2009 (Khamis)

Tempat :
SBPI Gopeng

Ahli Mesyuarat :
Tn Hj Mustafa bin Sidi, KPP PKICT
En Dzulkifli bin Mohd Supin, Pengetua SBPI Gopeng
Hj Nor Azam bin Abdullah, Pegawai Bajet BPSH

Agenda :
Mesyuarat ini membincangkan Sistem e-WPK yang dibangunkan untuk tujuan pelaporan status perbelanjaan Waran Peruntukan Kecil di peringkat JPN, PPD dan PTJ.

Program ini telah dibangunkan beberapa tahun lalu. Namun hanya negeri Selangor yang menggunakannya secara meluas.

BPSH berpendapat bahawa sekiranya sistem ini benar-benar diaktifkan, pelaporan e-WPK dan JPKA akan dapat diselaras dengan lebih teratur, cepat dan tepat.

Wednesday, February 18, 2009

Kursus Kewangan Dalaman



Perkara :
Kursus Dalaman Pengurusan Kewangan dan Akaun Unit Kewangan

Objektif :
  1. Memantapkan urusan kewangan dan perkaunan BPSH
  2. Pergerakan staf unit kewangan memerlukan staf yang baru mengambil tugas mendapatkan pengetahuan dan kemahiran secepat mungkin daripada staf yang menjalankan tugas berkenaan sebelum ini. 

Tarikh :
10-12 Februari 2009

Tempat :
Makmal Komputer BPSH

Kehadiran :
Semua pegawai dan staf Unit Kewangan BPSH dan BPSBPSK 

Penceramah / Pengisian :
  1. En Zulbahari Ab. Rahman - Penyediaan Pesanan Tempatan Melalui Sistem e-Perolehan 
  2. Pn Azilah Abdullah - Pengurusan Gaji, Elaun Lebih Masa dan Pakaian Istiadat
  3. Pn Norhazamimi Baharuddin - Proses Tuntutan Perjalanan, Penceramah, Pertukaran Staf

Perasmi Penutup :
Y.Bhg Tuan Hj Zulkifly bin Mohd Wazir
Pengarah BPSH

Tuesday, February 17, 2009

Lawatan Pemantaun Sekolah Angkat GITN SB (GTL SCHOOL)







Tarikh : 6 Hb Feb 2009
Tempat : SEK Padang Sebang & SEK Kem Terendak 1, Alor Gajah, Melaka
Objektif : Memantau Perkembangan Aktiviti di GTL SCHOOLS serta kemudahan IT coner yang disediakan oleh pihak GITN SB


Monday, February 16, 2009

Mesyuarat Sektor PKICT Bil.3/2009


Perkara :
Mesyuarat Sektor PKICT Bil.3/2009

Tarikh :
16 Februari 2009 - 11.15 pagi

Tempat :
Bilik Mesyuarat Permata

Kehadiran :
Semua pegawai Sektor PKICT

Pengerusi :
KPP Sektor PKICT

Antara Pengisian Utama:

a. Laporan setiap unit untuk aktiviti minggu lepas:
  1. Unit ICT telah siap membuat pembahagian peruntukan OS35000 peralatan ICT berjulah RM43 juta, antaranya peralatan ICT untuk 140 makmal dan 1386 asrama harian,
  2. Unit Kewangan telah menjalankan Mesyuarat JPKA JPN pada 12-14 Februari di Hotel Empress Sepang
  3. Unit Pentadbiran telah melaksanakan Bengkel Pakej Feb-Jun pada 11-14 Februari di Puteri Resort, Melaka

b. Aktiviti minggu ini mengikut unit:
  1. Ketua Unit ICT akan menghadiri bengkel khas untuk unit-unit ICT di Bahagian dan JPN, anjuran BPG pada 17-20 Februari 2009,
  2. Unit Kewangan akan menghantar bajet 2010-2011 yang diselaraskan mengikut ET (Expenditure Target) yang baru sahaja diturunkan,
  3. Kursus dalaman perisian MS Office akan dijalankan untuk pegawai dan staf yang berminat. Kursus bersiri ini akan dijalankan di makmal komputer BPSH. Tenaga pengajar adalah daripada Microsoft.

MESYUARAT TEKNIKAL e-GTukar Bil. 2/2009


Tarikh : 16 - 18 Februari 2009
Tempat : Puteri Bayu Beach Resort. Pulau Pangkor.
Bil Ahli : 45 Orang

Mesyauarat ini adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan teknikal berhubung dengan sistem e-GTukar. Mesyuarat juga bagi membuat penyelarasan berhubung dengan sistem yang telah dilaksanakan pada tahun lepas selepas mesyuarat POSTMORTEM dijalankan. Penambahbaikkan ini perlu dilaksanakan supaya pelaksanaan pada tahun ini lebih baik dan mantap dan dapat memenuhi semua kehendak pengguna.

Mesyuarat JPKA SOP (JPN) Bil.1/2009


Perkara :
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
Sektor Operasi Pendidikan (Jabatan Pelajaran Negeri) Bil.1/2009

Tarikh :
12 - 14 Februari 2009

Tempat :
Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Kehadiran :
Ketua-ketua Sektor K2P  dan akauntan JPN atau wakil

Pengerusi / Ucap Utama:
Y.Bhg Pengarah BPSH

Pengisian Utama:
Mesyuarat ini bertujuan melaporkan pengurusan kewangan bagi suku ke-4 2008 dan membincangkan strategi serta perancangan tahun 2009 khusus berkenaan pengurusan kewangan di JPN.

Pada hari terakhir, semua Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan  telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Ini adalah platform bagi semua Bahagian berkenaan untuk bertemu JPN dan membincangkan isu-isu berkaitan kedua-dua belah pihak.

2 Fokus utama tahun 2009 adalah :
  1. mengaktifkan semula penggunaan sistem e-WPK untuk digunakan oleh semua JPN dengan sedikit penambahbaikan yang menjurus kepada format laporan JPKA. BPSH akan mengambil inisistif segera untuk berbincang dengan pembangun sistem.
  2. membantu secara aktif sekolah-sekolah yang mendapat audit berteguran supaya pengurusan kewangan pada tahun 2009 dipertingkatkan sehingga memperolehi sijil audit tanpa teguran.


Thursday, February 12, 2009

MESYUARAT PELAPORAN e-KAUNSELING PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BIL. 2/2009

Tarikh : 9 - 11 Februari 2009
Tempat : Hotel Goldcourse, Klang. Selangor
Bilangan Ahli : 40 Orang
Mesyuarat bertujuan untuk menyelaraskan pelaporan e-kaunseling mengikut JPN seluruh negara. Pelaporan ini sebagai rumusan kepada aktiviti dan program kaunseling di sekolah-sekolah seluruh negara mengikut negeri masing-masing. Pelaporan ini meliputi semua sekolah menengah seluruh negara.

MESYUARAT MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN BIL. 1/2009

Tarikh : 9 - 11 Februari 2009
Tempat : Hotel Goldcourse. Klang, Selangor.
Bilangan Ahli : MGKK ( 16 Orang )
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk meyelaraskan program MGKK bagi tahun 2009. Penyelarasan program ini perlu bagi memastikan semua program yang akan dilaksanjan pada tahun ini tidak bertembung dengan program di peringkat KPM. Perancangan ini juga bagi memastikan program-program besar seperti seminar dan konvensyen guru kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik dan menepati tujuan pelaksanaan program berkenaan.

MESYUARAT PENULISAN KAJIAN KES KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH HARIAN KPM


Tarikh : 9 - 11 Februari 2009
Tempat : Hotel Goldcourse. Klang, Selangor
Bilangan Ahli : 30 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan untuk menyelaraskan penulisan kajian kes kaunseling di Sekolah Menengah Harian seluruh negara dan dibukukan. Semua hasil penulisan kajian kes ini akan dibukukan dan akan dilancarkan pada sambutan hari guru peringkat kebangsaan tahun ini. Penulisan kajian kes ini juga akan menjadi bahan rujukan kepada sekolah-sekolah dan khasnya kepada guru kaunseling itu sendiri.

MESYUARAT PENGURUSAN DATA GURU KAUNSELING DAN BIMBINGAN KAUNSELING BIL. 1/2009


Tarikh : 9 - 11 Februari 2009
Tempat : Hotel Goldcourse. Klang, Selangor
Bil Ahli : 35 Orang ( Pegawai Data dan HEM, JPN )

Mesyuarat ini adalah bertujuan menyelaraskan data kedudukan Guru Kaunseling dan Bimbingan yang berada di semua JPN antara Unit Menengah dan Unit HEM, JPN seluruh negara. Penyelarasan ini perlu diselaraskan kerana ada sebahagian besar guru Kaunseling dan Guru Bimbingan yang telah menjawat jawatan dan meletak jawatan masih dilebelkan sebagai guru kaunseling atau guru bimbingan. Kesannya jika tidak ada penyelarasan menyebabkan jawatan berkenaan di sesebuah negeri atau JPN tidak dapat mengambarkan kepada keperluan dan pengisian sebenar bagi guru kaunseling dan guru bimbingan.

Wednesday, February 11, 2009

Bengkel Penyediaan Pakej Feb-Jun


Perkara :
Bengkel Penyediaan Pakej BPSH Bagi Bulan Februari - Jun

Tarikh :
10-13 Februari 2009

Tempat :
Puteri Resort, Melaka

Kehadiran :
2 Pegawai dan 2 Staf Sokongan 7 Sektor

Objektif :
Bengkel ini bertujuan untuk menyiapkan permohonan pakej bagi mesyuarat dan kursus yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari hingga Jun.

Dengan adanya bengkel ini, isu kelewatan menghantar permohonan pakej ke Bahagian Kewangan akan dapat selesaikan.