Showing posts with label Mac2012. Show all posts
Showing posts with label Mac2012. Show all posts

Monday, March 26, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PENEMPATAN PERTUKARAN ZON TIMUR, KPM 2012



Tarikh : 26 - 28 Mac 2012
Tempat Permai Hotel, Kuala Terengganu
Bil Ahli : 60 Orang ( KPM, JPN Terengganu, Pahang dan Kelantan)


Mesyuarat adalah berkaitan dengan penyelarasan penamptan dan pertukaran yang berkaitan dengan pelaksanaan e-operasi sebagai mekanisme baru pelaksanaan penempatan dan pertukaran. Mesyuarat ini sangat penting bagi memastikan pelaksanaan mekanisme baru ini dapat dilaksanankan seperti yang dirancang untuk dilaksanaan ke seluruh negara mulai Januari 2013 sepenuhnya bagi semua jenis sekolah di KPM. Mekanisme ini menjadi SOP yang baru dan dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi secara atas talian sepenuhnya.

Friday, March 16, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PENEMPATAN PERTUKARAN ZON TENGAH, KPM 2012


Tarikh : 14 - 16 Mac 2012
Tempat : Hotel Gold Course, Klang Selangor
Bil Ahli : 40 Orang ( JPN dan PPD Selangor,WP Kuala Lumpur, Perak dan Putrajaya)


Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan bagi tujuan pelaksanaan penempatan dan pertukaran guru secara online. Mekanisme ini akan menjadi SOP baru bagi pelaksanaan penempatan dan pertukaran guru pada masa ini dan pada masa akan datang dengan penambahbaikkan yang berterusan.. Penyelarasan dan pemakluman kepada semua JPN dan PPD seluruh negara amat penting bagi memastikan pelaksanaan sepenuhnya nanti akan menjadi mudah dan lancar serta memenuhi kehendak semua pihak..Aplikasi ini merupakan mekanisme baru bagi pelaksanaan penempatan dan pertukaran secara online..Tahniah kepada programer Sistem Maklumat Guru(SMG) bagi sub Modul e-OPERASI.... Tahniah atas inovasi anda..

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PENEMPATAN PERTUKARAN ZON UTARA, KPM 2012



Tarikh : 12 - 14 Mac 2012
Tempat : Hotel Seaview, Langkawi . Kedah
Bil Ahli : 35 ( Semua PPD Kedah, Pulau Pinang dan Perlis)
Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan pelaksanaan penempatan dan pertukaran guru pertukaran secara atas talian. Selain itu Maklumbalas bagi pertukaran dan penempatan juga boleh dan akan dilaksanakan secara atas talian, ini merupakan penambahbaikkan bagi proses penempatan dan pertukaran guru yang menjadi tugas utama di bahagian pengurusan sekolah untuk sektor menengah. Pelaksanaan ini perlu dilaksanakan dengan secara total kepada semua JPN dan PPD diseluruh negara dan semua sekolah yang terlibat. Justeru itu jerayawara pelaksanaan dan taklimat bagi melaksanakan Aplikasi ini perlu di buat ke seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar. Syabas dan tahniah atas inovasi berterusan sektor menengah...

Tuesday, March 6, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PENEMPATAN PERTUKARAN ZON SELATAN, KPM 2012

Tarikh : 5 - 7 Mac 2012
Tempat : Hotel Selesa, Port Dickson, Negeri Sembilan
Bilangan Ahli : 40 Orang ( Semua PPD Zon Selatan dan Pegawai JPN & KPM)
Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan dan pemakluman berkaitan dengan pelaksanaan penempatan(MPG-1) dan penempatan pertukaran(MPG-2) melalui aplikasi Sistem Maklumat Guru (SMG) dalam sub modul e-operasi. Penyelarasan sangat perlu memandangkan pelaksnaan secara sepenuhnya akan dibuat dalam masa yang terdekat bergantung kepada kesiapsediaan aplikasi yang sedang dibangunkan. Walaubagaimana pun aplikasi ini juga telah boleh dilaksanakan secara berperingkat kepada semua peringkat KPM/Bahagian/JPN/PPD dan Sekolah.