Showing posts with label Rendah. Show all posts
Showing posts with label Rendah. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

MESYUARAT PROFESIONAL GURU BESAR SEKOLAH MURID ORANG ASLI BIL. 1/2009

Sektor Pengelola: Sektor Pengurusan Rendah
Tarikh: 10 hingga 13 Mac 2009
Tempat: Hotel Empres Sepang, Selangor
Bil. Peserta: 110 Orang

Tujuan:
Membincangkan secara terperinci mengenai pengurusan Sekolah Murid Orang Asli secara mesyuarah dan perbengkelan. Mesyuarat dihadiri oleh Guru Besar sekolah Orang Asli seMalaysia, Ketua Unit Rendah negeri yang mempunyai sekolah murid orang Asli (7 negeri) dan pegawai BPSH. Dua penceramah terdiri dari pegawai Bahagian Pendidikan Khas dengan tajuk Isu & Pencapaian murid Orang Asli di sekolah murid Orang Asli manakala penceramah dari JPN Perak dengan slot Memperkasa murid sekolah Orang Asli. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPP Sektor Pengurusan Rendah.

Tuesday, March 3, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN DATA MURID PENDIDIKAN WAJIB BIL. 1/2009




Sektor Pengelola: Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
Tarikh: 1 hingga 3 Mac 2009
Tempat: Hotel Regency, Jalan Raja Alang, KL
Bil. Peserta: 32 orang

Tujuan -
1. Mengumpul data-data pendidikan Wajib pada 31 Januari 2009 seperti berikut:
a) data murid cicir mengikut tahun dan kaum (tahun 1 hingga 6)
b) data murid cicir (murid asli dan murid Penan)
c) data murid masuk awal mengikut kaum (tahun 1 2008)
d) data murid Home Schooling (tahun 1 hingga tahun 6)
e) data murid tangguh tahun 1 (tahun 1 2008)
f) data murid bukan warganegara (tahun 1 hingga 6)
g) data murid Malaysia As My Second Home (tahun 1 hingga 6)
h) data murid lewat mendaftar
i) data murid Tiada Surat Lahir
j) data murid HUMANA (Sabah)
k) data murid Tukar Aliran
i) SK - SJKC - SJKT (Tahun 1 sahaja)
ii) SJKC - SK - SJKT (Tahun 2 hingga 6)
iii) SJKT - SK - SJKC (tahun 2 hingga 6)
iv) SJKC - SK (Tahun 2 hingga 6)
v) SJKT - SK (Tahun 2 hingga 6)
2. Data Guru dan murid SKM ikut kohot
3. Data Guru dan murid sekolah pedalaman P1, P2, P3 ikut kohot

Friday, February 27, 2009

MESYUARAT PENINGKATAN AKADEMIK BERSAMA PEGAWAI AKADEMIK MENENGAH DAN RENDAH (MATEMATIK & SAINS) PERINGKAT JPN 2009



















Sektor Pengelola: Unit Akademik, Sektor Pengurusan Sekolah Rendah

Tarikh: 24 hingga 26 Februari 2009

Tempat: Air Keroh D'Village Resort, Melaka

Bil. Peserta: 48 Orang

Mesyuarat melibatkan pegawai-pegawai Matematik dan Sains dari bahagian-bahagian KPM seperti BPG, JNJK, BPK,LPM dan BPSH di semua JPN yang terdiri daripada KPP, PP, Penyelia dan beberapa PPD terpilih.

Tujuan:

- Menyelaraskan tugas dan skop tugas Pegawai Sains dan Matematik di peringkat JPN dan PPD

- Menyelaraskan pemantauan PPSMI di peringkat KPM, JPN dan PPD dari semua aspek untuk mengelakkan pertindihan dari segi tugas dan kepegawaian.

- Mengadakan bengkel dan perkongsian pintar di antara semua negeri dalam memastikan semua perjawatan baru di JPN yang diluluskan dapat digunakan sepenuhnya.


Thursday, February 26, 2009

MESYUARAT PROFESIONALISME KETUA UNIT SEKOLAH RENDAH JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KPM BIL. 1/2009

Sektor Pengelola: Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
Tarikh: 25 hingga 27 Februari 2009
Tempat: Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Bil. Peserta: 20 Orang

Tujuan:
a) Menyelaraskan maklumbalas isu-isu sekolah rendah seluruh negara
b) Penyelarasan kaedah kemasukan data ABM yang oleh BPSM mengikut negeri/JPN
c) Penyelarasan pelantikan Administrator e-GTukar di peringkat PPD mengikut negeri
masing-masing
d) Isu-isu berkaitan ABM 2009
e) Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih pada Januari 2009
f) Program Orientasi Guru Baru Sekolah Rendah
g) Persediaan menghadapi proses Pertukaran Antara Negeri (Jun 2009)

Wednesday, February 25, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DATA GURU SEKOLAH RENDAH MENGIKUT JENIS SEKOLAH DAN OPSYEN BIL. 1/2009


Mesyuarat telah diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 23 hingga 26 Februari 2009. Mesyuarat dipengerusikan oleh KU Sektor Pengurusan Sekolah Rendah dan seramai 38 orang Pegawai Data JPN telah menghadiri mesyuarat ini yang dikelolakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah Rendah.
Tujuan:
- Penyelarasan Data Sekolah Rendah di semua JPN mengikut jenis sekolah dan opsyen
- Mengumpul data terkini kedudukan guru sekolah rendah seluruh negara seperti pada 31 Januari 2009 bagi tujuan penempatan dan pertukaran guru Julai 2009
- Data juga bertujuan bagi menjawab soalan-soalan berbangkit mengenai guru di Dewan Parlimen
- Membincangkan penambahbaikan penggunaan DOSR (Data Operasi Sekolah Rendah) versi baru agar dapat diselaraskan dengan OPMEN (Data Operasi Sekolah Menengah)

BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI KHAS KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN (KGSK) BIL.1/2009


Pada 24 hingga 27 Februari 2009 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan telah diadakan Bengkel Pengurusan Pegawai Khas Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) Bil. 1/2009. Bengkel ini telah dihadiri 134 peserta yang terdiri dari semua Pegawai Khas KGSK di JPN dan PPD dan telah dipengerusikan oleh KPP Sektor Rendah.
Tujuan:
a) Mendapat input dan maklumbalas berkaitan data/isu pemasalahan dan perjawatan
b) Untuk mendapatkan pelaporan PIPP
c) Mendapatkan data analisis keperluan Guru Ganti/GSTT/KGSK mengikut daerah/negeri
d) Mengurus dan menyelaras aktiviti dan program KGSK antara KPM/Negeri dan Daerah.

Monday, February 23, 2009

Mesyuarat Pemantapan Profesionalisme Kepimpinan Akademik Rendah Zon Tengah 2009


Mesyuarat telah diadakan pada 18 hingga 20 Februari 2009 di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak. Seramai 26 peserta telah menghadiri mesyuarat yang mana telah dihadiri oleh pegawai Akademik Rendah semua PPD Zon Tengah. Mesyuarat dikelolakan oleh En. Bilezan b. Baghdadi, Unit Akademik Rendah.
Tujuan Mesyuarat:
- Mendapatkan tindakan susulan kepimpinan Insturksional terhadap pegawai PPD dalam
memantapkan profesionalisme pegawai Akademik Rendah di PPD
- Menerima pelaporan dan perancangan program-program Akademik yang melibatkan
komponen kepimpinan Instruksional di peringkat PPD
- Pembugaran komponen kepimpinan Instruksional di peringkat PPD

Wednesday, January 21, 2009

URUSAN PENEMPATAN GURU KPLI SEKOLAH RENDAH





Urusan penempatan Guru-Guru KPLI Sekolah Rendah ke Negeri Sarawak dan sabah dilaksanakan mulai 4 Januari 2009 sehingga 10 Januari 2009. Seramai 11 orang pegawai dari Sektor Rendah terlibat didalam urusan penempatan ini. Seramai 1328 Guru KPLI ditempatkan di Sabah manakala 2863 orang guru ke negeri Sarawak.

Thursday, January 15, 2009

PENCALONAN TOKOH GURU


Sempena sambutan Hari Guru 2009. J/Kuasa Hari Guru KPM mengalu-alukan pencalonan bagi anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2009 kepada semua pihak yang berkenaan. Kriteria pemilihan calon Tokoh Guru Kebangsaan hendaklah berasaskan kepada urutan keutamaan seperti berikut:

1.1 Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah

1.2 Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan

1.3 Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat
1.4 Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain

2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini.

3. Calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklah dipilih daripada tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru Peringkat Negeri.

4. Calon hendaklah berumur 50 tahun atau lebih, sama ada masih berkhidmat ataupun sudah bersara. Walau bagaimanapun, calon yang tidak mencapai had umur tersebut boleh dipertimbangkan jika ia menunjukkan kebolehan pencapaian yang sangat cemerlang.

5. Pemilihan calon boleh juga dibuat ke atas tokoh yang telah meninggal dunia.

6. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau pernah berkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah, pengetua, guru besar atau pentadbir di dalam bidang pendidikan.

7. Pencalonan boleh dikemukakan oleh Jabatan/Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kesatuan/Persatuan Guru.

8. Mereka yang pernah dicalonkan tetapi tidak terpilih, boleh dicalonkan semula.


Maklumat lanjut serta borang pencalonan boleh didapati di laman web rasmi KPM.

Mesyuarat Pengurusan Sektor Rendah

Tarikh :
16 Januari 2009

Tempat :
Bilik Semarak, BPSH

Bilangan Ahli :
15 orang

Tujuan :
Mesyuarat bulanan pengurusan Sektor

Pengisian Utama :
Fokus utama mesyuarat adalah berbincang mengenai pertukaran dan penempatan guru. Mesyuarat juga akan membincangkan mengenai penstrukturan baru BPSH di mana sektor ini akan berpecah kepada dua sektor iaitu, Sektor Pengurusan Sekolah Rendah dan Sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah.

Tuesday, December 16, 2008

Mesyuarat Pengurusan Pengisian Jawatan Guru Besar Dan GPK Gred DGA34 & DGA32

Mesyuarat berkaitan akan diadakan pada 16 Disember 2008 di Bilik Semarak, BPSH. Timbalan Pengarah (Sekolah) akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Unit Rendah JPN. Tujuan mesyuarat adalah bagi mengisi kekosongan perjawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara.

Perhimpunan BPSH Bulan Disember



Perhimpunan Bahagian Pengursan Sekolah Harian bagi bulan Disember telah diadakan pada 15 Disember 2008 dibawah kelolaan Sektor Rendah. Perhimpunan pada kali ini diadakan bersama dengan Hari Pelan Integriti Nasional (PIN) BPSH, KPM. Y.Bhg. Ust Razalli b. Bachik telah dijemput untuk memberikan ceramah sempena Hari PIN ini.

Thursday, December 4, 2008

Mesyuarat Peningkatan Akademik Bersama Pegawai Akademik Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Negeri Bil. 1/2008

Telah berlangsung mesyuarat Peningkatan Akademik Bersama Pegawai Sekolah Rendah di Hotel Langkasuka, Pulau Langkawi, Kedah pada 9 - 11 April 2008 dengan dihadiri seramai 30 orang peserta. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Ashah bt Samah, Timbalan Pengarah (Sekolah). Mesyuarat bertujuan menyelaraskan program peningkatan akademik KPM/JPM mengikut bidang Bahasa/Sains/Matematik/Kemanusiaan.

Tuesday, December 2, 2008

Program Penempatan Guru Januari 2009

Seramai 8,356 orang guru akan ditempatkan ke sekolah-sekolah rendah di seluruh negara pada Januari 2009 ini. Seramai 8,193 adalah lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan selebihnya seramai 163 orang adalah daripada lepasan Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dalam bidang perguruan sekolah rendah. Guru-guru yang terlibat akan dimaklumkan secara online melalui laman web rasmi Kementerian Pelajaran dan melalui surat mulai 20 Disember 2008 ini. Sila berhubung dengan Jabatan Pelajaran Negeri anda ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekolah anda ditempatkan.

Penempatan Guru Sekolah Rendah

Sepanjang tahun ini seramai 13, 543 orang guru telah ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara. Guru-guru ini adalah daripada lepasan universiti tempatan dan program perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG). Penempatan guru-guru ini ke seluruh negara bagi mengisi keperluan guru di sekolah rendah. Sila semak laman web rasmi KPM untuk mendapatkan makluman mengenai penempatan guru yang terkini. Semakan boleh dibuat mulai 16 Disember 2008 ini.

Mesyuarat Penyelarasan Teras 3 PIPP - Memperkasa SK Bersama Pegawai Penyelaras Teras 3 PIPP KPM/JPN


Tarikh 12 - 14 Mac 2008, bertempat di Hotel City Bay View, Melaka telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Teras 3 PIPP - Memperkasa SK. Mesyuarat ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pn. Ashah bt Samah, Timbalan Pengarah (Sekolah) dan telah dihadiri seramai 35 orang peserta. Tujuan mesyuarat ini untuk membuat penyelarasan pelaksanaan pelan tindakan serta aktiviti Teras 3 PIPP diperingkat Bahagian KPM dan Jabatan bagi membuat persediaan menyediakan Kad Laporan setengah tahun PIPP. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Tn. Hj. Zulkifly Wazir, Pengarah Bahagian Sekolah.

Pertukaran Guru Sekolah Rendah

Sebanyak 5,877 permohonan pertukaran antara negeri bagi guru-guru sekolah rendah telah diterima oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Para pemohon boleh menyemak keputusan kelulusan pertukaran di laman web rasmi Kementerian Pelajaran. Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan pertukaran di laman web berkenaan. Rayuan pertukaran boleh disemak mulai 16 Disember 2008 ini.

Mesyuarat Proof Reading Modul Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Tahun 6


Mesyuarat Proof Reading Mdul SBT Tahun 6 telah diadakan di Hotel Rossa Pasadena Cameron Highlands, Pahang pada 8 - 10 April 2008. Mesyuarat telah dihadiri seramai 30 orang peserta. Tujuan mesyuarat untuk Pemurnian dan Proof Reading Modul Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Tahun 6. Perbincangan dalam kumpulan mengikut matapelajaran, penyemakan dan proof reading naskhah hardcopy serta pindaan dan penambahbaikan kepada salinan softcopy Modul SBT untuk diserahkan kepada pihak percetakan. Keputusannya Proof reading dan pemurnian modul SBT Tahun 6 dapat diselesaikan dan sedia untuk diserahkan kepada pihak percetakan.
Catatan lain: Modul SBT Tahun 6 telah selesai dicetak dan telah serahkan kepada JPN dan PPD untuk diedarkan kepada pihak sekolah pada bulan Ogos 2008.