Showing posts with label Sept2011. Show all posts
Showing posts with label Sept2011. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN MAJLIS PEGAWAI MENENGAH KEBANGSAAN DAN KETUA UNIT MENENGAH BIL. 4 TAHUN 2011



Tarikh : 22 – 24 September 2011
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah
Peserta : 16 orang Ketua Unit Menengah JPN & 4 orang dari BPSH



Tujuan :
Mesyuarat JK Pelaksana ini diadakan bertujuan untuk membuat post mortem awal pelaksanaan sesi temuduga pengetua cemerlang di JPN dan persediaan awal pelaksanaan Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah Menengah.

Mesyuarat membincangkan penubuhan jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana Persidangan Memperkasa Pengurusan sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011. Mesyuarat juga menentukan setiap pengerusi jawatankuasa kecil serta tugas dan tanggungjawab setiab jawatankuasa. Mesyuarat juga memutuskan tajuk dan nama penceramah dan surat jemputan perasmi, penutupan, pembentang dikeluarkan sebelum berakhir September 2011.
Sementara itu dalam cadangan post mortem sesi temuduga calon pengetua cemerlang tahun 2011 yang telah dijalankan pada 4 – 9 September 2011. Mesyuarat mencadangkan agar tempoh masa pemprosesan calon pengetua cemerlang dipercepatkan bagi memastikan perlantikan pengetua cemerlang dapat dibuat dalam tahun semasa.

Friday, October 7, 2011

PERSIDANGAN PENGETUA CEMERLANG KAILI KE-4 TAHUN 2011


Tarikh : 20 22 September 2011
Tempat : Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang
Tema : Melestarikan Legasi Kepemimpinan Pengetua Cemerlang
Peserta : 435 Pengetua Cemerlang
Perasmian : YB. Dato’ Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran

Slot Program :

1. Kelestarian Kepimpinan Pengetua Cemerlang oleh Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid bin Nordin, Mantan KPPM
2. Pengetua Cemerlang : Inisiatif Di Luar Kebiasaan oleh Dato’ Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid, mantan Pengarah IAB
3. Cabaran Pengetua Cemerlang Dalam Transformasi Pendidikan, Dato’ Noor Rezan bt. Bapoo Hashim, Mantan TKPPM (SOP)
4. The Role of Excellent Principals Beyond School Boundaries oleh Dato’ Mary Yap, mantan Pengetua Cemerlang SMT Tawau
5. Forum Pendidikan : Melestarikan Legasi Kepimpinan Pengetua Cemerlang
6. Memantapkan Kepakaran Pengetua Cemerlang Dalam Pengurusan Pendidikan oleh Dr. Amin Senin

Tuesday, September 27, 2011

PENGLIBATAN MENENGAH DALAM JAWATANKUASA UNJURAN KEPERLUAN GURU KPM BIL 2/2011





Tarikh : 19 - 22 September 2011
Tempat : Hotel Copthorne, Pulau Pinang
Pegawai : En Zanol Bin Haji Awang

Sektor Pengurusan Sekolah Menengah telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang perbengkelan bagi unjuran keperluan guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Program dimulakan dengan lawatan audit keperluan guru di Pusat Permata Negara (PPN) bagi Program Permata Negara dan ke SMK Pokok Sena bagi perjawatan bagi sekolah menengah, tujuan utama lawatan ialah bagi melihat perjawatan sedia ada dan dari segi keperluan sebenar sekolah menengah. Selain itu beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh sektor menengah, antaranya ialah:

i) Isu lebihan guru sedia ada bagi beberapa opsyen tertentu.

ii) Isu sekolah menengah yang akan melaksanakan subjek Teknik dan Vokasional

iii) Isu Tingkatan 6 berhubung dengan guru Akedemik

iv) Isu guru Pendidikan Khas Kelas Intergrasi

v) Isu Guru JQaf Menengah

vii)Isu Latihan Guru sedia ada( Intervensi)

KUMPULAN UrGent BAWA CABARAN OPMEN DAN KPM KE YOKOHAMA, JEPUN

Sesi Soal Jawab

Sijil &Plak Yang Dimenangi


Tarikh : 10 - 16 September 2011
Tempat : Interconental Grand Hotel Yokohama,Jepun
Bil Ahli : 12 Orang

Tahniah dan Syabas kepada kumpulan UrGent atas kejayaan membawa cabaran Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan Khususnya kepada sektor menengah yang membangunkan Aplikasi OPMEN bersama Jawatankuasa Teknikal OPMEN dan telah dilaksanakan sepenuhnya bagi semua JPN bagi sektor menengah di seluruh negara mulai Januari 2009. Secara keseluruhan pencapaian kumpulan di peringkat antarabangsa telah membawa balik pingat Perak serta sijil.. Tahniah atas kejayaan OPMEN dan tahniah kepada semua terutama kepada pembangun sistem En Abd Hamid Bin Bakar dan Jawatankuasa Teknikal OPMEN.. tahniah untuk semua..