Showing posts with label Oktober2010. Show all posts
Showing posts with label Oktober2010. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN MURID BUKAN WARGANEGARA BIL 1/2010




TARIKH : 05 – 07 OKTOBER 2010
TEMPAT : HOTEL REGENCY KUALA LUMPUR
BIL. PESERTA : 33 ORANG ( Semua JPN)
PENCERAMAH : 2 ORANG
BAHAGIAN KEWARGANEGARAAN,
BAHAGIAN KELAHIRAN DAN ANAK ANGKAT,
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Mesyuarat bertujuan menyelaras pengurusan kemasukan murid bukan warganegara ke sekolah bersama dengan pegawai-pegawai mengurus di Jabatan Pelajaran Negeri. Penceramah – penceramah yang dijemput adalah dari Penasihat Undang-Undang, KPM, Bahagian Kewangan, KPM, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imigresen. Pengurusan kemasukan murid bukan warganegara melibatkan proses semakan dokumen berdasarkan syarat mengikut Akta Pendidikan 1996.

Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PEMBENTANGAN LAPORAN PEMANTAUAN PENGURUSAN TINGKATAN ENAM





TARIKH : 20-22 OKTOBER 2010
TEMPAT : HOTEL AVILLION LEGACY, MELAKA

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai pengurusan dari JPN. Kali ini menumpukan kepada pemantauan keseluruhan Tingkatan Enam iaitu meliputi aspek pengurusan dan akademik. Pembentangan Laporan Pemantauan telah dibuat oleh setiap JPN dan tindakan susulan terhadap dapatan pemantauan perlu dibuat dan dihantar ke BPSH dengan kadar segera.

Selain itu, Pihak BPSH telah mengeluarkan cadangan senarai sepadu untuk pertukaran guru Tingkatan Enam dan akan dihantar ke BPSM untuk tindakan selanjutnya.

Saturday, December 4, 2010

Pertukaran Guru Antara Negeri Secara Berpusat Bagi Pertukaran Sesi Januari 2011

Tarikh : 25 - 29 Oktober 2010
Tempat : A'Farmosa Resort, Melaka
Bil Ahli : 80 Orang
VVIP : Dato' Hajah Noor Rezan Binti Bapoo Hashim(TKPPM)

Mesyuarat pertukaran secara berpusat bagi sesi Januari 2011 dilaksanakan berpusat dan diurus setiakan oleh BPSH(Menengah) dan BPSH(Rendah) bersama dengan JPN dan Bahagian-Bahagian di KPM. Pertukaran ini dilaksanakan secara telus dan terbuka supaya semua JPN dan Bhg. Pertukaran antara bahagian-bahagian KPM dilaksanakan lebih awal dari proses pertukaran antara negeri. Pertukaran antara negeri hanya menguruskan pertukaran antara negeri sahaja.